Monday, August 8, 2011

Anak Rapat-Rapat? Ini Persepsi Saya.

Baru lepas tamat baca entry terbaru Hannah pasal Anak Rapat-Rapat. Kami pernah bincangkan perkara ini suatu waktu dahulu. Hannah punya pendapat seperti apa yang beliau nyatakan dalam entry tersebut. Manakala saya lebih kepada ke arah kontra. Hahahaha. Nampak tak perbezaan pendapat kami? Tapi saya berjanji pada Hannah yang saya akan buat satu entry kalau pendapat saya berubah suatu hari nanti. :)

Knowing me, seorang yang super stress serta manja melampau tak boleh penat nak duduk senang lenang 24 jam, memang tak sangka akan beranak rapat macam gini. Masa dalam pantang Nashriq dulu, betapa teruknya saya menangis bila Nashriq menangis. Betapa kuatnya saya meraung bila Nashriq meraung. Sampai Emak pon tak boleh gerak pergi mandi atau masak. Mesti kena tunggu kat tepi saya dan Nashriq sebab saya auto stress bila Nashriq dah start berbunyi.

Sampai Emak cakap macam gini, "Awak memang takde tokoh nak anak ramai Yang. Hadap baby ni sorang awak dah teruk macam gini sekali". Hahahaha. Masa tu cuma cebik mulut dan cakap, "Memang nak gapp 2-3 tahun. Tak nak rapat-rapat. Penatlah!".

DANG!! Bila disahkan mengandung buat kali ketiga, dengan umur Nashriq baru mencecah 7 bulan lebih? Stress sebab Nashriq refuse susu badan. Stress sebab morning sickness dah mula menjengah. Stress lagi bila Nashriq cranky semacam asyik menangis dan tak sihat. Saya emosi dan kerap menangis. Setiap malam. Ya Allah, memang hanya Tuhan yang tahu betapa patah riuk dan hancur luluhnya hati saya waktu itu. Seriously.

Saya kumpul kekuatan. Saya jadi pasif.

Kerap kali kami bertiga akan lalui drama ini; Wahid tengah driving, saya duduk di seat belakang bersama Nashriq. Nashriq panjat badan saya dan terjun sekuat hati. Saya cakap perlahan, "Nashriq, sakitlah Mama. Nashriq tak sayang Mama eh?". Dia ketawa. Dia panjat pula seat driver Ayah dia dan lepas tangan nak buat aksi stunt hero, saya tarik dia dan peluk. Dia menangis minta lepas. Dia henyak badan saya sekuat hati. Macam nak tunjuk perasaan. Saya lepuk-lepuk peha dia dengan geram. Akhirnya drama sebabak itu akan berakhir dengan anak beranak menangis berdua di seat belakang kerana berlainan sebab. Nashriq menangis sebab sakit dilepuk. Mama dia pulak menangis sebab stress rasa bersalah dah pukul anak.

Boleh bayangkan situasi begitu?

Selalunya yang menjadi mangsa tentulah Wahid. Isteri dah mula masam muka tak mahu bercakap. Buat itu hentak. Buat ini hentak. Kadang-kadang tengah basuh pinggan pon boleh menangis dengan tak semena-mena. Wahid tanya, saya diam. Wahid tanya lagi saya meraung menangis. Nasib baiklah dapat suami yang agak penyabar. Kalau dapat yang tak sabar memang dah lama kena bye-bye.

Persepsi saya makin menjurus ke arah kontra itu apabila ada orang kata pada saya, "Kesian, anak yang sulung tak cukup kasih sayang lagi, dah nak dapat adik". Saya terpempam. Terdiam tak tahu nak kata apa.

One fine time, saya tanya Wahid, saya ni nampak macam tak sayang Nashriq ke? Saya ni abaikan Nashriq ke? Nashriq tu tak cukup kasih sayang ke?

"Awak rasa awak sayang Nashriq?", tanya Wahid.

"Sayang!! Dia nyawa orang....", jawab saya.

"So, buat apa nak dengar cakap-cakap orang? Nashriq tu anak kita. Kita tahu macam mana sayangnya kita kat dia. Kita manjakan dia. Kita cintakan dia. Kita tahu yang Nashriq adalah segala-galanya bagi kita. Tapi bukan Nashriq aje. Nanti dia ada adik-adik pon kita kena buat benda yang sama juga.", Imam Muda Wahid mula ceramah.

Sehinggalah suatu hari, persepsi saya mula berubah;

Nashriq asyik merengek dan cranky bila berada di rumah bertiga dengan kami. Dia memanjat tangga, Ayah akan kejar dan dukung bawak turun ke bawah. Dia merangkak ke dapur, Mama akan angkat bawa ke depan. Bila dah tamat kebanyakkan house chores, baru boleh duduk bertiga hadap mainan dan flash cards sikit-sikit. Itupun dapat tahan setengah jam aje. Selepas setengah jam, dia akan cranky balik dan mula menunjukkan sifat-sifat cepat bosan macam Mama dia.

Petang itu, kami bawa dia ke klinik sebab nak check demam dan rashes yang tumbuh pada badan budak kecik tu. Dengan muka monyok dan mata kuyu as usual, Nashriq memang nampak sangat seorang yang harus di-entertain all the time. Masuk aje bilik doktor, doktor agah sikit, terus becok mulut dia berbual itu dan ini. Ketawa bukan main berdekah. Siap kenyit-kenyit mata. Geram aje kami suami isteri tengok. Tadi bukan main melepek lagi pandai drama. Depan orang, sikit punya baik mood dia.

And I know something, Nashriq memang perlukan kawan untuk cover kebosanan dia. Berkejaran main police and thief kalau dapat adik boy. Main doktor-doktor kalau dapat adik perempuan. Pastu bersama-sama bergading bahu menaikkan darah Mama sampai ke syiling. Last sekali, Mama dia pengsan bawah meja makan. LOL.

Kekekeke. Imaginasi saya memang over. :p

Yes, persepsi saya mula berubah sekarang. Saya mula percaya yang saya boleh handle dua anak kecil dalam satu masa yang sama. Lagi pula, saya dah mula rindu bau newborn dan tak sabar nak peluk cium dan susukan bayi kecil ini nanti. Saya mula excited. Saya mula bergembira. Setiap kali saya rasa tendangan halus dari dalam, saya tahu si dia pon tak sabar nak jumpa Mama, Ayah dan teman mainnya, Abang Nashriq.

We love you, Adik. :)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

19 comments:

  1. amboi semua dah buat entry ni..nak kena buat gak ni..hehe..u can do it gurl..sama2 kita harungi ye aishah..

    ReplyDelete
  2. Nangis towards the end of the entry!

    I'm so proud of you, Aishah!

    *peluk kuat-kuat sampai tak boleh bernafas! Hahaha!*

    ReplyDelete
  3. aisha selalu bermula dengan negatif, tapi akhirnya positif..
    begitu caranya pengalaman dari kehidupan :)

    ReplyDelete
  4. Nashriq dah tahu dia nak jadi abang long. Nak mama & ayah layan 24/7 sebelum adik keluar. Hehe, Aishah jagn stress lagi ok. Im happy for you. Semua orang pun :)

    ReplyDelete
  5. yes!! you go girl... aishah mesti boleh buat punye... ni la baru org ckp super mommy! ^-^

    ReplyDelete
  6. suka baca entry nie...


    p/s : ni yg terasa nak bagi isya adik nie..

    ReplyDelete
  7. last time bila tau pregnant 2nd rasa nk tepuk dahi *tak boleh imagine jaga 2 org anak yg rapat2*

    skrg dh sebulan lebih dgn 2 org anak below 2 years old Alhamdulillah...bolehla cope slowly..*walau kdg2 yg sulung tu sesekali dtg dekat2 tarik cermin mata, tarik rambut...*

    tapi plg best bila tgk si abang cium adik..=)

    ReplyDelete
  8. kalau fikirkan nak carik kawan main dani, memang nak sangat2..insyaallah ada rezeki dani nanti =)

    ReplyDelete
  9. suke bace n3 neh..sempoi.tp bermakne...

    =)

    ReplyDelete
  10. Dear Aisyah, rupa2nya mmg seronok anak rapat2 ni..percayalah!. Kita akan pandai membahagiakan mereka semua..

    ReplyDelete
  11. Assalammualaikum..saya suka entry ni.

    FYI,anak sulung dan anak kedua gap dalam 7 bulan.kami tak except mendapat cahayamata kedua dalam short notice.rezeki dari Allah SWT.

    Masa wife mengandung,mmg dia tak dapat concentrate dgn princess kami.dengan kerja,penat dan letih mmg susah nk berbagi masa utk princess kami.

    Skg,alhamdulillah.my wife boleh handle both of them.yg 2 ni prince.syukur dah sepasang.
    so,boleh cuti dgn jangka masa yg panjang.

    ReplyDelete
  12. i'm start to have the same thought
    bila memandang eisya yg kebosanan main sorang2
    bila tgk dia main ngan kawan2, how happy she is..
    rasa macam 'i'm ready'

    ReplyDelete
  13. @Maria : Hahaha. Nak kena simpan dalam diari blog perasaan macam gini. Berkongsi dengan kawan-kawan kan? Thanks Maria. harap2 kita kuat nak harunginya. :)

    @Ciare : Hehehe. :)

    @Hannah : Hahahaha. Janganlah sampai takleh bernafas!! Kang lain plak jadinya. :p

    @Ann : Heee. :)

    @Tinta : Insya-Allah. Harap2 berkekalan. :))

    @Fie : Thanks Fie. Harap2 akan terus enjoy saje lepas ni. Memang taknak stress dah. Penat dah nak stress-stress ni kan?

    @Nieyxzha : Hehehe. SuperMak lah cenggini. :p

    @Elly : Kekekeke. Jom. Jom. Apa lagi? :p

    @Ryy.Han : Bila part 'abang cium adik' saya terus tak sabar nak bersalin bulan 12 nanti!! Tak sabar nak tengok Nashriq cium adik dia. :))

    @Afni : Insya-Allah Afni. Ada rezekinya nanti kan?

    @Akis : Hehehe. Thanks. :)

    @Chem : Ni dia taiko dah mari! Kekeke. Awak sumber inspirasi kita tau!

    @Fathehi : Alhamdulillah, dah sepasang pon kan? Mesti keluarga awak lebih berbahagia sekarang. Sampaikan salah saya kat isteri awak ye. :)

    @Dayu : Gosok mata baca komen Dayu. Go chayok Dayu! :)

    ReplyDelete
  14. salam aisyah. pertama kali discover blog aisyah ni. saya tak terkata pada entri berkenaan arwah Nashrah. mungkin terlalu sayu. tapi pada baby Nashriq pula, kita punya pengalaman serupa.

    saya mengandungkan anak kedua tatkala anak sulung hanya berumur 6 bulan. kata2 suami aisyah membuatkan kita teringat pada suami kita. dia juga banyak beri kekuatan pada kita dan membantu pada saat2 sukar bersama anak pertama tatkala kita sedang sarat mengandungkan anak kedua.

    semoga Allah memberkati suami2 kita ye! :)

    ReplyDelete
  15. @Intan&TheBoys : Thanks Intan. Itulah, semoga Allah meberkati suami-suami kita kan? Nanti nak khatamkan entry Intan pulak. :)

    ReplyDelete
  16. Ai pon tengah pikir2.. nak anak rapat2 ke jarak2.. Ai faktor umur la pikir anak tak boleh nak jarak sangat, tapi la nie rasa macam x larat jer.. yang sorang nie pon tak terkejar nak buat semua keje2 rumah...

    ReplyDelete
  17. @Yani : Kalau fikir sekarang tak larat, macam mana pulak bila kita dah berusia sikit nanti kan? Hehehehe.

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015