Saturday, December 27, 2014

KEGILAAN DRAMA KOREA BERMULA!

Honestly aku bukanlah peminat drama Korea okay. Drama Melayu pon aku susah nak tengok melainkan kawan-kawan review bagus, baru aku download dan tonton. Nak tonton kat TV dan follow episod demi episod memang aku tak sanggup sebab aku jenis tak sabar. Jadi selalunya aku akan ketinggalan keretapi sikit. Orang lain dah habis tahu ending, aku baru nak download, tonton dan fall in love dengan cerita hihihi.

Yang terjebak tonton drama Korea ni sebab pada mulanya aku dok tengok anak-anak buah Shaklee (cc Awien dan Bazilah) post lagu-lagu Korea kat FB. Pastu aku sajalah klik dan bukak sampai terjumpa satu cerita lama yang aku tonton around 2001, zaman sekolah lagi masa tu. Memang mengimbau memory habis. Itulah drama Korea pertama dan terakhir yang aku tonton sebab lepas tu tak tengok lagi dah. Orang lain dok sibuk dengan Winter Sonata dan Autumn In My Heart pon aku tak heran. Sebab macam alasan di atas, aku jenis tak sabar dan malas nak tunggu episod demi episod.

Berbalik kepada jumpa balik cerita Beautiful Days ni, gigihlah aku usha kat internet kot mana-mana jual CD cerita ni. Untuk pengetahuan korang, ada suatu ketika dulu aku pernah ternampak cerita ni kat kedai CD kat Plaza Angsana. Tapi masa tu ada kekangan duit. So tak dapatlah beli. Memang sedih sangat bila kita suka dan inginkan sesuatu, tapi kita tak mampu. Sebab tu bila sekarang ada kemampuan sikit (bukanlah mampu banyak), aku cuba nak dapatkan balik apa yang pernah aku suka dulu. Salah satunya nak beli cerita Korea Beautiful Days ni lah :)

Suka sangat cerita ni! :)

Google punya Google, aku jumpa seller kat eBay. Aku takdelah pandai sangat nak beli barang kat eBay ni. Jadi aku message je seller tu dan bagi no telefon aku untuk dia Whatsapp. Nasib seller dari Malaysia je tau. Walaupun Chinese, dia sangat pandai cakap Bahasa Melayu. So tak adalah aku susah payah nak keluarkan broken English aku kehkehkeh.

Eh berbalik kepada seller tu tadi. Dia pon dengan fast action me-Whatsapp aku. Pastu deal harga semua, dia offer bagi free postage kalau aku amik 2 cerita. Adalah beberapa senarai cerita yang dia bagi tapi semuanya aku tak familiar pon. Sampai gigih aku Google tau nak baca sinopsis cerita satu persatu mana yang best sebab taknak lah main beli je, nanti tersadai tak tengok. Akhirnya, aku ambil 4 cerita terus so bolehlah tengok bila-bila free (amboi free sangat kau khen!). Thanks to Awien dan Syuq juga yang bagi idea nak ambik cerita mana.

Cerita apa yang aku beli dengan seller tu?
  • Beautiful Days (tentunya!)
  • Playful Kiss
  • Foxy Lady
  • Yuhee, The Witch


Bakal sampai hari ini atau esok :)

Disamping tak sabar nak tunggu CD yang dibeli nak sampai, aku pon sajalah tonton satu cerita ni kat internet. Tajuk cerita ni Boys Over Flower (ya aku tahu cerita dah lama. Aku yang tertinggal heh). Episod pertama dah jatuh cinta, tapi internet macam siput. Sebab tak sabar punya pasal, aku pergi Plaza Angsana nak beli CD cerita BOF tu. Tapi tak ada lah pulak. Lain yang dicari, lain yang dibeli. Ni gambar kat bawah ni CD yang TERbeli kat Plaza Angsana. Entah bila nak tengok pon tak tahu. Haih.


Aku beli All In, A Love To Kill, Full House dan First Love of a Royal Prince

4 CD yang aku beli kat Plaza Angsana ni hasil google dan review blogger lain. Diorang kata best, so aku beli jelah. Tapi confirm tersadai sebab tak tau nak tengok bila. Cerita Korea ni tak boleh start la bagi aku. Sebab ketagihan dia sama macam baca novel. Sekali dah baca dan tonton memang tak boleh tidur malam jadinya. Bahaya sangat bagi aku.

Berbalik kepada cerita Boys Over Flowers tu tadi, akhirnya habis juga 25 episod aku tonton kat internet. Bermula malam 24 Disember sampai tak tidur malam sehinggalah membawa ke petang semalam 26 Disember baru habis. Melampau kan? Dan demamnya masih terasa sehingga ke hari ini sampai pergi Youtube dengar soundtrack pulak. Macam jiwa remaja sangat! Betul kan orang kata, benda yang kita tak suka mungkin akan jadi benda yang paling kita cinta. Nampaknya bertambah satu lagi kegilaan Aishah Rahim selain dari membeli dan membaca novel. Sekarang dah jadi peminat drama Korea pulak. Heh.

Nanti kalau free, aku review cerita Boys Over Flower tu ya? :)


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, December 18, 2014

JB MOTIVATION & RECOGNITION RALLY 2014

Alhamdulillah, selesai majlis Shaklee Motivation & Recognition Rally untuk tahun 2014 hari Sabtu kelmarin. Bahangnya masih terasa sehingga ke hari ini. Pada hari kejadian, aura bertebaran di seluruh pelusuk hall dari semangat mereka-mereka yang hadir. Aku pulak tentulah berdebar terlebih sebab jadi speaker jemputan. Yang buat makin berdebar ialah, I am the first speaker! Boleh tak bayangkan macam mana punya rama-rama beterbangan dalam perut? Kaki gigil semua ada HAHAHAHA.

Sejak hari terima telefon dari pihak Shaklee lagi, yang diorang minta aku jadi speaker jemputan, aku dah set dalam kepala yang aku nak buat semua ini demi keluarga, team #JUSTDOIT dan tentulah untuk mak Shaklee aku Master Beeha Yunos. Aku nak buat yang terbaik. Untuk menyuntik semangat anak-anak buah dan hadirin yang hadir. Bukan senang nak dapat peluang sharing di Shaklee punya event. Aku kena gunakan sebaiknya. Mesti share dari hati, dan insya-Allah sampai terus ke hati yang mendengar. 

Pada hari kejadian, aku tiba awal (jam 11.00 pagi) di Hotel Grand Paragon untuk sesi latihan. Actually bukanlah latihan sangat. Ianya lebih kepada nak test suara, mic dan sebagainya. Wahid dan anak-anak tak ikut dulu. Diorang sampai sebaik majlis bermula. Aku dah kat atas stage tengah sharing baru diorang sampai HAHAHAHA. Nasib baru bermula. Kalau aku dah habis sharing diorang baru sampai, mahu menangis berbaldi-baldi kat bilik air kehkehkeh.

Nasib baik juga, ramai anak buah #JUSTDOIT yang hadir. So takdelah rasa berdebar sangat. Paling istimewa, keluarga mertua pon sudi hadir nak tengok menantu sharing kat atas pentas. Terasa macam Master Celebration pulak hihihihi (mode berangan is ON). Oh ya, Emak aku tak dapat hadir sebab tak berapa sihat sangat. Tapi akan kupastikan masa Master Celebration nanti (masih mode berangan), Emak antara yang wajib hadir!

Aku, Wahidah (adik ipar) dan ibu mertua ku. :)

Bersama Kak Arina, cucu Shaklee ku hihihihi.

Ada yang menarik pasal Kak Arina ni. Dia ni dulu pernah ikut hadir masa Motivation & Recognition Rally tahun lepas. Tapi masa tu, dia baru je berjinak-jinak dengan bisnes Shaklee selepas jatuh cinta dengan produk. Yang menariknya, masa dia hadir tahun lepas punya event tu, dia belum ada apa-apa rank pon! Aku ingat lagi dia whatsapp aku dan tanya, boleh ke kalau dia nak datang? Sebab dia takde apa-apa rank pon? Aku cakap, datang je lah sebab inilah peluang untuk dia sedut aura dan ambil semangat. Haaaa sekali betul pon! Tahun ni, rezeki dia pulak naik pentas recognition. Alhamdulillah, sekarang di rank Supervisor dan stabil income 4 angka.


Bersama Aisah Razak

Aisah Razak atau aku panggil dia Echah ni kawan dari kecik, membawa ke sekolah dan kemudian sempatlah kerja satu kilang hihihi. Lepastu dia join Shaklee di bawah group #JUSTDOIT dan menjadi anak Shaklee-ku. Apa yang istimewanya Motivation Rally kali ini bagi Echah ialah, dia naik sebagai seorang Coordinator! Kalau tahun lepas dia naik sebagai Supervisor, tapi tahun ni naik 2 step rank. Bangga gila aku sebagai mak Shaklee hihihihi. Yang penting, aku suka tengok semangat Echah, walau nampak dia lembut je. :)

Ehh, kata jadi speaker? Mana gambar? Okay, jom usah sikit.

Kredit to Kak Marlina OTG untuk gambar ini.


Macam menyanyi pulak kan? Kehkehkeh.


Apa yang aku sharing-kan pada hari kejadian?

Macam biasalah, awal-awal tu pengenalan diri. Macam mana aku kenal Shaklee dan memulakan bisnes Shaklee. Macam mana aku boleh tekad untuk berhenti kerja sebagai penjawat awam dan buat sepenuhnya bisnes Shaklee. Apa #ShakleeEffect yang aku dan keluarga alami? Ehhh banyak sangatlah. Kalau nak lebih feel, boleh tonton video sharing aku tu di bawah ini.




Dah tengok video di atas? Haaa sekarang jom sambung tengok gambar team #JUSTDOIT yang naik pentas terima pengiktirafan. Meriah sangat uols! Bangga tau aku kat bawah tunggu depan pentas nak amik gambar anak-anak buah. Mak yang terlebih excited! KAHKAHKAHKAH.


Kak Suhaila Ismadi (baju merah) datang all the way from Batu Pahat!

Kak Lailee naik bersama PUSH FACTOR beliau!

Kak Zarina semangat tunjuk GOOD hihihihihi.

Kak Emma yang semangat tinggi!

Ini gambar kami sekeluarga terima recognition as KEY COORDINATOR.

Semua #JUSTDOIT yang hadir.
Ada adik beradik OTG juga, Kak Marlina.

Sikitlah je lah aku upload gambar dalam blog kesayangan ni. Kalau upload semua nanti pening aku nak menyusun hihihi. Kalau korang nak tengok gambar sepanjang majlis, bolehlah buka Facebook aku dan browse album JB MOTIVATION & RECOGNITION RALLY 2014. Ada banyakkk sangat gambar dalam album tu. Seperti biasa aku memang bersemangat ambil gambar anak-anak buah #JUSTDOIT terima recognition. Lepastu tengok balik galeri, gambar aku sikit hihihihi. Tak apa lah, bisnes Shaklee ni bukan sepenuhnya untuk aku. Aku dah cukup happy dan bangga bila tengok anak-anak buah happy dan berjaya :)

Seronoknya bisnes Shaklee bukan sebab kegembiraan kita. 
Tapi kita gembira bila orang di bawah kita gembira.

Pelik. Tapi benar.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, December 17, 2014

CARA MUDAH DELETE GAMBAR LAMA DALAM BLOG ANDA!

Lama dah sebenarnya aku cari penyelesaian untuk buang gambar-gambar lama yang ada dalam blog aku ni, terutama sekali gambar-gambar sebelum bertudung. Bukan apa, aku takut kalau 'tak sempat' buang semua gambar lama tu nanti, apalah nasib aku 'di sana' sebab gambar-gambar lama tu masih ada. Eh, aku bukanlah baik sangat. Masih cuba improve diri hari demi hari. Cuma untuk ini, memang aku kena start sekarang. :) 

Di sini, aku share bagaimana nak buang gambar lama dalam blog kita secara pukal. Semoga bermanfaat untuk anda yang lain. Jom ikuti step by step di bawah,

  1. Mula-mula, buka akaun blog anda (akaun Google selalunya).
  2. Kemudian, anda buka web https://plus.google.com/photos/ (Picasa Web)
  3. Akan keluar semua gambar yang ada dalam blog anda. Anda boleh select satu persatu dari sini dan DELETE. Atau anda boleh juga,
  4. Klik MORE dan pilih ALBUMS - anda boleh view gambar dalam setiap album.
  5. Select gambar yang anda nak buang dan tekan DELETE.

Contoh album dalam Picasa Web.

Yeah senang je kan? Aku pon banyak gambar nak delete ni ha. Bayangkan dari 2008 punya entry siap entry kahwin semua huhuhuhu. Takpelah, pengorbanan... Kan kan kan?


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, December 10, 2014

MOTIVATION & RECOGNITION RALLY JB (TAHUN LEPAS PUNYA!)

Hahahaha tolonglah ampunkan diriku. Entry yang aku baru nak cerita ini bertarikh 7 Disember 2013 okay! Setahun yang lepas punya cerita. Tapi sebab aku tengah kemas-kemas gallery handphone dan baru jumpa gambar dan baru teringat tak pernah cerita kat dalam blog kesayangan ini, maka aku pon selamba ajelah up entry walau cerita dah basi. Mohon anda membaca dengan sabar sebab cerita ini sudah lama hihihihi. 


Jadi, seperti yang aku sebut kat atas tu tadi, cerita kejadian ini ialah setahun yang lepas punya cerita. Masa ni, aku baru kat rank Coordinator. Motivation Rally Johor Bahru yang ini merupakan kali pertama aku diiktiraf di atas pentas. Selepas event yang ini, baru aku naik pentas National Conference. Again, aku janji akan cerita di entry yang lain pasal National Conference ini.

Insya-Allah, hujung minggu ini, aku akan naik pentas Motivation & Recognition sekali lagi sebagai Key Coordinator. Dan paling bermakna, aku dijemput pula menjadi speaker jemputan. Alhamdulillah, perjalanan dua tahun setengah yang mengujakan bersama Shaklee.


Doakan aku dapat buat yang terbaik.

Okay. Berbalik kepada cerita Motivation & Recognition Rally tahun lepas.

Semasa event ini, aku datang bertiga dengan Wahid dan Nashriq. Najah memang sengaja aku tak bawak sebab takut cranky nak tidur dan nak susu. Insya-Allah tahun ni akan bawa dua-dua anak sekali sebab mereka lah kekuatan dan sumber semangat aku. Aku buat bisnes Shaklee ni sebab mereka dan segala rezeki yang aku dapat hari ini pon sebab rezeki mereka juga. Tapi takut juga kalau aku tengah berucap kat atas pentas ada penari latar dua orang tumpang sekaki KAHKAHKAH!!

Jom layan gambar aku dan team #JUSTDOIT yang hadir.

Kak Nani dan Echah naik sebagai Supervisor (tahun lepas).
Sekarang ni dua-dua dah COORDINATOR!

Aku, Wahid dan Nashriq tengah que nak naik pentas.

Nampak tak Nashriq tak reti duduk diam? T___T

Muka excited tunjuk best hihihi.


Dengan mentor a.k.a mak Shaklee ku, Master Beeha Yunos.


Antara anak buah #JUSTDOIT yang hadir.
Yang dua lelaki tu gigih terbang dari KL.

Selepas majlis Motivation & Recognition Rally tu, gigih lah kami berbual kat tepi hall tu buat sedikit mini coaching. Dah kata kan, bisnes Shaklee ni mudah sangat. Nak coaching online boleh, nak coaching jumpa face to face pon boleh. Yang penting tuan punya badan tu NAK belajar, NAK diajar dan NAK usaha. Bantuan ilmu dan tips cuma 5% dari upline (mentor), selebihnya 95% adalah effort orang yang nak BERJAYA itu sendiri.


Kak Nani dan Kak Suehaila
Yang kecik comel tu tentulah Kasih anak Kak Nani.


PZ (duduk tengah) ni terer marketing tau.
Sampai Syuqri dan Kak Arina pon kusyuk mendengar.

Jadi itu je lah cerita sepanjang Motivation & Recognition Rally tahun lepas. Memang seronok sekali sekala diraikan oleh company. Dapat sijil, dapat makan (hihihi) dan dapat jumpa anak-anak buah untuk sama-sama trasfer aura. That is how we create our bonding. Kita bukan sekadar upline - downline, tapi yang penting kita bina nilai kekeluargaan dan saling bantu antara satu sama lain.

Insya-Allah yang tahun ni punya Motivation & Recognition Rally (Sabtu depan), aku akan update secepat mungkin supaya tidaklah sampai setahun terperap gambar dalam gallery baru nak update KAHKAHKAH. 

Berminat nak sertai kami di Keluarga #JUSTDOIT?
Berminat nak JANA PENDAPATAN dengan Shaklee?



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

KEPERLUAN VITAMIN UNTUK IBU HAMIL.

Adalah lebih penting dari biasa bagi ibu yang mengandung untuk makan pemakanan yang sihat. Kecuali sekiranya anda mengalami masalah kesihatan khusus (Contoh : Diabetes Mellitus atau Edema). Kebanyakan nasihat permakanan biasa, karbohidrat, lemak, protein seimbang, makan pelbagai makanan termasuk keluaran tenusu dan beberapa jenis buah dan sayuran setiap hari. 
 
Kredit : GOOGLE.

SUMBER VITAMIN APA YANG PENTING UNTUK IBU HAMIL?

ASID FOLIK (FOLATES = VITAMIN B9)

Amat diperlukan pada permulaan kehamilan, malah sebelum persenyawaan. Asid Folik diperlukan bagi menutup tiub saraf (neural tube). Ia dengan itu menghalang Spina Bifida, kecacatan teruk pada bayi. Folate (dari folia, daun) banyak terdapat dalam bayam (segar, dingin atau ditinkan), dan juga terdapat dalam sayuran hijau, salad, tembikai, dan humus. Di Amerika Syarikat, kebanyakan keluaran gandum (tepung, mee) ditambah dengan Asid Folik. Vita-lea (Multivitamin) dan B-Complex Shaklee dilengkapi dengan Asid Folik @ Folate.




KALSIUM DAN ZAT BESI

Amat diperlukan oleh fetus untuk cepat membesar. Wanita mengandung perlu makan keluaran tenusu (bagi kalsium) dan daging merah (bagi zat besi) sekiranya mereka bukannya pemakan sayuran (vegetarian). Wanita seringkali diberikan pil zat besi kerana ramai wanita muda mendapat anemia lemah (kekurangan zat besi mendorong kepada kekurangan sel darah merah). Kalsium hanya berkesan sekiranya wanita mempunyai cukup vitamin D. Cara terbaik mendapatkan vitamin D adalah dengan berjemur setiap hari selama 10-15 minit. Namun dengan keadaan atmosfera serta lapisan ozon kita sekarang ini, kita tidak digalakkan untuk berjemur secara direct di bawah pancaran cahaya matahari. Ikan salmon dan ikan berlemak juga merupakan sumber vitamin D yang baik. Kalsium (Ostematrix) Shaklee dilengkapi Vitamin D bagi meningkatkan kadar penyerapan Kalsium.


VITAMIN B COMPLEX

Pengambilan Vitamin B-Complex mestilah lengkap dengan kelapan-lapan jenis vitamin B. Salah satunya, Vitamin B6 atau yang dikenali juga sebagai piridoksin. Wanita hamil memerlukan vitamin B6 sejumlah 1.9 miligram yang membantu untuk membentuk antibodi, sel darah merah, dan neurotransmiter. Menurut kajian, pengambilan vitamin B6 akan membantu mengurangi rasa mual - muntah pada beberapa wanita, tetapi tidak pada semua wanita. Untuk mengatasi rasa mual - muntah saat kehamilan, dos vitamin B6 yang diperlukan adalah lebih besar, dimana dos yang disyorkan iaitu 10mg untuk 3-4 kali sehari. Vita-lea (Multivitamin) Shaklee mengandungi 1mg B6 dan B-Complex Shaklee mengandungi 13.5mg B6.

Vitamin B6 juga boleh diperolehi daripada berbagai variasi makanan seperti pisang, cereal, kentang, ikan, ayam, gandum, jagung, kacang-kacangan.


VITAMIN C

Vitamin C bukan sahaja baik untuk kulit tetapi juga amat baik dalam meningkatkan sistem pertahanan badan. Seringkali ibu-ibu yang mengandung menghadapi masalah apabila selsema kerana banyak ubat yang tidak boleh diambil ketika mengandung. Vitamin C amat baik untuk bakal ibu yang mahu mengelakkan diri daripada selsema. Ia mampu meningkatkan sistem pertahanan ibu sepanjang mengandung dan selepas daripada itu. Sebaiknya bakal ibu perlu mempelbagaikan sumber vitamin C. Selain pengambilan vitamin C melalui supplement sama ada dalam bentuk kapsul, tablet atau affervesent perkara yang penting ialah kepelbagaian melalui sumber makanan. Ambillah buah-buahan yang kaya dengan vitamin C setiap hari. Jika boleh pastikan pengambilan vitamin C seharian melebihi 85mg tetapi kurang daripada 2000mg. Vita-C Shaklee adalah 500mg bagi setiap tablet.

Vitamin C boleh ditemui di dalam sayur-sayuran berdaun hijau seperti lada benggala hijau, broccoli, tomato, kentang putih dan manis (sweet potato), buah-buahan jenis citrus seperti oren, strawberry dan kiwi.


LEMAK

Lemak dari ikan salmon, trout, tuna, herring, sardine, dan mackerel mengandungi asid lemak omega 3 (n-3) rantaian panjang yang diperlukan bagi membina membran neuron. Dengan itu pengambilan ikan berlemak semasa mengandung membantu membina otak bayi dan retina. Bagaimanapun, ikan besar seperti tuna dan ikan layaran (swordfish) mungkin mengandungi terlalu banyak raksa beracun, dan seseorang perlu mengimbangi antara risiko dengan kebaikannya: ikan 2 atau 3 kali seminggu kelihatannya memberi cukup lemak, tetapi tidak terlalu banyak raksa. Omega Guard Shaklee mengandungi asid lemak omega 3 yang asli dan bebas pencemaran logam berat, merkuri dan kadmium dan merupakan minyak ikan terbaik dunia. 


FLUORINE

Fluorine membantu membina gigi yang kukuh, dengan menukar kristal kalsium semulajadi: sekiranya air dan garam tidak mempunyai fluorine, adalah bijak bagi mengambil pil mini fluorine pada penghujung kehamilan dan semasa penyusuan (tetapi awas dos tinggi adalah beracun!). Di kebanyakan bandar Amerika, air minum ditambah dengan fluorine. Sesetengah wanita mengandung mengalami edema, dan diberitahu untuk mengurangkan pengambilan garam.


VITAMIN SHAKLEE YANG DISYORKAN UNTUK IBU HAMIL.

  • VITA-LEA adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.
  • B COMPLEX Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.
  • VITAMIN C  Shaklee melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.
  • OSTEMATRIX - Ibu mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya. Vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi. Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.
  • OMEGA GUARD - Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.

Set Ibu Hamil
Trimester Pertama (0-12 minggu)


Set Ibu Hamil
Trimester Kedua & Ketiga (13-40 minggu)

BACA JUGA : TESTIMONI SET IBU HAMIL DI SINI

Khas untuk IBU HAMIL, dapatkan KONSULTASI PERCUMA dari saya!

PEMBELIAN SECARA ONLINE KLIK SINI

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.


Pertanyaan lanjut? Hubungi saya.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Saturday, December 6, 2014

SEGALANYA TENTANG VITAMIN C SHAKLEE.

Dalam banyak-banyak produk Shaklee, Vitamin C antara yang aku tak boleh miss setiap hari. Wajib kena ambil bersama Vitalea dan B Complex bagi mengisi kelompongan nutrisi pemakanan aku setiap hari. Itu tujuan utama lah. Sebab aku ni kuranggg sangat makan buah apatah lagi sayur. Jadi, 3 vitamin basic ni memang cover kekurangan nutrisi. Setelah 2 tahun lebih konsisten dengan Shaklee, aku dapat pulak bonus lain. Nak tahu bonus apa? Haa sambung baca bawah ni.

TESTIMONI DARI DIRI SENDIRI 


Tak payah terangkan panjang lebar pon korang dah boleh nampak perbezaan kulit aku sebelum consume Shaklee dan selepas consume. Berbeza sangat kan? Sebelum ni kulit kusam, warna tidak sekata, pastu berminyak. Kadangkala ada jerawat pasir sikit-sikit tumbuh melata wahh macam pantun pulak hihihi. Tapi ini kisah benar. Transformasi diri aku yang konsisten Shaklee selama 2 tahun lebih ni. 

Nak tahu lebih lanjut pasal Vitamin C Shaklee ni?


MANFAAT UTAMA

  • Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. 
  • Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.
  • Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.
  • Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
  • Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.
  • Mengekalkan kolestrol sihat - ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.


ANTARA SIMPTOM KEKURANGAN VITAMIN C.

  • Mudah tertekan / Stress - Sering letih dan lemah.
  • Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik, tapak kaki keras dan kasar.
  • Luka yang lambat sembuh.
  • Mudah selsema / bersin.
  • Wajah nampak tua dari usia (Vitamin C penting untuk pembentukan kolagen)
  • Mudah dapat ulser.
  • Mudah demam / antibodi tak kuat.
  • Gusi berdarah
  • Salur darah mengecil
  • Sakit sendi
  • Tanda lebam pada badan
  • Weight loss (Bukan kurus sihat tapi kurus yang tak sihat, lemah dan kusam)


PERBEZAAN VITAMIN C SHAKLEE (DENGAN VITAMIN C DI PASARAN)

  • Vitamin C pertama yang natural dan bertindak secara ‘Sustained release’, berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh selama 24 jam.
  • Rumusan unik yang membenarkan pelepasan Vitamin C secara perlahan dan berterusan selama 5 jam.
  • Satu tablet membekalkan 500mg Vitamin C iaitu bersamaan 7 biji setengah oren.
  • Membekalkan ‘Bioflavinoid’ dalam jumlah yang seimbang iaitu 120 mg. Bioflavonoids bekerja untuk meningkatkan keberkesanan Vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada suplemen Vitamin C (elak salur darah dari runtuh / bocor, meningkatkan fungsi Vitamin C, elak Vitamin C dari cepat teroksida dan merosakkan sel)
  • Ada dalam bentuk yang boleh dikunyah
  • Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan.dilepaskan kedalam system tubuh secara perlahan mengikut keperluan.

SIAPA YANG PERLUKAN VITAMIN C? 

  • Perokok dan mereka yang bergaul dengan perokok (Vitamin C mudah musnah oleh pencemaran udara iaitu asap rokok. Jadi orang yang duduk sekeliling akan terkena tempiasnya)
  • Ibu mengandung atau ibu menyusu dan juga ibu selepas bersalin.
  • Individu dalam proses penyembuhan penyakit atau selepas pembedahan.
  • Kanak-kanak
  • Orang yang mudah demam dan selsema
  • Pesakit berkaitan kardiovaskular seperti jantung, stroke, kolesterol tinggi dan darah tinggi
  • Anemic (Pesakit yang mengalami kurang darah)
  • Orang yang nak kulit gebu, anjal dan awet muda
  • Orang yang nak improve sexual health
  • Orang yang nak kurus
  • Orang yang stress & moody

AMARAN!
  • 1 batang rokok mampu melupuskan 50-100mg Vitamin C!
  • Keresahan / stress akan percepatkan penyusutan Vitamin C!
  • Kontraseptif, pil penahan sakit dan pil perancang antara pil yang akan menyusutkan Vitamin C yang banyak
  • Terlebih dos vitamin c (melebihi 12 biji sehari) akan menyebabkan sedikit cirit birit

TESTIMONI PENGGUNA VITAMIN C SHAKLEE.


Pengalaman Kak Beeha Yunos : Resdung dan alahan saya, Alhamdulillah dapat di-control dengan sangat baik. Selsema, demam yang semakin berkurangan yang menunjukan peningkatan yang bagus untuk antibodi saya lebih-lebih lagi saya ada asthma, resdung dan mengambil pil perancang keluarga.

Pengalaman Siti Sharina : Masa baby saya (2 bulan) dapat jangkitan demam campak besar. Sehari saya makan 2 biji (masa tu rasa nak makan 10 biji jerr so that demam dia cepat baik). Alhamdullilah demam cepat surut infact dia tak high fever pun. Bekas campak cepat kering dan parut yang lubang-lubang tu pun nampak dah beransur hilang. Dan satu lagi bila anak nak pergi cucuk 1st thing mama telan vitamin C 2 bij dulu.


Pengalaman Noor Syuhada : Masalah utama sejak dari kecil ialah penghadaman tak lancar, gusi berdarah setiap kali gosok gigi. Sekarang dah takda lagi. Bila breastfeeding anak, dan anak terkena selesema, dengan pengambilan Vitamin C, selesema anak sangat cepat kering dah pulih.


TAHUKAH ANDA??

  • Haiwan menghasilkan vitamin c mereka sendiri seperti arnab mampu menghasilkan 18,000mg Vitamin C sedangkan manusia TIDAK DAPAT menghasilkan Vitamin C. Tambahan pula, Vitamin C larut air dan akan hilang berterusan dari tubuh kita. Oleh yang demikian, adalah perlu utk kita mengambil Vitamin C setiap hari kerana Vitamin C tidak memberi kesan toksik. 
  • Setiap hidangan buah-buahan membekalkan 45-60mg Vitamin C. Buah-buahan akan menghasilkan Vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah ranum. Tetapi kandungan Vitamin C tersebut akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan.

Pilihan saya tentulah SHAKLEE.
Sentiasa SELAMAT, SEMULAJADI DAN SENTIASA BERKESAN.


PROMOSI BERLANGSUNG SEHINGGA 31 DISEMBER 2014 SAHAJA!


PEMBELIAN TERUS SECARA ONLINE KLIK SINI

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.


Pertanyaan lanjut? Hubungi saya.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

VITAMIN C & VITAMIN E - BERGABUNG PROMO!

RUGILAH SIAPA TAK GRAB PROMOSI BULAN INI.

Tu dia aku siap caps lock nak kasi nampak kat korang. Betapa ruginya kalau korang tak grab promosi bulan ini. Sudahlah sebab 2 jenis vitamin yang promo, pastu Shaklee bagi 4 jenis promotion pulak! Buat julung kali sangat Shaklee nak buat YEAR END SALE macam ni tau. Buat pengguna tegar Shaklee pasti suka dan gembira. Yang baru nak cuba Shaklee, haaa inilah masanya! 

Sebelum tu nak cerita, ada 2 vitamin yang promosi? Vitamin apa?

Bestnya!
Vitamin C dan Vitamin E promo bergabung yo! 

Haa inilah yang nak cerita ni. Dua jenis vitamin hokay yang Shaklee promo bulan ni. Yang pertama tu Vitamin C, yang kedua pulak Vitamin E. Sangatlah terkenal untuk KECANTIKAN KULIT. Tapi jangan ingat 2 vitamin ni untuk perempuan je tau! Lelaki pon suka. Sebab tu Vitamin C sesuai sangat untuk perokok tegar dan ada dalam SET ABANG GAGAH. Eh, tak percaya? Nanti aku cerita kat bawah ni. 


APAKAH MANFAAT UTAMA VITAMIN C?

  • Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. 
  • Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.
  • Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.
  • Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
  • Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.
  • Mengekalkan kolestrol sihat - ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.
  • Lagi pasal VITAMIN C - DI SINI.


APAKAH MANFAAT UTAMA VITAMIN E?

  • Mengandungi anti oksidan - Membaiki peredaran darah dalam badan, menjadikan wajah berseri dan tidak kusam, secara tidak lansung, kulit jadi bersih dari jerawat dan jeragat.
  • Melambatkan proses penuaan- Bagi mereka yang amalkan Vitamin E secara berterusan akan awet muda. Kulit jadi flawless, berseri-seri dan shining.
  • Mencegah pertumbuhan abnormal sel seperti kanser dan cysts. Bertindak dengan cara melancarkan saraf.
  • Bagi wanita yang baru lepas bersalin dan menyusukan bayi, Vitamin E mampu mengurangkan bengkak susu jika diambil secara berterusan, puting yang luka juga boleh recover dengan cepat. Stretch mark pada kulit dapat dikurangkan.
  • Mengurangkan kesakitan apabila PMS menyerang
  • Parut luka di kulit dapat dikurangkan
  • Bagus untuk jantung kerana Vitamin E mengembangkan pembuluh darah dan menghalang pembentukan darah beku berlaku.
  • Meningkatkan pengeluaran air mani bagi lelaki.
  • Dikenali juga sebagai Vitamin Cinta kerana membantu masalah kedinginan antara suami isteri.
  • Membantu masalah pigmentasi kulit.
  • Membantu dalam mendapatkan rambut yang cantik, sihat dan lebat.
  • Lagi pasal VITAMIN E - DI SINI.

PROMOSI BERLANGSUNG SEHINGGA 31 DISEMBER 2014 SAHAJA!

Dapatkan TAWARAN ISTIMEWA dan KONSULTASI PERCUMA dari saya.

PEMBELIAN SECARA ONLINE KLIK SINI

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.


Pertanyaan lanjut? Hubungi saya.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, November 28, 2014

MAMA, NAK "MET-TAP"!

Harini ada kenduri kecil-kecilan sempena 4 orang anak saudara aku nak bersunat esok. Adalah buat doa selamat dan kenduri arwah sikit. Maaf kepada yang tak dijemput sebab aku pon sampai terlupa nak menjemput dek kerana busy sangat sepanjang minggu ini. Ampun ya, bukan tak sudi. Tapi itulah, kesuntukan masa sangat-sangat..

Jadi tadi, masa nak bersiap, Najah boleh landing baik punya sambil cakap, "Mama, nak met-tap!" Serius sebelum ni aku tak pernah make-up kan dia pon. Sebab aku cakap kat dia nanti rosak kulit muka. So dia pon ala-ala takut gitu. Tapi tadi, boleh plak merengek nak "met-tap". 

Saja nak happy-kan dia, aku pon calit lah sikit eye shadow, eye liner, blusher dan lipstik hihihi. Padahal aku pon dah lama tak pakai semua tu. Sekarang ni muka aku selesa pakai foundation dan bedak sahaja. Kalau rajin sikit, calit eye liner. Kalau tak memang naked gitu lah. 

Nah setepek muka Najah bermake-up.
KAHKAHKAH! Macam retisssss sangat! :D




Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, November 27, 2014

DIIKTIRAF SEKALI LAGI OLEH SHAKLEE.

Belum habis entry dalam draft nak keluar, aku dah nak cerita benda lain pulak. Takpelah, a very short entry sebab  nanti dah selesai hari majlis baru aku cerita sepenuhnya siap bergambar-gambar.

Gambar kat bawah ni ialah surat jemputan dari Shaklee untuk aku dan suami hadir ke Hotel Grand Paragon bagi menerima pengiktirafan sebagai KEY COORDINATOR - rank aku sekarang di dalam Shaklee. Seronoknya lahaiiiii sebab asyik turun naik pentas je amik sijil, hadiah dan bunga. Rasa teruja dan dihargai sangat-sangat. Hahaha ayat begitu poyo kedengaran. Tapi betullah. Bersama Shaklee selama 2 tahun setengah ini, aku kira dah lebih 3 kali turun naik pentas. 

Feeling retis sangat! :P

Ada kejutan. Tapi aku belum boleh cerita sekarang. Dah confirm aku cerita okay? :)

Kepada yang sedang mencari bisnes nak buat tambah pendapatan sehingga boleh jadi pendapatan utama, marilah roger-roger aku. Dengan Shaklee bukan sekadar tambah pendapatan, malah lebih dari itu. Dengan group support yang ukhwah-nya seperti keluarga, dan bermacam tawaran company yang kita rasa seronok dan jatuh sayang. Yang penting NAK dan BUANG ALASAN. 

Berminat nak daftar ahli dan JANA PENDAPATAN? Baca SINI dulu. 


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, November 26, 2014

STATUS NUFFNANG BERTUKAR NON-GLITTERATI.

Setelah sekian lama tak buka web Nuffnang, maka tadi aku pon bukaklah saja-saja nak tengok apa khabar earning aku di sana (kaching kaching!!). Tapi alangkah sedihnya hati sebab aku baru perasan yang status GLITTERATI yang dipegang selama ini telah bertukar kepada NON-GLITTERATI! Sobs sobs sobs menangis di bucu katil!


Klik gambar untuk paparan lebih besar.
Tak. Anda tidak akan nampak berapa earning saya HAHAHAHA.

Entah sejak bila status bertukar. Aku pon tak tahu. Heh sangat kan? Mungkinkan sebab aku tukar domain? Atau tak update survey setelah sekian lama? Aku tak pasang iklan syarikat lain kat blog ini. ATAU, mungkin sebab aku "rajin" sangat update blog? Ya. Sebab "rajin" sangat update blog agaknya. Nuffnang pon jadi tak sayang sobs sobs sobs.

Tak apalah. Nasi sudah menjadi bubur ayam. Bubur ayam pon sedap jugak kalau dimakan panas-panas. Hihihi. Tak tak jangan melalut sampai ke situ. Apa yang aku maksudkan ialah perkara dah jadi pon. Nak merayu pon sudah tidak berguna ewahhhh. Jadi apa lagi Aishah? Cabaran mengembalikan status GLITERRATI! Sila update entry 1 hari 1 entry pastu rajin-rajin melawat web nuffnang untuk tengok status dah bertukar ke tidak. Kalau tidak cenggitu je lah earning ko sampai ke sudah.

Baik. Ada banyak entry dalam draft untuk dikeluarkan. Sila bertabah!


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

RECOGNITION & MOTIVATION RALLY DI KUALA LUMPUR

Cerita ini dah basi sangat dah. Tapi oleh kerana aku nak clearkan draft, gigihlah aku keluarkan entry ini di malam hari begini. Actually, Recognition & Motivation Rally ni berlangsung pada 28 September 2014 di Shah Alam Convention Centre. Tajuk entry di Kuala Lumpur? Tapi majlis buat kat Shah Alam? Entahlah. Suka hati aku je buat tajuk entry letak Kuala Lumpur. Geografi failed. Hihihihi.

So, kenapa gigih pergi Recognition & Motivation Rally kat KL nun jauh?

Sebab, aku nak meraikan kejayaan anak cucu cicit team #JUSTDOIT yang diiktiraf oleh pihak Shaklee atas pencapaian mereka. Alhamdulillah, seronok sangat bertukar aura kat sana. Aku ni sebenarnya jarang dapat beri komitmen hadir ke majlis-majlis Shaklee macam ni ketika masih bekerja. Tapi sejak meletak jawatan, Wahid izinkan aku untuk turut serta sebab katanya aku kenalah turun padang dan sentiasa berjumpa anak cucu cicit untuk bagi semangat. Syukur juga sebab dapat suami yang memahami. Aku kuat dan teguh kini pon atas restu dan doa suami jugak. "Thanks sayang!" Eh.

Aku ke Kuala Lumpur naik flight dengan mak Shaklee aku, Master Beeha Yunos. Flight okay. Flight. Kenderaan yang aku tak pernah naik seumur hidup aku. Takut dan gementar. Tak sangka yang aku akan naik jugak. Sangatlah jakun hokay! Muka cover tenang supaya tak nampak gabra sangat. Padahal dalam hati hanya Allah yang tahu. HAHAHAHAHA.

Sampai sahaja kami di KLIA2 yang besar gila penat kaki kami berjalan, anak buah bisnes Shaklee aku Cik Puan Nana dah menunggu. Terima kasih kepada Nana yang sudi jemput dan hantar kitorang balik. Dari pagi sampai ke malam jadi driver (hihihihihi) kami. Hanya Allah yang mampu membalasnya dan semoga dimurahkan rezeki Nana dan keluarga dunia akhirat. :)


Upload kat FB semua kata muka sama. Hihihihi.
Thanks Nana! :)

Majlis kat SACC tu jam 2 petang, jadi pagi selepas Nana jemput, kami ke Seksyen 7 dulu untuk ber-sarapan. Sempatlah juga sesi coaching dari hati ke hati dengan Nana. Nana ni antara leader aku yang sangatlah jarang jumpa. Banyak sesi belajar dan mengajar guna 100% online. Tapi itu bukan alasan nak berjaya kan? Kalau nak berjaya, apa jua halangan pon sanggup hadapi. So same goes to Shaklee business. Jauh dari upline bukan alasan untuk berjaya. Antara NAK dengan TAKNAK je. Khenn?


Jarang dapat coaching offline gini.
Sesekali berjumpa, gunakan sebaiknya.


Lepas sarapan, kami lepak pulak kat Burger King Extreme Park Shah Alam sebab lambat lagi nak tunggu pukul 2 petang ke Shah Alam Convention Centre. Dok melepak kat situ sambil coaching santai dengan group I'm Possible (group Nana). Seronok bila sesekali dapat spend time dengan anak cucu cicit macam ni. Sebab selalu jumpa kat Whatsapp je.


Team Im Possible by Cik Puan Nana.


Dan tengok, siapa join kami selepas itu!
Itu 
Hannah Johary yow!

Dalam jam 1.30 petang gitu, kami bergerak ke Shah Alam Convention Centre beramai-ramai. Hannah tak dapat join sebab ada komitmen lain. Sangat tak sabar nak hadiri majlis macam ni tau. Sebab selalu bagi aku inspirasi untuk terus berjaya. Ada sharing dari Master-Master yang dah berjaya. Tengok orang turun naik amik penghargaan. Sangat best! :)

So sesampai aje kat SACC tu, kami mendaftar dan pergi Solat dulu. Ramainyaaaa orang macam National Conference pulak rasanya. Eh, sebut pasal National Conference, aku belum pernah cerita lagi kan kat dalam blog ni pasal Shaklee NC? Nanti ada masa aku cerita okay. Best tau Shaklee NC tu. Aku dapat stay 3 hari 2 malam kat Hotel Sunway & Resorts percuma je Shaklee bagi. Eh itu nanti lain entry aku cerita lah eh. Sekarang habiskan entry Recognition & Motivation Rally ni dulu. Wahhh banyak betul aku hutang cerita kat blog ni.

Okay lagi gambar sepanjang majlis.


Dari kiri: Nasuha, aku dan Cik Puan Nana.

Bersama Kak Anum.
My 2nd level leader. First time jumpa ni :)

Selfie pakai monopod khas dari JB KAHKAHKAHKAH

Ramai kan orang? Ni masa majlis belum start.
Bila majlis dah start, pandang belakang tengok penuh orang berdiri!

Ini dengan #OTG
Group under Master Beeha.

Sebahagian #JUSTDOIT yang datang.
Sebab yang lain dah pergi makan hihihihi.

Ada banyakkk sangat gambar tapi aku tak laratlah nak upload semua. Kalau berminat nak tengok bolehlah add aku kat FB dan skodenglah album gambar aku kat sana hihihi. Semua pon gambar anak cucu cicit #JUSTDOIT naik pentas amik sijil pengiktirafan. One word can describe my feeling bila tengok balik gambar-gambar ni ialah, BANGGA. Bangga tengok mereka yang awal-awalnya tak pandai bisnes, takut, malu, permulaan income cuma RM23 sahaja tapi sekarang dah stabil 4 angka, dah naik pentas menerima pengiktirafan Shaklee. Itulah macam aku cakap, yang penting NAK CUBA dan NAK BELAJAR. Kalau dua benda ni pon taknak, tak ada sesiapa dalam dunia ni boleh bantu.

Siapa kita setahun akan datang?
Permulaannya bermula HARI INI.

Betul ke BETUL? *angguk-angguk kepala*


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Saturday, November 22, 2014

NAJAH & DEMAM CAMPAK.

Actually tak pasti apa nama sebenarnya biji-biji ini. Ada orang panggil demam campak, ada orang panggil chicken pox, ada pulak orang panggil cengkering. Aku yang dah hidup 29 tahun pon tak tahu macam mana rupa yang sebetulnya. Tapi bila bawa jumpa doktor, katanya demam campak. Jadi aku pon angguk-angguk-kan kepala aje lah hihihihi.

Najah kena demam campak ni pon dah lama. Masa 17.10.2014 bulan lepas. Tapi aku tak share gambar kat mana-mana media social sebab ada kakak kat group pesan yang penyakit gini jangan suka-suka share gambar. Nanti budak lambat baik. Aku pon tak pasti kebenarannya tapi dek kerana nak anak cepat sihat, aku pon ikut aje la pantang larang yang aku sendiri tak pasti betul ke tidak itu. 

So berbalik kepada cerita Najah dan demam campak ni.

Badan Najah dah mula dedo masa malam 16hb. Najah ni tidur memang berbantalkan lengan aku. So aku dapat rasalah badan dia dah mula panas. Tapi mula ingat nak demam biasa je. So aku just tuam dahi dia dengan tuala basah. Tapi bila bangun pagi, nak mandikan dia, dah mula nampak biji-biji merah kat belakang badan.  

Oh sebelum itu. 

Sebelum Najah kena demam campak ni, seisi anak saudara semua dah kena dah dua minggu sebelum itu. Bayangkan Emak aku ada 10 orang cucu, semua memang transit kat rumah Emak. Aku pon memang kena duduk sini seminggu sekali sebab Wahid shif malam. Tujuh orang memang bergilir ganti dua minggu sebelum tu. Kecuali Haiqal (anak Kak Ngah aku), Nashriq dan Najah. Sekali bila Najah kena kali ni, si Haiqal pon kena sekali! Paling juara bertahan ialah Nashriq sebab yang sesi pertama tak kena, yang sesi kedua ni pon dia tak kena. Rileks je muka Nashriq tengok muka orang lain bersapu Calamine Lotion. Heh.


Pagi 16hb. The day aku mula nampak bintik-bintik merah.


Tak. Dia bukan merengek sebab demam.
Tapi dia bengang Mama amik gambar tanpa baju :D

Najah memang langsung tak merengek sepanjang kena demam campak tu. Dia boleh main, melompat, menari dan menjerit macam biasa. Cuma dia tak suka disapu calamine lotion tu sebab dia kata muka dia tak cantik! HAHAHAHAHAHA. Memang bergaduh okay tiap kali nak sapu calamine lotion.

Ada tips sikit nak bagi kepada mak ayah yang anak dia kena demam campak ni.

Bila korang dah nampak je biji pertama yang meragukan, terus cepat-cepat bawak pergi klinik sebab doktor akan bagi 1 antibiotik untuk "hambat" virus ni keluar. Tapi, kalau korang bawa lambat, lebih dari 48 jam, antibiotik tu dah tak berguna dah. Tips ni aku dapat kat doktor yang rawat Najah tu. Tapi masa aku bawa Najah tu pon dah lebih 48 jam. So tak dapatlah antibiotik tu.

So, kata taukey Shaklee, produk apa yang aku guna untuk rawat Najah? 

Macam biasalah kalau anak-anak demam, aku akan mandikan dengan Basic H. Bubuh beberapa titis dalam air mandian, dan jiruslah badan anak dengan air mandian tu. Apa yang aku perasan, tiap kali anak demam dan aku mandikan dengan air titisan Basic H ni, suhu badan mereka akan segera turun. Masa Najah kena demam campak tu, dia punya bintik-bintik merah pon cepat kering.

Pastu, antara produk Shaklee lain yang aku bagi ialah Nutriferon dan Mealshakes. Dua produk ni aku masukkan dalam susu Najah dan dia akan minum sampai habis. Nutriferon ni penting untuk turunkan suhu badan dan imun sistem. Manakala Mealshakes pulak untuk multivitamin dan bagi bintik-bintik demam campak segera kering dan tak hilangkan bekas. Memang syukur sangat Najah tak ada bekas demam campak kat muka atau badan. 

Dalam susu ni ada Nutriferon dan Mealshakes :)

Berselang seli dengan calamine lotion, aku sapu juga Herbal Blend sambil boleh urut-urut badan Cik Najah kita itu. Herbal Blend tu kan multi-purpose. Bagus untuk kulit kering, tumit yang crack, stretch-mark dan macam-macam kegunaan lagi. Yang penting, bau dia wangi dan berangin (mentholated). Tu yang buat aku dan Najah suka sangat-sangat :)

Sumber gambar dari GOOGLE

Honestly, sebagai mak, lagi pulak aku yang hadap dia 24 jam dari bangun pagi membawa ke teman tidur, memang sedih sangat tengok badan anak kita jadi macam tu. Bintik-bintik merah tu macam menyakitkan walau aku tengok Najah takdelah pulak menggaru atau mengadu sakit. Tapi serius memang sedih. Hati memang kena kuat. Lagi masa sapu calamine lotion atau Herbal Blend tu. Sayu je hati ni. Alhamdulillah kurang seminggu, demam Najah dah tak ada. Bintik-bintik demam campak pon beransur hilang. Bersyukur sangat-sangat sebab aku tak lalui fasa tu terlalu lama. 

Oklah. Jam dah pukul 1.30 pagi dah. Banyak lagi entry dalam draft yang akan aku keluarkan. Nampak tak begitu gigih aku nak catch up cerita balik semua? Iyalah, semua dah ada dalam draft siap bertajuk. Tapi lepas tulis tajuk tak jadi apa. Haih, kalau tak keluarkan nanti tak ada kenangan untuk dibaca di masa akan datang. Kan?


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015