Thursday, November 17, 2011

Cerita 36 Minggu & Bayong Nashriq.

Semalam pergi check up for 36 weeks. Super nervous sebab kali ni doktor nak confirm pasal breech dan uri yang ke bawah haritu. Alhamdulillah, semuanya sudah dalam keadaan baik. Kepala baby dah ke bawah. Uri pon dah naik atas. Cuma baby's head belum engaged. "Soon", kata Doktor.

Malas nak scan. Capture dan post sahaja.

Kalau ikut by last menses date, my due date should be on 12/12/2011. Dengan harapan, tahun depan baby akan menyambut harijadi pertama dengan tarikh 12/12/2012. Ewahhhh. Tetapi semalam masa scan, Doktor menganggarkan baby akan keluar pada 17/12/2012. Lewat 5 hari dari tarikh due date last menses tu. Haaa, camno tu? Pening dah kepala mak ni nak.

Tapi tak apalah. Tak kisahlah tarikh mana pon. Yang penting, semuanya sempurna, sihat dan selamat. Itu jelah yang aku doa siang malam sekarang. Amin. Insya-Allah.

Sejak seminggu yang lepas (Khamis minggu lepas), aku dah mula rasa mild contraction manja-manja. Aku pon tak tahu itu mild contraction ke atau braxton hicks sahaja. Tapi tepat belah petang aje, confirm aku akan keluh resah kat Twitter pasal rasa kurang selesa kat bahagian bawah perut tu. Peliknya, kenapa waktu petang aje kan? Dia berlatih main bola sepak ke ape kan? 

Eh, bagi hint jantina nampak? :D

Sekarang ni, I am all physically ready untuk jadi mother of two. Tetapi, dari segi mental, masih usaha untuk dikuatkan. Aku dah tahu, ianya bukan mudah. Aku dah nampak macam mana rupanya aku nanti. Confirm akan ada kisah sadis-sadis dan stress segala. Itu yang aku sedang usaha belajar bersabar sekarang. Mujur jugak Nashriq sudah mudah dijaga. I am so proud of him. :)

Balik rumah aje sekarang, terus masuk bilik mainan dia. Main sorang-sorang dengan motor, basikal, ducky, buku dan tunjuk-tunjuk carta ABC. Buat bunyi mengaum bila point to 'Tiger'. Bila sampai kat gambar 'Cat', buat bunyi miaw miaw. Nashriq dah besar dah sekarang. Terasa cepat sangat masa berlalu. In a few weeks, sudah boleh dipanggil 'Bayong'. :)

Bila tiba waktu makan, mulut dia akan paling bising. Bercakap itu dan ini. Tunjuk itu tunjuk ini. Tadah tangan sebelum makan. Pastu senyum-senyum bila Ayah baca doa. Bila kami dah Amin, dia tersenyum simpul ketawa-ketawa. Geram sangat tengoknya. Rasa nak cium 24 jam tak henti-henti. Haih. :))

Lepas makan, buatkan susu satu botol dan bagi bantal depan TV. Lepaklah dia minum susu sambil tengok dokumentari haiwan yang Mama dia sendiri pon geli nak tonton. Masa inilah, kami suami isteri boleh tunggang langgang buat perkara-perkara wajib. Mandi, Solat, makan dan bla bla bla. Lepas selesai semua perkara, baru boleh join tengok TV sama-sama. Rasa bahagia je bila dapat gelak ketawa dan gurau senda anak beranak. We really have good time together. Alhamdulillah.

Malam pon, Nashriq dah tak banyak ragam. Dah kenyang perut, puas main dan penat tawaf rumah, dia akan tidur after 5 minutes zikir dan tepuk. Then, bangun sekali aje untuk susu dan tukar pampers. Sambung tidur balik sampai ke pagi. Mama dan Ayah dah siap pakai baju kerja semua, baru dia bangun senyum-senyum. Sangat mudah dah nak jaga Bayong Nashriq sekarang. :))

Baiklah, sebelum entry ini berubah menjadi sebuah entry yang penuh dengan puji-pujian kepada anak sendiri, lebih baik aku tamatkan sekarang. Naik menyampah pulak aku baca. Eh?

P/S #1 : Sentiasa doakan kawan-kawan yang masih PJJ sekarang agar dapat peluang bersama dengan keluarga masing-masing. Insya-Allah, akan tiba masa untuk korang bersatu nanti. Amin. #youknowwhoyouare

P/S #2 : Panggilan 'Bayong' adalah singkatan manja mengada bagi Bang Yong. Ini semua gara-gara Fad yang taksub dengan Bini-biniku Gangster. "Tumpang lalu, Fad". :D



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

11 comments:

  1. aisya...da nmpk gender ke? klu hero juga kena la byk2 sabar kn...x pe..da mkin dekat nie..memang berdebar la sentiasa kn....mild constraction pn lylie rase dulu.....sakit juga kn...

    ReplyDelete
  2. Hero ek, nak teman Bayong main ball la tu. Tak care tau Aishah. Jgn lupa update twitter!

    ReplyDelete
  3. mula-mula jeles dengan ayat ni...

    "Rasa bahagia je bila dapat gelak ketawa dan gurau senda anak beranak. We really have good time together. Alhamdulillah."

    Lepas tu rasa bahagia bila Aishah mendoakan pada kawan2 yang PJJ. Fashya aminkan. Aminnnnnnnn...

    ReplyDelete
  4. @Lylie : Sakit dan tak selesa. Macam sekarang ni, duduk lama rasa lenguh aje. T__T

    @Fie : Hahaha. Teman Bayong main bola ek? Ajak Abang Kakal sekali boleh?

    @Fashya : Sebenarnya Aishah tak nak tulis ayat tu sebab faham perasaan kawan-kawan. Tapi takpe, Aishah mendoakan Fashya dan kawan-kawan kita yang PJJ lain supaya cepat dapat bersama satu keluarga. Amin.

    ReplyDelete
  5. aishah..elly yg tak sabar rasanya nak tunggu baby aishah..bestnyeee..

    semoga selamat2 saje ye aishah..

    ReplyDelete
  6. eh eh, p/s #1 tu ai ke? hehehehe

    ReplyDelete
  7. @Farhanna : Ha'ah. Nervous sungguh dah ni. Seram aje. Kekekeke.

    @Elly : Heee. Thanks Elly. Tapi takutttt! :D

    @Mishawads : #youknowwhoyouare. Kita doakan! Tak lama je lagi tu. :))

    ReplyDelete
  8. Baby..
    kami tak sabar nak tunggu kamu ni..!! :)

    ReplyDelete
  9. yeay tak saba nak jumpa baby baru =)

    ReplyDelete
  10. @Kid : Baby pon tak sabar nak jumpa Auntie Kid dan Abang Haqq. :))

    @Afni : Hehehehe. Nanti boleh jumpa Afni. 1st time nak jumpa kan?

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015