Monday, December 10, 2012

Lebih Kurang Setahun Yang Lepas.


Lebih kurang setahun yang lepas, lahirlah seorang puteri kecik yang diberi nama Nur Anis Najah. I was so in love dengan nama Najah tu since terpandang kat dalam Buku Nama-Nama Islam. Najah membawa maksud 'Kejayaan' - dengan harapan, semoga hidupnya berdamping kejayaan sentiasa, Insya-Allah.

Kalau dikenangkan kembali bagaimana penerimaan saya ketika mengetahui saya kembali mengandung kali ketiga, waktu itu Nashriq baru berusia 6-7 bulan, rasa nak gelak sakan sekarang ini. Tak terbayang dek akal bagaimana psiko-nya saya menangis sebab tak boleh terima hakikat. Saya salahkan Wahid 100% waktu itu. Saya lari duduk atas jejantas tengok kereta laju lalu lalang kat bawah. Wahid bergegas cari saya lepas tahu saya tak masuk kerja. Dia amik saya kat jejantas dan bawa saya duduk tepi laut untuk heart to heart talk. 


Kelakarnya kalau fikir balik :)

Sekarang, bila Najah di depan mata, dah mula melangkah 3-4 tapak, suaranya buat riuh satu rumah, manjanya, senyumnya, keletahnya, pandangan matanya - Subhanallah, tak terasa pahitnya masa lalu itu dulu. Anak kecil yang kononnya dulu saya 'tak mahu', 'tak suka', 'tak sedia', sekarang ini menjadi ratu hati saya. Dialah yang menenangkan saya bila hati gundah gulana. Najah ni macam ubat penenang. :)

"Happy 1st birthday in advance, Anis Najah. Semoga awak membesar jadi anak yang solehah, hormat orang tua, baik budi bahasa, lembut tutur kata dan jadi anak yang cerdik dan pintar."

Ahhh, rasa macam nak berhenti kerja sekarang dan jaga anak je kat rumah.

Ya Allah, perkenankanlah niatku yang satu ini. Amin!


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

6 comments:

  1. hey!! awak buat kita bergenang2 air mata tau tak!!!

    your condition sama la macam kita ni aishah. i'm pregnant with jazly masa khalish baru nak pandai golek2 6months. huhuhu.

    ReplyDelete
  2. geramnya tengok peha najah....

    ReplyDelete
  3. hehehe....inilah yang dinamakan rezaki ....by the way najah memang comelssss

    ReplyDelete
  4. rezeki masing-masing
    ada yg beranak rapat, ada yang jarak jauh bertahun-tahun
    semua tu keputusan dan rezeki masing-masing. Allah yang tentukan. sambil usaha kita kan..

    selamat ualng tahun pertama Najah. semoga sentiasa jadik penenang mama

    ReplyDelete
  5. happy birthday in advance Najjah

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015