Monday, January 24, 2011

BGWS : Apa Yang Perlu Bawa & Menu.

Sebenarnya tak ada nak update apa pon. Benda remeh je. Tapi dah dasar nak capai RM12K dalam masa sebulan mengikut topik Hot Chat di Hot FM, aku update lah jugak. Muahahahahaha ada hati nak capai RM12K dalam masa sebulan konon. Nak cecah RM10 pon makan bertahun. Tolong berhenti berangan ye Aishah. Kau ingat kau ARTIS?

Baiklah. Apa yang perlu dibawa masa BGWS?

1. Tikar untuk landing-landing.
2. Pinggan kertas nak buat makan.
3. Cawan kertas nak buat minum.
4. Sudu garfu plastik.
5. Plastik hitam nak buang sampah.

Ini benda common kot. So, siapa nak bawak eh? Sila undi. :p

"Ah kau ni Aishah mengarah orang. Kau bawak apa?"

Aku bawak Mee Goreng Cina yang warna putih tu. Itu ajelah yang aku biasa masak dalam kuantiti yang banyak. Nak buat benda lain tak berani lagi. Jadi, sesiapa yang confirm nak datang boleh kasitau awal-awal tak? Aku nak budget berapa bungkus mee nak masak. Please eh, kasitau aku kehadiran korang. Semangat nak masak ni. :))

Mengikut perbincangan, Dayu kata nak bawak cupcakes. Betul kan?

So, ada tak orang lain nak bawak makanan lagi? Air siapa nak bawak eh? Fuh aku tak pernah arrange event so macam pening lalat sikit.

Eh, dah cerita pasal makan. Kira gathering ni jadik la eh?



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

11 comments:

  1. Boleh tak I jealous? I balik Johor on CNY!

    Boohoohoohoo.. :'(

    ReplyDelete
  2. Sy mungkin dapat pergi tapi lambat sket kot sampai..kalau jadi kat mane tempatnya..;)

    ReplyDelete
  3. Hannah : Kesian you. Takpe, nanti kalau we all buat lagi, you datang tau?

    Yanti : Kitorang buat kat Hutan Bandar Mutiara Rini. Hari Ahad 30 Januari. Pukul 4 Petang. Datang tau Yanti!

    ReplyDelete
  4. hehee...boleh aje.usaha gigih g.lawan kak red dapat 20k sebulan ;P

    ReplyDelete
  5. Zuris : Dalam anganan. Hahahahaha.

    ReplyDelete
  6. aishah rajin menggoreng, meh fashya buat kek batik nak???

    ReplyDelete
  7. mestilah jadik beb. mana bleh tak jadik
    jap lagi nak buat pengumuman kat blog. pastu attach kat FB
    cupcake mmg akan dibawak
    ada org nak taja

    makanan lain akan difikirkan

    ReplyDelete
  8. korang,

    semalam g kat jj bukit indah ade kids art and fun zone..

    rm8 per entry.. tp mcm x best sgt mcm kat mid tu..still ade permainan2 gelongsor sume tu..

    sekian melapurkan.. hihihi

    ReplyDelete
  9. Fashya : Cantik! Kek batik sedap!

    Dayu : Orait! Kalau dah bawak cupcakes pon okeh Dayu. Banyak sangat kang tak termakan pulak.

    Cira : Bagus betul Astro ni tau! JJ mana eh?

    ReplyDelete
  10. ermm sy bwk diri..
    means xpergi la..membawa diri coz merajuk..boley?
    huhuhu

    ReplyDelete
  11. alaa...dayu, aisyah n sume...nad tetiba rase down...en.suami dapat phone call untuk ke muar 30hb nih...sedihnyer:(
    xdpt join korang nih bergathering...

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015