Friday, October 5, 2012

Wanita & Suntikan Rubella.

Sudah sekian lama, baru aku teringat balik kisah ini.

Ya, aku masih belum ambil suntikan Rubella ni lagi. Dah 3 kali bersalin pon masih belum ambil. Dulu aku pernah tanya nurse kat KK. Nurse kata, kalau nak ambil kena tunggu 3 bulan selepas bersalin dan make sure 3 bulan seterusnya pon tak boleh mengandung. 

Selepas bersalin Nashrah, memang tak sempat ambil sebab terus mengandung Nashriq. Selepas bersalin Nashriq, TERLUPA ambil sampailah mengandungkan Najah. Nampak tak kesambil-lewaan aku di situ? :P

So sekarang, sudah hampir 10 bulan selepas aku bersalinkan Najah. I think, I should take one.

Maklumat mengenai Rubella di sini dan juga sini. Sila baca.

Hati aku sekarang asyik dok fikir sama ada Rubella ni sangat perlu atau tidak? Sebab Alhamdulillah, setakat ini, anak-anak aku sihat, sempurna sifat dan tiada penyakit kronik. So, hati aku macam berbelah bagi untuk ambil. Sebab takut kalau ambil nanti, jadi terbalik. Eh entahlah. Fikiran aku ni memikir benda pelik-pelik pulak. Nauzubillah!

So kawan-kawan, can you guys share with me any info mengenai Rubella ni? Ada tak antara kalian yang pertama kali mengandung tanpa Rubella then lepas bersalin terus ambil dan kemudian macam mana dengan kandungan selepas ambil Rubella tu? 

Hahaha serius aku takut ni. Paranoid kan aku? 

4 comments:

  1. Semua dengan izin Allah.
    Arwah ibu kite tak pernah amik Rubella, 9 orang anak2 dia semua sihat segar bugar. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. sbnrnya kalau ikut kajian xperlu amik sbrg vaksin pun.. sorry takleh bg info lebih sbb maria pn xstudy lg..hehe..

    ReplyDelete
  3. td i baru amik injection hepB. Doc kata vaksin2 ni tak wajib, tp digalakkan..uish, tgh sengal tgn ni..hihihi

    ReplyDelete
  4. orangdulu dulu semua pun xda vaksin kan..terutama org susah..tapi izin Tuhan..bayi-bayi dulu semua sihat hehe..if Aishah rasa confident xamik inject tu..tak perlu amik..kalau rasa was-was baik amik..tapi budak perempuan mmg dpt suntikan Rubella tu kan masa darjah satu ke ting.3 kalau xsalah ;-)

    ReplyDelete