Friday, March 16, 2012

Kisah Kelahiran Anis Najah.


Bismillahirahmanirahim.

Due date kelahiran Anis Najah ada berbagai-bagai. Kalau ikutkan dari tarikh akhir last period, Anis Najah dijangka lahir pada 10 Disember 2011. Tetapi, pada muka hadapan buku klinik kesihatan, nurse sudah tulis 12 Disember 2011 berpandukan jadual beroda mereka itu. Scan dengan doktor kat Klinik Kesihatan pulak, dia kasi tarikh 17 Disember 2011 berdasarkan tumbesaran bayi. Punyalah banyak tarikh nak kena ingat kan? Tapi aku pegang tarikh 10 Disember 2011 sehingga ke waktu nak bersalin. Itu yang dok countdown sampai overdue 6 hari tu. Padahal kalau ikut hospital, aku overdue 4 hari aje. Hehehehehe.

Aku ada cerita dalam entry ini kan, yang jika aku tidak bersalin jugak sepanjang minggu itu, aku harus menyerah diri ke hospital untuk proses induce pada 18 Disember 2011. Hoi, siapalah yang nak kan? Maka aku berusaha bermacam-macam kaedah yang difikirkan sesuai bagi mempercepatkan bersalin. 

Sepanjang minggu itulah, aku telah togok air rendaman akar Siti Fatimah berjug-jug. Habis satu jug, aku top up air lagi. Tak cukup air akar Siti Fatimah, aku togok pulak air Yaasin yang dikirim oleh ibu mertua. Ehh, tak cukup dengan itu, aku kasi perabis minyak Bio-Selusuh bersudu-sudu. Semuanya menemui jalan buntu bila tiada tanda-tanda nak bersalin pon.

Dalam pada menunggu hari tu, aku masih gigih ke tempat kerja. Aku masih gigih ulang alik stay rumah kuarters dan hantar Nashriq di pagi hari ke rumah Emak. Niat hati kononnya, nak rasa bersalin dari rumah sendiri kemudian hantar Nashriq ke rumah Emak dalam keadaan sakit-sakit pastu terus zass ke hospital. Hahaha. Punyalah merancang macam-macam kan? Tapi rupanya, rancangan Allah itu lebih cantik. :)


15 Disember 2011 (Khamis)

Sehari sebelum hari kejadian.

Aku cuti hari ini. Atau lebih tepat lagi, aku memonteng. Sudah penat rasanya membawa badan yang sudah overdue lebih 5 hari. Stress sudah mula menguasai diri. Malam sebelumnya, kami berbincang suami isteri untuk stay sahaja kat rumah Emak. Niat awal yang kononnya 'nak merasa sakit di rumah sendiri kemudian baru hantar Nashriq ke rumah Emak dan terus zass ke hospital' terpaksa dibatalkan. Sudah overdue begini, tak kuasa nak menerima apa-apa kejutan. Suami pon ada bersuara;

"Manalah tahu, berkat stay rumah Emak, awak terus bersalin?"

Malam itu jugak, aku request suami buatkan Air Selusuh DIY. Suami pon google sambil menghadap satu tupperware berisi air. Kelakar kalau difikirkan balik. Tapi mungkin ada berkatnya jugak Air Selusuh DIY suami tu. Sebab esoknya aku terus bersalin. :)


16 Disember 2011 (Jumaat)

Hari kejadian.

Seperti biasa, suami bergerak ke tempat kerja seawal 7.30 pagi. Sebaik suami melangkah keluar bilik, contraction pertama dirasai. Agak mild di situ. Aku terus buat tak tahu memandangkan sudah 2-3 kali juga menerima Braxton Hicks sebelum ini. 15 minit kemudiannya, contraction kedua tiba. Aku terus monitor jam di dinding. 3 kali contraction berselang 15 minit sehingga jam 8.00 pagi. Aku terus keluar bilik untuk beritahu Emak. Minta Emak take over Nashriq sementara aku boleh terus baring dan monitor contraction yang mendatang.

Bermula jam 8.00 pagi, contraction mula menyerang 10 minit sekali. Emak sediakan air Milo dan aku pon bersarapan Nasi Ambang. Aku harus pastikan yang aku betul-betul kenyang dan punya tenaga hari ini. Anything can happen. I know it.

Jam 10.30 pagi, suami SMS bertanya khabar. Aku beritahu pasal contraction berselang 10 minit tadi. Minta suami balik segera sebab hati aku dah tak sedap. Aku terus ke bilik air dan mandi air panas sebanyak yang boleh. Keluar dari bilik air, 2 biji telur separuh masak sudah Emak sediakan. Aku makan lagi bersama air Milo. Memandangkan minyak Bio-Selusuh sudah habis diminum kelmarin, maka aku telan sahaja minyak masak dalam kabinet dapur rumah Emak. Punyalah desperate nak bersalin cepat. Kononnya boleh melicinkan perjalan bayi turun ke bawah. Echeh.

Sementara menunggu suami tiba, aku pon bawak berjalan memusing satu blok. Sambil itu, aku buat breathing technique yang aku ada cerita dalam entry ini. Sakit contraction tu sangat statik 10 minit sekali. Hati aku terasa yakin yang aku memang akan bersalin hari ini. Semakin terasa sakit, semakin aku bawak turun naik tangga. 

Sedang aku turun naik tangga tu, suami pun sampai. Masa ni sudah jam 11.15 pagi. Aku masuk rumah dan  minum sesudu dua lagi minyak masak. Dah nak gerak ke hospital, aku peluk cium Emak dan minta maaf apa yang patut. Biasalah hati emak-emak, mesti menangis bila part-part macam gini. Maka aku pon terseret sama menangis dek kerana emo yang entah apa-apa. Lebih emo bila peluk cium Nashriq yang masih tidak tahu apa. Hoih lah. Serius punya sedih. Rasa macam nak peluk Nashriq tak mahu lepas. 

Jam 11.40 pagi, aku dan suami tiba di hospital. Terus daftar di Bilik Saringan dan nurse bertugas minta aku masuk ke dalam bilik untuk check CTG bla bla bla. Hasil CTG tak berapa cantik sebab baby ketiduran. Nurse yang bertugas tu suruh aku bangun ke bilik air dan buang apa yang patut. Hehehehe. Bila aku baring balik dan sambung buat CTG, baru hasil CTG tu cantik. 

Selesai CTG, aku menunggu lama untuk proses yang seterusnya. Jam 1.15 petang baru aku dipanggil untuk history interview, check perut dan check VE. Bila sampai part check VE tu, aku memang sangat-sangat berharap yang bukaan melebihi 4cm. So bolehlah aku terus masuk labour room dan bersalin kan? Tapi sayangnya, doktor yang check VE tu beritahu, "CLOSE lah Puan". Aku pon, "Haaaa???". Kecewa. :(

Selepas 2 minit 'buat kerja' kat bawah tu, doktor tu beritahu pulak, "Okeh, dah bukak 1cm. Masuk wad ye Puan? Kita tunggu jalan bukak natural. Lagipon dah overdue ni". Aku pon mengangguk. 

Jam 2.45 petang, aku sudah berada di atas katil wad senang lenang. Kadaran sakit adalah 5 minit sekali. Waktu ni aku masih boleh berbual gelak ketawa bersama suami. Telefon Emak pon boleh cakap berlama-lama. Aku fikir, mungkin belum tiba masa untuk bersalin. Mungkin esok?

Tapi telahan aku silap. Jam 5.00 petang, sakit yang maha sakit telah tiba. Less than 5 minutes aku rasa. Suami yang ada di tepi pon malas hendak dilayan. Aku tutup muka guna tuala yang aku bawa. Dalam pada sakit itu, sempat jugak pesan suami belikan Nasi Ayam belah malam nanti. Serius punya nak pastikan perut kenyang sebelum masuk labor room nanti. Ehek.

Doktor bertugas datang melawat. Aku sempat tanya sama ada boleh tak aku di-induce sahaja memandangkan aku dah ada kat wad ni. Tapi doktor tu tak setuju sebab aku belum sampai overdue 8 hari lagi. Kecewa betul aku. Dahlah rasa sakit dan makin melampau. Kalau aku tak bersalin jugak, takkan aku nak menahan dan tunggu sampai hari Ahad jugak? Ergh!

Dalam pukul 8.00 malam macam tu, aku makan bekalan Nasi Ayam yang suami belikan tadi. Aku bantai lagi togok air sampai habis sebotol. Kunyah kurma 2-3 biji pulak. Pastu, barulah aku berjalan-jalan sepanjang wad. Sambil berjalan, sambil sakit. Sambil itu jugak, aku baca doa Nabi Yunus dan buat breathing technique tak henti-henti. Bila sakit mendatang, aku stop dan berdiri tegak. Bila contraction hilang, aku sambung berjalan balik.

Dah penat berjalan, aku balik ke bilik nak ambil botol air yang dah habis tadi. Niat di hati nak pergi top up air kat pantry wad. Jalan, jalan, jalan, tetiba sakit yang lebih sikit dari tadi. Aku stop. Berdiri tegak dan tahan sakit. Berdiri tegak lagi dan buat breathing technique. Kebetulan, ada satu nurse sudah nampak keadaan aku tu, dia pon tanya, "Sakit ke?" Aku cakap, "Ha'ah, sakit sikit." Dia tanya lagi, "Dah berapa minit?", aku jawab lah tak sampai 5 minit sekali gitu.

Dia pon terus panggil aku masuk bilik pemeriksaan. Dia suruh aku baring sebab dia nak buat VE. Aku pon tadah ajelah dengan harapan bukaan dah besar dan aku boleh pergi labor room sekarang.

"Eh, dah 5 cm ni. Awak jalan-jalan kalau terberanak tadi macam mana? Saya pecahkan air ketuban ye? Terus masuk labor room." Aku yang macam orang ngantuk disorong bantal pon tak henti menggangguk-angguk. Tak tahu nak describe perasaan masa tu macam mana. Ada sikit happy. Takut pon iye. Semua perasaan bercampur aduk.

On the spot jugak, nurse tadi terus siapkan barang untuk pecahkan air ketuban. Dia panggil satu doktor lelaki Cina untuk buat. Saat inilah paling azab aku rasa. Doktor Cina tu baru lagi kot aku rasa. Dia godeh kat 'bawah' tu lamaaa gilaa! Macam susah nak cari waterbag tu. Aku dah menahan sakit macam apa dah. Nurse kat tepi pon suruh aku sabar banyak-banyak.

Dah jumpa waterbag, doktor terus pecahkan 'burstttt' habis basah kat bawah tu. Aku rasa macam banyak gila air ketuban kali ni nak dibandingkan masa Nashriq dulu. Kali ni, bila nurse tolak aku atas wheelchair untuk ke bilik pon, air ketuban tu menjejeh sepanjang jalan. Sampai aje kat bilik, aku capai handphone dan call suami cakap yang aku dah nak ditolak masuk labor room. Kelam kabut suami. Sebab dia jangka aku akan bersalin esok.

Selesai serah hanphone pada kaunter nurse bertugas, aku pon ditolak ke tingkat bawah untuk ke labor room. Kaki dan tangan masa ni memang sejuk gila. Perasaan takut, gementar, semua ada. Aku selawat banyak-banyak dan tak henti buat breathing technique. Kalau dari luaran, memang nampak aku cool gila. Sampai nurse pon tanya, "Awak tak rasa sakit ke?" T__T

Sampai labor room jam 8.40 malam. Pengalaman pertama bersalin malam memandangkan masa Nashrah dan Nashriq dua-dua pon siang hari. Aku terus panjat katil labor room dan air ketuban pon makin tumpah keluar ke lantai. Gila malu aku masa ni. Macam nak tolong je nurse tu mop. Echeh.

Selesai setting katil, aku pon di-drip sebotol air. Masa ni memang dah terasa sakit yang amat. Aku rileks kan diri dengan tutup mata dan buat breathing technique. Sepanjang sakit tu memang aku tutup mata. Sampaikan ada satu nurse ni tanya, "Ngantok?" Peh, bengang gila aku masa dia tanya gitu.

Aku menahan sakit dengan rileks. Thanks a lot to breathing technique yang banyak membantu. Tidaklah sampai aku tak rasa sakit langsung. Sakit tu memangggg sakit. Tapi aku tukar kesakitan tu dengan ambil nafas dan hembus. Aku rasa macam aku tengah fight kesakitan yang datang tu. Memang mencabar betul masa ni. Kalau nurse ajak berbual atau tanya apa-apa, aku bercakap je, mesti terus hilang fokus dan rasa sakit tu datang menggila! Jadi, sepanjang dalam labor room tu, memang aku diam aje sambil tutup mata.

Dalam pukul 9.20 malam gitu, nurse bertugas datang check bukaan. 1st seluk dia cakap 6cm. Beberapa saat lepas tu, dia cakap 7 cm. Beberapa saat lepas tu lagi, dia cakap 8 cm!! I was shocked sebab bukaan bukak laju gila! Aku tanya balik, berapa cm sebenarnya? Then dia kata, "Final, 8 cm!!"

Nurse tadi pon terus drip Pitosin untuk mempercepatkan bukaan. Masa ni jam dah pukul 9.40 malam. Sambil drip pitosin, dia cucuk sekali painkiller Penthadine. Elok aje lepas dia drip dan cucuk painkiller, dia pon minta izin nak keluar sekejap untuk ambil barang. Aku pon mengiring ke kiri sebab mengingatkan petua mengiring ke kiri untuk percepatkan bayi turun. Tiba-tiba.......

"Kak..... Kak.... Kejap Kak.... Saya rasa nak teran ni....."

Aku memang betul-betul rasa nak meneran. Secara tiba-tiba ok! Aku lost kejap terlupa nak buat breathing technique. Nurse tadi pon kelam kabut masuk dan suruh aku baring terlentang. Aku angkat kaki sebab kakak nurse tu nak tengok bukaan.

"Kepala baby!!" Nurse tu jerit sambil tangan dia tahan kat V part dan bagi sign kat aku jangan push dulu. Aku selesakan kedudukan, betulkan kaki dan praktik balik breathing technique.

"Ok, push sekarang!', kakak nurse beri arahan. Aku tarik nafas pendek dan dalam, teran panjanggggggggg sambil genggam tangan sendiri. Alhamdulillah! Kepala baby lepas dengan sekali push!

"Lagi sekali!", kakak nurse beri arahan lagi. Aku betulkan kaki semula, bukak lebih lebar, tarik nafas pendek dan dalam terus pushhh panjanggggggg dan 'plup!' tepat 9.58 malam, Najah dah ada atas dada sambil diiringi tangisan yang kuat gila! :)

Ahhh, that's the best feeling ever!

Masa ni memang aku rasa lega gila. Tapi perut rasa bergegar sikit bila proses nak keluarkan uri tu. Kakak nurse suruh batuk-batuk pon, uri tak lepas keluar lagi. Sampai kakak nurse tu kena masukkan tangan untuk keluarkan uri. Ergh, time ni memang azab! Sumpah punya azab!

Azab seterusnya apabila sesi jahit menjahit dijalankan. Masa ni, Najah dah dibawa ke bilik lain untuk dibersihkan. Diam tak diam, airmata aku mengalir sebab menahan sakit kena jahit tu. Nurse yang jahit pon pelik sebab aku boleh rileks tahan sakit contraction, tapi sakit dijahit pulak aku menangis. Hahaha. Entahlah. Tapi bagi aku, memang kesakitan dijahit lebih hebat dari sakit contraction.

Selesai jahit menjahit semua, terus minta nurse hulurkan Najah yang tengah berbaring lena dalam baby coat. Baringkan dia kat sebelah kanan dan itulah saat pertama Najah minum susu ibu. Seriously, saat itu memang touching. Tak henti-henti mulut aku ucap syukur kerana diberi peluang kedua untuk menyusukan. :))

Suami dibenarkan masuk jam 11.30 malam gitu. Melangkah aje masuk labor room tu, dia cium aku dan Najah. Suami ambil wudhu dan terus Azan serta Qamatkan Najah. Sayu je perasaan waktu ni. Lebih kurang setahun yang lepas, Nashriq yang di-Azankan. Sekarang ini Najah pulak. Cepat betul rasanya masa berlalu.

Bila keadaan dah stabil, aku pon ditolak naik ke bilik. Suami escort sampai ke bilik dan tunggu sekejap sehingga aku selesa baru dia bergerak pulang. Malam itu berlalu dengan sempurna sekali jika mahu dibandingkan pengalaman bersama Nashriq dulu.

Banyak bezanya pengalaman bersalin Nashriq dan Najah. Dari segi mental dan fizikal kesihatan pon jauh sangat perbezaan. Nanti, ada masa, aku cerita dalam entry post mortem 'Tebus' tu. Sudah ada dalam draft, cuma tak finishing lagi.

Oklah. Masa untuk sambung kerja. Bye!

16 comments:

  1. teringat masa lahirkan sofiya
    bila baca pasal sakit contraction..cuaknya nak bersalin lagi..

    semoga anis najah jadi anak solehah...
    bila dah pandai baca, mst dia kagum ibunya boleh tulis tentang kelahiran dia..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. senangnya aishah bersalinkan najah. ni yg berkobar2 nak belajar breathing technique jugak ni. saya tinggal lebih kurang minggu je lg sblm due. yg pertama dulu czer, berharap sangat dapat bersalin normal kali ni. tq aishah share pengalaman :)

    ReplyDelete
  3. Reen dah berdebar2 mase baca tadi. Tapi kalau tengok dari segi usaha akak, memang macam2 akak buat. Reen takde buat ape. Just solat, berdoa tu je. Tak tau lah. Macam takde harapan je.. hmm

    ReplyDelete
  4. oo maria br tau mkn minyak utk bg senang ek..maria ritu pun buat mcm2 utk tak bg overdue..cr akar tu tak jumpa bantai je minum air zam2..air selusuh pn xjumpa..dugaan utk maria..bila xnak berlambak plk..hehe..nak buat entry lahirkan marissa tp malas..haha..maria ms contraction tu sakit gila..ms jahit relax siap sembang dgn dr..hehe..

    ReplyDelete
  5. suka baca pengalaman kelahiran kawan2 .. teringin jugak nak rasa pengalaman tu :)

    ReplyDelete
  6. Such a wonderful story! Hampir menangislah tang akhir cerita tu. Tak tahu macam mana my time nanti ya. Harap dipermudahkan macam yours.

    Love you, babe! Love you too much. Nak pelukan erat before I leave for the hospital petang ni boleh? :')

    ReplyDelete
  7. pergghhh.. sakit perut aku baca ni....

    ReplyDelete
  8. Br tau makan minyak slh satu cara nk senang brsalin..

    Alhamdulillah senang najah dilahirkan.nk kna belajar breathing teknik gakla klu ada rezeki for next baby.

    ReplyDelete
  9. Sambil baca sambil buat breathing technique. Mengimbau betul lah Aishah. Dan mcm terharu. Kenapa entah terharu baca.

    ReplyDelete
  10. wah! nieza dh stat rase cuak ni..even baru nak msk 22wks..arap2 allah permudahkan segalanya..nnti nak blajar la psl breathing technique tu

    ReplyDelete
  11. Salam

    Tahniah atas kelahiran bayi anda. Lovely Dots berbesar hati menjemput anda untuk meMENANGi Where's Elmo a peek-a-boo book untuk si kecil kesayangan.

    Sila Layari pautan ini -> Lovely Dots March Giveaway untuk mengetahui syarat & langkah-langkah berkaitan.


    Terima kasih.

    ReplyDelete
  12. Termenangis pulak bace entri Aishah ni, Macam teringat masa bersalinkan Husna dulu. Mudah2an anak kedua ni, Allah permudahkan macam Aishah bersalinkan Najah.

    Seronok sangat baca entri ni. :)

    ReplyDelete
  13. setiap satu, lain2 pengalamannya kan.. apapun syukur semuanya selamat

    ReplyDelete
  14. walaupun ada pengalaman bersalin dulu kalau baca entri pengalaman org lain tetap rasa berdebar2

    ReplyDelete
  15. Salam kenal Aishah,
    Singgah sini dari blog Hannah Johary sebab nak tau psl breathing technique :)
    Menarik sungguh, sebab masa 1st time bersalin dulu mcm tak keruan. Boleh try praktikkan kaedah ni nanti.
    Nak minta izin share breathing technique ni kat blog.

    ReplyDelete
  16. bila baca semua kata 2nd delivery adalah jauh lebih mudah dr the 1st, aku rasa nak mencuba lagi (:

    xnak induce kali ni

    ReplyDelete