Monday, December 5, 2011

39 Minggu Dan 2 Hari.


Harini ada check up untuk 39 minggu. Aku ingatkan, ini lah check up terakhir dan sekiranya masih belum bersalin, kena serah diri ke Hospital dalam waktu terdekat. Tapi telahan aku jauh menyimpang. Akan ada satu lagi check up pada minggu hadapan untuk kandungan 40 minggu. To be exact, I will be 40 weeks and 2 days pregnant masa check up itu nanti.

Almost 10 months? Hua hua hua.

Tadi masa check up, nurse ada kata, kalau aku tak bersalin jugak by 12 Disember 2011 tu nanti, aku akan dipersilakan hadir ke Hospital menyerah diri pada 18 Disember 2011. Untuk apa? Iye, untuk prosedur induce tentunya. Aku dengar pon senyum-senyum. Harap-harapnya, tidaklah sampai kena induce kan? Scary tahu, scary? Walaupon sudah ada pengalaman merasa sakit di-induce, tapi tetap juga berasa takut. T___T

Oh, aku sempat bertanya pasal kepala baby dah engaged ke belum. Tapi nurse kata, anak pertama sahaja yang melalui proses engaged. Anak kedua, ketiga dan seterusnya tak ada engaged-engaged lagi dah. Jalan dah ada. So, not to worry pasal cerita engaged tak engaged ni. Kalau kedudukan baby masih tinggi pon, bila sakit bersalin dah datang, baby akan terus turun ikut 'jalan' dan 'lorong' yang anak pertama dah gunakan. Aku pon legalah sangat bila dengar macam gitu. Takdelah aku asyik memikir pasal engaged semua ni lagi kan. Stress tahu bila asyik memikir. Badan pon jadi penat dan letih aje. Haih.

Ah-ha! Hari Sabtu haritu, aku ada rasa satu contraction yang agak lain dari yang lain. Masa tu tengah tidur. Dalam jam 2.25 pagi gitu, aku terbangun dan rasa sakit perut sangat. Terus kejut Wahid dan bagitau. Dia pon terpisat-pisat tanya itu tanya ini. Aku yang cuak ni malas lah nak jawab soalan banyak-banyak. Terus masuk bilik air dan 'buang' apa yang patut. Serius masa ni rasa macam dah sampai waktu nak bersalin. Duduk kejap kat ruang tamu dan buat breathing technique banyak-banyak kali. Masa ni punya contraction dalam kadar 7 minutes apart. Can you imagine?

Jenguk bilik, Wahid sudah sambung tidur sambil berpelukan dengan Nashriq. Nak kejut, tak sampai hati. So aku pon menyambung duduk di ruang tamu sambil mengenalpasti jarak masa sakit. Tup tup, dalam 3.40 pagi gitu, tak ada langsung rasa sakit dah. Lama aku tunggu, tapi rasa sakit tu terus hilang. Aku menangis tahu? Menangis sebab frust. Aku dah plan dalam kepala, kalau sakit makin kuat memang aku tidak teragak-agak nak kejut Wahid dan terus zass pergi rumah Emak hantar Nashriq. Then, barulah boleh ke hospital menyerah diri. Tapi harapan itu punah bersama tangisan dan kemudian pergilah aku menyambung tidur hingga ke pagi.

Keesokkan harinya, satu hari aku terbaring atas katil sebab badan sangat penat luar dan dalam. Aku syak, yang badan aku terlalu penat sebab stress yang amat melampau. Stress asyik memikir soal labour. Takut, cuak, seram dan dalam masa yang sama, excited juga. Oh, aku harap penantian ini akan berakhir secepat mungkin. Aku betul-betul perlukan rehat.

Kawan-kawan, doakan aku ye? :)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

12 comments:

  1. betul lah org kata, second labour tetap dilalui dgn cuak padahal dah ada experience, kan? Kite doakan Aishah selamat bersalen dlm masa terdekat. Aminnn :)

    ReplyDelete
  2. ahaii.due date sama dgn second baby saya dulu.10bulan dlm perut at last 11/11/2010 baby saya keluar.

    so,kali ni i pregnantkan anak ke 3.pun tetap nervous mcm aishah.skejap rasa mcm dh contraction tp lepas tu,lega.agaknya stress mcm aishah jugak kot..

    ReplyDelete
  3. cuak jugak kalau false alarm ni kan..moga semuanya dipermudahkan nnt..amiinnn..

    ReplyDelete
  4. induce? ayo i pon ngeri dengar induce. 2nd baby experienced macam tu.. uhuk uhuk.. tidak dinafikan.. sakitnya lagi strong dari normal.. takpe aishah.. pujuk2 baby suruh cepat2 bagi tanda nak keluar before induce procedure ok :)

    harap selamat semuanya..

    ReplyDelete
  5. Tarik nafas.. Lepas..

    Take a good care ok?

    Beri alamat, nanti nak pos barang untuk baby aunty! :D

    ReplyDelete
  6. semoga semua berjalan dengan lancar..selamat ibu n baby..tiap hari bukak blog aishah nak tau dah bersalin ke belum..sangat teruja okeh!!! hahaha..lelebih plak..

    ReplyDelete
  7. Auw mencabar juga dengar cerita tunggu kelahiran anak kedua ye. Ingatkan anak first je nervous, stress segala, anak second cool je. Boleh tahan juga cabarannya. Huhu.

    Whatever it is, semoga semuanya selamat dan dipermudahkan nanti. Don't forget to tweet throughout labor! I nak live broadcast. Kahkahkah!

    ReplyDelete
  8. aisyah, semoga selamat semuanya ya. zue pon tgh berdebar2 gak ni menunggu bila si kecik kat dlm ni nak keluar. tp baru 36 weeks tu pon dh tak sabar2 huhu

    ReplyDelete
  9. HJ kalau nak tunggu second baby pun berdebar saya yang tunggu anak pertama ni lagi lagi dan lagiiii berdebarnya huwaaaaa...

    ReplyDelete
  10. Semoga selamat melahirkan...:)...dan selamat berkenalan..kalau belum besalin lagi mehler jengok2 blog akak lak...:)

    ReplyDelete
  11. Ciare : Hahaha. Yang masuk 3rd labour pon cuak ni. Camne? :D

    @Hasnidar : Yelah. Stress tu menyumbang contraction agaknya. Kan?

    @Hanna : Ha'ah. Memang cuak sangat. Thanks awak! :))

    @Yuyunz : Insya-Allah. Takut jugak kalau terpaksa induce tau. Tapi harap2nya tak sampai induce lah.

    @Reen : Echeh. Datang JB ah! :D

    @Pijon : Hehehe. Takpe. Tumpang teruja kan?

    @Hannah : Ewahh. Itu kalau I mampu tahan sakit ok? Kalau sakit nak mati, I tak tweet! :D

    @Zughai : 36 weeks pon dah excited kan? Lagi seminggu je nak matang tu. So, anytime! :))

    @Pijon : Tunggu mana-mana anak pon berdebar tau! Hahahaha. Seram!

    @Izan : Thanks akak. Salam perkenalan. :))

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015