Thursday, September 20, 2012

Impian Yang Secara Tiba-Tiba.

Well, knowing me yang selalu sangat dapat idea secara tiba-tiba, pastu semangat berkobar-kobar macam nak buat sekarang jugak. Tak boleh tangguh-tangguh. Ye, aku dah dapat satu idea / impian secara TING! pagi ini.

Aku nak ambil paper Julai dan nak cantikkan result SPM aku.

"WHAT AISHAH WHAT? KAU NAK BELAJAR BALIK?"

Hahaha. Aku tak tahulah dari mana impian ni sampai. Tapi yang pasti, aku dah mula rasa bosan dan tepu duduk kerja jadi kerani sekolah. Bukan jiwa aku kot. Entahlah. Aku rasa, aku perlu baiki result SPM aku dulu, then barulah aku boleh baiki kehidupan aku. At least, lepas result SPM cantik boleh sambung Diploma ke, pastu boleh mohon jawatan yang best sikit (sesi berangan bermula).

So, aku berniat nak ambil paper Bahasa Inggeris dan Matematik. Sebab dua result ni yang memang hancur berderai. Kalau nak mohon mana-mana pon, dua result ni yang penting kan? Paper BM tak payah ambil lagi sebab result BM aku power. PANGGGGG!!!

Jadi, aku nak minta pendapat korang yang pernah ambil paper Julai ni. Susah tak? Payah tak? Macam mana prosedur dia? Berapa bayaran? Boleh catch up tak sebab aku ni dah beranak dua. Share lah pengalaman korang ek. Mana tau boleh jadi panduan untuk aku. Heeeee. :)

P/S : Separuh hati memang dah berkobar nak amik paper Julai ni. Tapi separuh hati dok fikir mampu ke aku belajar sambil manage family, kerja hakiki dan bisnes Shaklee? Insya-Allah, di mana ada kemahuan, di situ ada highway jalan. Kan?


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

14 comments:

  1. bagus cita2 akak tu:)
    in my opinion, mmg perlu akak ambil kalau memerlukan demi masa depan.
    cuma, sy rasa kalau akak ambil apa2 sijil yg boleh terus sambung ke diploma lebih cepat dan mudah.
    sbb nak blajar addmaths (ke modern maths) balik utk spm mcm agak susah kalau setakat nak based on buku je. kena latihan bertubi2..kalau add maths la. kalau maths , iallah boleh lagi.

    tp klu amik sijil, yg boleh jadi tiket ke diploma, iallah lebih senang akak nak manage..

    my opinion la..:D

    ReplyDelete
  2. bagusla aishah nak sambung belajar,masih muda lagi,insyaAllah bole.stress tu biasa la kan.hee.kalau ada kemahuan di situ ada jalan.emm..try je mintak smbung diploma guna result spm tu.boleh je kot.kalau amik paper julai mcm lmbt je.pendapat saya la

    ReplyDelete
  3. Salam..
    Ambil sijil..kalau di uitm, student yg tak berapa score english & maths boleh apply pra diploma...

    belajar betul2 after 3 months boleh masuk diploma uitm...

    kalau nak redah, try je apply diploma dgn result yg ada.... biase utk part time student ni byk kelonggaran.. UM pun ade executive diploma :)

    ReplyDelete
  4. bagus aisyah.. Jue sokongggggggg.. all the best aisyah!jue tahu aisyah boleh!

    ReplyDelete
  5. bagus2..aishah awak mampu... janagn oikir oanjang..just do it.. oergi daftar n follow je kelas.. saya pun dalam perkiraan nak sambung belajar lagi no after settle beberapa hal...

    ReplyDelete
  6. √°ishah,

    setuju dgn cadangan pertama kat atas tu. baik aishah amik any sijil kemahiran/kompetensi yang boleh dimanfaatkan for better recruitment.

    tgk apa job yg aishah nak apply
    keje perlukan kemahiran apa

    ReplyDelete
  7. Insya Allah Aishah
    nak mulakan langkah pertama tu mmg sangat susah
    tp once dah mula, sure boleh punya
    belajar + family mmg perlukan pengorbanan
    tp pengorbanan yg berbaloi
    good luck
    semoga Allah permudahkan urusan Aishah

    ReplyDelete
  8. Go Aishah semoga dipermudahkan impian Aishah tu ye

    ReplyDelete
  9. Aishah, bagus sangat idea awak ni. Just nak share my hubby dah tinggalkan SPM 16 tahun dulu, skrg sdg buat diploma di politeknik. Sebelum masuk poly, 2 kali dia ambil July paper for BM (skrg bukan July dah, dia bulan June) untuk dapatkan credit utk paper BM dia. Dua-dua kali tak berjaya dapat credit sebab dia mmg asalannya bukan orang yang "mengarang dan membaca", dia seorang yg very technical minded or science related. First time ambil siap panggil private tutor dtg rumah tapi mmg terlalu banyak changes dari zaman dulu. Kemudian ternampak iklan poly yg tak perlu BM credit so sesuai la. Sekarang sudah 3rd semester and he's enjoying the journey very much!

    Saya pun sokong saranan yang lain-lain ambil sijil, then ambik diploma. Apa pun, Aishah mmg sure boleh punya. Saya selalu advise husband paling penting ialah semangat. Once semangat ada, inshaAllah boleh! Saya sendiri pernah further studies selepas habis uni dulu sambil bekerja, mmg paling penting semangat kental!!! Inshaallah!

    ReplyDelete
  10. Ye kak Aishah, tak silap kite, Open University dia kire pengalaman kite untuk sambung belajar. tu utk bakal student yg dah lama tinggalkan university/sekolah la. so tak payah amik paper julai tu, terus je amik diploma/degree. Semoga Allah memberkati niat murni kak aishah :)

    ReplyDelete
  11. Bagus ada impian cenggitu...
    menurut ramai, paper july agak susah sikit berbanding paper SPM normal, tapi wallahuhalam..depends pada yang tukang jawab la kot..
    Tapi kalau nak terus amik part time study pun bagus..cuba surf kat sini http://ined.uitm.edu.my/. Ramai yang buat part time study kat sini; dip/degree diiktiraf.
    Tapi bila buat part time study ni kena kuat 2 benda; semangat & disiplin. InsyaAllah boleh

    ReplyDelete
  12. pasti boleh aishah! kita suka & sokong semangat awk! :)

    ReplyDelete
  13. go aishah go..ada memebe saya..belajar pjj.. lepas kawin masih lagi pjj..tapi bezanya bila lepas kawin lagi senang ilmu nak masuk n di permudahkan segala hal..sampai lah ada anak terus dapat anugerah dekan..hebat kan kuasa allah..dia akan mempersenangkan niat murni kita.. jadikan anak sebagai landasan untuk kita mudah menimba ilmu..insyaallah..

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015