Tuesday, December 20, 2011

I'm a mother of TWO!



Bismillahirahmanirahim. 

Syukur ke hadrat Ilahi atas tiap limpah kurnia serta rezeki-Nya yang tidak berbelah bahagi. Terima kasih juga atas doa-doa kaum keluarga, sahabat handai dan teman-teman pembaca. Saya sangat-sangat hargai kasih sayang dari kalian. 

Saya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 16 Disember 2011, jam 9.58 malam, dengan berat 3.05 kg secara normal di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Kami namakan bayi ini, NUR ANIS NAJAH sebagai kesinambungan Nashrah dan Nashriq. Semoga kehidupan Anis Najah akan terus dilimpahi Cahaya; menjadi Teman Setia Mama dan Ayah; dan memperolehi Kejayaan dan Kegembiraan di dunia dan Akhirat. 

Amin! :))

Perjalanan seorang ibu beranak dua, bermula sekarang!

P/S : Di suatu sudut hati - I'm a mother of THREE! :)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, December 14, 2011

Wordless Wednesday : Menunggu Tuan.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, December 13, 2011

Rambang 40W3D.


40 minggu dan 3 hari.

Tak sangka boleh bertahan selama ini. Tak sangka juga, yang aku masih gagah nak pergi kerja. Kalau ikutkan perasaan malas dan badan yang berat, memang aku sedang melingkar dalam selimut sekarang ni. Tapi memikirkan baki kerja yang harus dilangsaikan, aku gagahkan juga kaki melangkah. Haih.

Semalam ada check up for 40 weeks. Nurse kata, kalau tak ada juga tanda bersalin, kena rujuk ke hospital dan admit ward pada 18/12/2011. Seram gila bila mendengar. Tapi aku percaya pada satu benda, kalau Allah kata belum masanya untuk baby ni keluar, maka belumlah. Kalau Allah kata sudah sampai masanya, tiada lambat sesaat pon. Jadi, aku redha dan tawakal sahajalah sekarang. Nak bising-bising dan merungut pon tak guna juga kan?

Malam semalam, dalam jam 9.35 malam, aku ada rasa mild contraction yang agak mencemaskan. Baby bergerak macam ombak dalam perut. Sampaikan Wahid yang duduk sebelah pon naik bulu roma menengoknya. Banyak kali Wahid tanya, aku ok atau tak? I said, I'm ok and don't worry. Cuma mild contraction dan lenguh pinggang sahaja. Aku amik kusyen dan letak belakang badan, rasa lega sikit. Lama juga ombak rindu tu berlangsung. Sampai pukul 10.30 malam kot. Bila aku berdiri, aku rasa 'something' menekan kat bahagian bawah tu. Bunyi 'gruk gruk' macam ada construction dalam perut. Baby tengah gerudi ke ape entah. Nak jalan laju pon takut. Macam 'something' tu nak jatuh. Jadi terpaksalah aku berjalan perlahan-lahan. Suspen gila.

Lama juga aku tunggu kalau-kalau mild contraction tu berubah jadi contraction yang lebih keras. Wahid suruh baring dan rehat dulu. Kot-kot betul nak bersalin, tak adalah aku penat dan letih sangat nanti. Aku pon menurutlah perintah. In the end, aku terus tertidur dan tak rasa sakit apa lagi dah. Perasaan aku? Sedikit kecewa, tentunya. Nak menangis pon dah tak mampu. Aku memang dah tak sabar tahu nak bersalin. Tak sabar nak jumpa baby. Tak sabar sangat-sangat. :(

Pagi ni, rasa macam semalam tu ada lagi, sekali sekala. Bunyi 'gruk gruk' tu pon ada. Ditambah dengan rasa perut memulas nak membuang. Aku dapat rasakan yang masanya hampir tiba. Cuma tak tahu bila. Kalau sebelum ni aku rasa yang aku belum cukup bersedia nak hadapi labour room sekali lagi, tapi kali ni aku dah cukup bersedia. Insya-Allah.

Apa lagi aku nak bebel rambang eh?

Oh. Sebenarnya, perasaan nak ke hospital dan bersalin adalah lain benar bila dah ada anak seorang kat rumah. Kalau dahulu, sakit sikit aje terus rasa nak terjah hospital. Baby kurang gerak aje, terus berdesup menghadap doktor. Tapi kali ni, lain benar. Macam semalam, bila aku rasa baby kurang gerak, aku tahu benda tu bahaya, tapi aku lengahkan jugak sebab fikirkan Nashriq.

Pointnya kat sini, bukan aku tak nak pergi hospital sebab aku sayang Nashriq lebih dari baby. Tidak. Tapi aku memikirkan jangka masa yang aku akan kena hadap kat Bilik Saringan dengan bermacam ujian such as CTG lah, tanya history itu ini lah, check VE lah dan bla bla bla. Aku takut yang akhirnya benda tu tak ada apa-apa, tapi aku kena tahan wad. Kesian Nashriq tunggu aku kat rumah. Mesti dia tercari-cari aku nanti. 

Hoi, over gila naluri keibuan aku.

Lainlah kalau aku pergi dengan keadaan yang betul-betul dah sakit dan dah keluar tanda, pastu terus bersalin dapat jumpa baby - yeahh!! Takdelah kena duduk lama kat hospital. 

Ahh, kenapa aku kena luah semua benda ni?

Aku rasa aku dah makin merepek dah.

Oklah. nak sambung buat kerja. 



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, December 12, 2011

Persoalan Due Date.


Can someone help me on this?

Aku punya last menses period (LMP) date ialah 05/03/2011. So, aku kira week by week kat kalendar dan hasilnya 40 weeks aku ialah pada 10/12/2011 (dua hari lepas). TETAPI, kenapa all the nurses keep tell me that my 40 weeks pregnant is today, 12/12/2011?

Tarikh mana yang aku nak pegang? 10/12/2011 atau 12/12/2011? Aku confius sekarang ni aku dah overdue ke belum? Kalau ikut LMP tu, aku dah overdue 2 hari kan? Tapi kalau ikut 12hb tu, aku baru 40 minggu harini.

Thanks in advance!

P/S : Masih kental ke tempat kerja. :)

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, December 9, 2011

Satu Hari Ke Empat Puluh Minggu.


Esok sudah due date. Esok sudah 40 minggu. 

Perasaan? Tentulah tidak sabar. Dan tipulah kalau aku kata yang aku tak ada perasaan takut langsung. Sekarang ni, aku cuba jadi se-positif yang mungkin. Cuba melupakan sakit-sakit bersalin masa Nashrah dan Nashriq dulu. Kalau aku cuba ingat kesakitan itu, tentulah aku takut nak hadap sakit ni nanti.

Masa Nashriq dulu, esoknya menjengah tarikh due date, malam ini aku sibuk togok BioSelusuh, air Yaasin dan berjalan keliling rumah. Tapi untuk si adik ni, BioSelusuh aku dah habis. Air Yaasin yang ibu mertua bekalkan pon dah habis aku minum haritu. Jadi? Apa aku nak usaha malam ni?

Tawakal.

Badan aku pon tak berapa sihat. Petang ni tadi, boleh pulak datang selsema. Hidung tersumbat tak boleh bernafas. Eh, boleh bernafas, tapi macam susah. Baring masa waktu rehat tadi, pinggang semua jadi sakit. Nak pusing kiri tak selesa, pusing kanan pon susah. Dah berat sangat agaknya kan?

Dan aku pon macam konfius jugak, aku ni macam dah tak reti nak rasa contraction kot? Dah tak tahu nak beza sakit dengan rasa tak selesa? Eh, entahlah. Aku ni terlalu rileks ke ape ek? Macam selamba lalalala aje?

Aku rasa, korang mesti tak faham apa yang aku cuba nak bebelkan ni. Tapi takpelah. Aku pon menaip ikut sedap hati aje ni. 

Tolong doakan aku dan baby selamat, ye?



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Pizza Melayu Buatan Sendiri.


I was so desperate bila melihat gambar-gambar Pizza Melayu buatan sendiri di blog Ainulpetang semalam. Hinggakan sanggup menyeret Wahid yang baru pulang kerja dan singgah Maslee untuk beli beberapa bahan yang tiada di rumah. Harus juga tekadkan hati untuk buat dan makan sebelum bersalin. Kalau tidak, tentulah aku kempunan. Sudahlah baby akan keluar anytime. Anytime. #pengsan

Setelah ber-shopping beberapa bahan yang diperlukan, kami anak beranak pon pulang ke sarang. Tolong faham bahasa sastera ye. Sarang yang aku maksudkan adalah rumah. Bukan sarang burung.

"Aishah, tolong jangan merepek!"

Baiklah. Baiklah. Aku straight to the point sekarang.

Sesampai sahaja ke dalam rumah, kami suami isteri pon berterabur buat house chores masing-masing. Aku capai tupperware bubur yang di tapau dari rumah Emak untuk disuap ke dalam mulut Nashriq. Budak ini bukan jenis makan setempat. Kalau dudukkan dia dalam high chair, dia takkan makan dengan selera.  Asyik merengek nak turun. Jadi, terpaksalah aku join dia main di bilik mainan sambil standby bubur bila mulutnya dinganga. Apa punya perangai lah macam ini.

Manakala suami di dapur menguruskan kain baju untuk dibasuh dan disidai. Siap boleh angkat baju di ampaian kemudian duduk melipat baju di depan TV. Isteri masih mengelat dengan memberi alasan 'anak makan'. Muahahahaha. 

Selesai semua house chores, masa untuk tidurkan anak pula. Nashriq memang takkan tidur selagi kami berdua tak ada kat sebelah dia. Berbantalkan lengan Mama dan berdendang suara Ayah, Nashriq pon beradu seawal jam 9.30 malam. 

Bila anak dah tidur, aku pon terus berdesup masuk dapur. Capai segala barang yang diperlukan dan memulakan tugas memasak inti pizza. Kau bayangkan pukul 9.30 malam ber-tung tang tung tang kat dapur? Jiran sebelah pon geleng kepala je agaknya. 

Eh, meh layan gambar sat.

 Inti pizza.


Ada inti, filet ketam dan nenas cube.


Selepas ditabur keju.

Selepas selesai memasak intinya, aku pon mula decorate Pizza Melayu aku tu. Sapu inti pizza atas roti. Kemudian susun pulak filet ketam, nenas cube dan tabur keju. Berdebar-debar okeh masa ni. Aku dahlah tak pandai masak kan. Tiba-tiba ada hati nak buat pizza. Haruslah berasa seram.

Masa tengah bakar roti tu dalam oven pon, aku asyik risau aje. Jam dah pukul 10.30 malam. Suami kat ruang tamu sanggup tahan mata nak meneman. Kalau tak sedap kang macam mana? Kesianlah dia kan? Tapi kesian kat aku jugak. Aku dah penat buat. Nanti aku sedih. Eh over tau aku ni.

Selepas dibakar. :))

Keluar je dari oven, aku suruh Wahid rasa dulu. Dia pon amik sekeping. Aku pandang muka dia. Pastu dia jegil mata. Aku jegil mata jugak. Ah, ni mesti tak sedap ni. Bencilah! Benci! Benci! Benci! Benci! Aku tak nak memasak lagi!!

"Hurm.... Sedap! Mana awak belajar ni?"

Eh, sedap? Aku pon amik sekeping - gigit, kunyah dan telan. Gigit lagi, kunyah lagi dan telan lagi. Gigit lagi dan lagi, kunyah lagi dan lagi, telan lagi dan lagi - sampai habis dua keping.

Jadi, korang fahamlah maksud gigit, kunyah dan telan tu kan? Tak payahlah aku explain panjang-panjang. Kang orang kata aku berlagak pulak (sambil angkat bahu, cebik mulut dan goyang kaki).

Bye! :D



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, December 8, 2011

Gedik!



Maaflah kerana entry-entry gedik kebelakangan ini. Aku pon tak tahu kenapa gedik beno aku kebelakangan ini. Mungkinkah kerana hormon tak sabar nak bersalin diselaputi pula dengan hormon excited menyambut ulangtahun couple (woi gedik!) terlalu berleluasa di dalam hati? I just don't know (sambil buat muka serius dan geleng-geleng kepala).

Oklah. Saje je nak buat entry bodoh-bodoh sebab aku tengok kat blog list macam kurang orang meng-update. Kenapakah? Cepat lah weh update blog korang. Aku tak ada bahan bacaan ni. Gila punya boring. Padahal kerja banyak aje nak buat. 

Dasar pemalas betul lah aku ni!

P/S : Masih belum ada apa-apa tanda bersalin. Sabarrrrr.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, December 7, 2011

8 Tahun.


"8 tahun yang lepas, kita jumpa kat BSN"

Itu isi kandungan SMS yang aku hantar kepada suami malam tadi. Jarak kami tak jauh pon. Aku kat atas katil. Manakala suami sedang berbaring main Angry Birds di tilam bawah berteman Nashriq. Ketawa besar dia membaca SMS aku. Lalu bangun dan menghadiahkan sebuah ciuman di dahi. 

Hoi, itu pon nak cerita. Penampar kang!

Eh, masa untuk flash back! Treng teng teng teng! 

8 tahun yang lepas - 7 Disember 2003, rumah aku buat open house sempena Hari Raya Aidilfitri. Jemputlah satu mamat dari Ulu Tiram ni datang kononnya nak memeriahkan majlis. Berjumpa kali pertama selepas main-main SMS selama 2 minggu. Kira gamble gila lah aku jemput lelaki datang rumah tak kenal tak apa kan? Blergh. 
Setting place and time kat Bank Simpanan Nasional, Taman Cempaka. Menunggulah si mamat ni tadi seorang diri di depan mesin ATM sementara aku mengendap dari jauh nak tengok rupa paras dia. Kalau tak hensem, memang gua blah. Eh? #macamkaucantiksangat.  
Tak sempat nak blah, si mamat sudah nampak muka aku. Aisehman, tak boleh nak lari dah. Terpaksalah jugak senyum-senyum tunjuk muka. Terkuis kaki. Tergaruk tangan. Tak ada modal nak berbual pon. Sampailah si mamat ni tadi tanya; "Tak nak ajak saya naik rumah ke?".   
Keesokkan harinya - 8 Disember 2003, aku dengan mamat tu pon couple. Gila betul aku. Main SMS dua minggu. Jumpa baru sekali. Then, terus couple? Gedik tak? Gedik tak? Rasa macam nak hantuk aje kepala kat dinding sekarang ni bila diingat balik. Fuhh.

Haih. Sweet memories will always play and replay. :))

"Papa, selamat ulangtahun perkenalan yang ke-8. Esok pula, ulangtahun ke-8 kita ber-couple. Apalah nasib awak dapat isteri gedik macam orang. Tarikh remeh pon nak ingat. Hehehehe. No matter what, I want you to know, that I love you so much. I love our Nashrah, Nashriq and baby. FOREVER."

"Baby, keluar esok boleh? Hadiah anniversary Mama & Ayah?"

Gedik lagi! Gedik lagi! PANG!!!!!



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, December 6, 2011

Sudah Tibakah Masanya?


Taklah. Ini bukan cerita pasal tiba masa nak bersalin ke apa.

Nashriq dah mula duduk dalam Portable Car Seat yang dibeli dari Aziyana beberapa bulan lepas. It's quite emotional feeling for me. Melihat anak yang selama ini duduk di atas peha sepanjang perjalanan dalam kereta, bergurau senda, berpeluk cium dan bergedik-gedik - aku rasa sedih gila.

Aku over sangat kot. :(

First time dudukkan dia dalam Portable Car Seat tu, menangis dia nak kat aku yang duduk kat belakang. Nasib baik, Wahid pandai tackle sambil tepuk-tepuk dan nyanyi-nyanyi untuk anak bujang dia tu. Harapkan aku yang duduk kat belakang nak renyah-renyah entertain dengan perut macam gini, memang tidaklah.

Bila dia pandang belakang sambil kerut dahi kat aku, aku rasa down gila. Aku takut Nashriq fikir yang aku tak sayang dia lagi. Aku takut Nashriq kurang kasih sayang. Aku takut Nashriq fikir, aku ketepikan dia bila dah ada adik.

Haih. T_____T

Perasaan emak-emak ni memang complicated, kan?



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, December 5, 2011

39 Minggu Dan 2 Hari.


Harini ada check up untuk 39 minggu. Aku ingatkan, ini lah check up terakhir dan sekiranya masih belum bersalin, kena serah diri ke Hospital dalam waktu terdekat. Tapi telahan aku jauh menyimpang. Akan ada satu lagi check up pada minggu hadapan untuk kandungan 40 minggu. To be exact, I will be 40 weeks and 2 days pregnant masa check up itu nanti.

Almost 10 months? Hua hua hua.

Tadi masa check up, nurse ada kata, kalau aku tak bersalin jugak by 12 Disember 2011 tu nanti, aku akan dipersilakan hadir ke Hospital menyerah diri pada 18 Disember 2011. Untuk apa? Iye, untuk prosedur induce tentunya. Aku dengar pon senyum-senyum. Harap-harapnya, tidaklah sampai kena induce kan? Scary tahu, scary? Walaupon sudah ada pengalaman merasa sakit di-induce, tapi tetap juga berasa takut. T___T

Oh, aku sempat bertanya pasal kepala baby dah engaged ke belum. Tapi nurse kata, anak pertama sahaja yang melalui proses engaged. Anak kedua, ketiga dan seterusnya tak ada engaged-engaged lagi dah. Jalan dah ada. So, not to worry pasal cerita engaged tak engaged ni. Kalau kedudukan baby masih tinggi pon, bila sakit bersalin dah datang, baby akan terus turun ikut 'jalan' dan 'lorong' yang anak pertama dah gunakan. Aku pon legalah sangat bila dengar macam gitu. Takdelah aku asyik memikir pasal engaged semua ni lagi kan. Stress tahu bila asyik memikir. Badan pon jadi penat dan letih aje. Haih.

Ah-ha! Hari Sabtu haritu, aku ada rasa satu contraction yang agak lain dari yang lain. Masa tu tengah tidur. Dalam jam 2.25 pagi gitu, aku terbangun dan rasa sakit perut sangat. Terus kejut Wahid dan bagitau. Dia pon terpisat-pisat tanya itu tanya ini. Aku yang cuak ni malas lah nak jawab soalan banyak-banyak. Terus masuk bilik air dan 'buang' apa yang patut. Serius masa ni rasa macam dah sampai waktu nak bersalin. Duduk kejap kat ruang tamu dan buat breathing technique banyak-banyak kali. Masa ni punya contraction dalam kadar 7 minutes apart. Can you imagine?

Jenguk bilik, Wahid sudah sambung tidur sambil berpelukan dengan Nashriq. Nak kejut, tak sampai hati. So aku pon menyambung duduk di ruang tamu sambil mengenalpasti jarak masa sakit. Tup tup, dalam 3.40 pagi gitu, tak ada langsung rasa sakit dah. Lama aku tunggu, tapi rasa sakit tu terus hilang. Aku menangis tahu? Menangis sebab frust. Aku dah plan dalam kepala, kalau sakit makin kuat memang aku tidak teragak-agak nak kejut Wahid dan terus zass pergi rumah Emak hantar Nashriq. Then, barulah boleh ke hospital menyerah diri. Tapi harapan itu punah bersama tangisan dan kemudian pergilah aku menyambung tidur hingga ke pagi.

Keesokkan harinya, satu hari aku terbaring atas katil sebab badan sangat penat luar dan dalam. Aku syak, yang badan aku terlalu penat sebab stress yang amat melampau. Stress asyik memikir soal labour. Takut, cuak, seram dan dalam masa yang sama, excited juga. Oh, aku harap penantian ini akan berakhir secepat mungkin. Aku betul-betul perlukan rehat.

Kawan-kawan, doakan aku ye? :)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, December 2, 2011

Review Saya Tentang Filem OMBAK RINDU.


My old time favourite novel. :)

Baru pulang dari GSC Leisure Mall, Plaza Pelangi - untuk menonton sebuah filem adaptasi dari novel kesukaan aku - Ombak Rindu. Menggunakan masa rehat yang panjang di hari Jumaat bersama rakan-rakan sepejabat. Dapatlah juga menghilangkan stress kerja sambil menonton sendiri apa yang dibaca dahulu dikeluarkan dalam bentuk layar perak.

I can say, expectation aku terlalu tinggi untuk filem ini. Aku terlalu mengharapkan apa yang keluar di layar perak itu sebijik sejibon dengan apa yang aku baca 8-9 tahun yang lepas. Kepala aku memang terikat dengan novel. Awal-awal lagi, aku dah merungut berbakul-bakul kat Twitter. Siapa yang follow Twitter aku tengahari tadi, mestilah tahu apa yang aku kecewakan.

Setengah jam filem berlangsung, aku cuba 'buang' memori aku dari versi novel. Aku cuba untuk menyelami filem Ombak Rindu yang sedang aku tonton di hadapan mata ini seolah-olah aku tak pernah baca novelnya. It's quite interesting jugak. Dibantu oleh watak Hariz yang mencairkan (ehem!), dan OST yang best-best belaka. Lebih dari itu, aku boleh kata, 'so-so' sahaja.

Bagi aku, watak Izzah dibawa agak kaku oleh Maya Karin. Aku tak tahulah ini masalah aku sendiri atau apa. Tapi aku membayangkan Izzah tu wanita Melayu yang macam Lisa Surihani atau Tiz Zaqyah. Tapi, ianya satu lakonan yang baik juga. Kalau tidak, takkanlah sampai aku boleh menangis saat menonton adegan Hariz membelasah Izzah di bilik air dan saat Izzah mengejar kereta Hariz di rumah Pak Dollah. 

Ewah, review lebih nampak? :D

Watak Lisa Surihani sebagai Mila pon bagus juga. Walau kawan-kawan aku kata, pembawakkannya terlalu over dan psiko, tapi aku suka. Nampak kematangan dalam olahan watak Mila tu. Mungkin sebab aku suka dia - Lisa Surihani - jadi semua benda pon cantik dan elok kat mata aku. Kan?

Akhir sekali, bagi sesiapa sahaja yang berniat untuk menonton filem Ombak Rindu ini, aku cadangkan korang 'tinggalkan' memori yang pernah korang baca dalam novel. Just enjoy the film dan hayati jalan ceritanya. Aku pasti, korang jugak akan enjoy seperti mana aku enjoy menangis berbakul-bakul kerana touching tengok Hariz menangis sayangkan Izzah. 

Seriously, melting. :))

P/S : Aku kasi 7/10 untuk filem ini. Harus tonton!



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, December 1, 2011

Breathing Technique Hypnosis Method


Ini adalah entry auto-publish. 

Hari ini, saya sengaja bercuti sebab nak rileks-kan badan di rumah. Tersangat penat minggu ini menghadapi hidup yang berpeluh-peluh. Tak tahulah kenapa harus memilih hari Khamis begini. Hari Jumaat sudah kena naik kerja semula. Hahahaha. Rasa macam bodoh pulak main isi borang dan pilih tarikh sebarang. Haih.

Hari ini juga sudah masuk bulan Disember kan? Sekejapan masa berlari meninggalkan kita. Terasa macam baru sahaja masuk ke tahun 2011. Menyambut ulangtahun ke-26 pertama kali secara bertiga. Kemudian, sambutan ulangtahun perkahwinan yang kedua pula. Diam tak diam, disahkan pula mengandung kali ketiga pada pertengahan bulan April dan mula berkongsi bersama rakan pembaca sekitar bulan Jun

Blog ini menyimpan terlalu banyak kenangan hidup saya. :)

Sabtu ini (3 Disember 2011), akan genap kandungan ini berusia 39 minggu. Seriously, terasa cepat sangat masa berlalu. Saya tak tahu apa yang harus dijangka. Kesakitan labour itu sudah pasti kan? Tapi, bagaimana untuk saya hadapi dengan tenang dan tenteram? Sudah anak ketiga, tapi masih takut hadapi saat-saat labour. Saya pasti, sampai anak yang kelima pon, saya akan tetap takut begini. 

Beberapa minggu yang lepas, saya terima email dari 'E', seorang rakan pembaca yang pernah berkongsi cerita di entry yang ini. So nice of her sebab sudi bertanya khabar saya dan mengucapkan selamat untuk delivery process saya yang akan menjengah pada bila-bila masa dari sekarang. 

'E' berkongsi cerita tentang sahabatnya yang baru sahaja deliver baby sekitar bulan lepas. Apa yang menariknya, sahabat 'E' ni mengamalkan Breathing Technique Hypnosis Method yang berjaya mengubah rasa sakit contraction kepada rasa rileks dan tenang. 'E' minta saya google kalau nak tahu lebih lanjut.

"Thanks E, it really helps!"

Saya tak katalah saya akan berjaya hadapi labour dengan tenang nanti. How should I know kan? Masanya belum tiba. Tapi, sejak beberapa hari ini, bila sahaja saya dalam keadaan tidak tenang memikirkan labour, saya akan aplikasikan breathing technique yang saya baca dan belajar. Hasilnya, saya boleh jadi tenang dan segala ketegangan berlalu sedikit demi sedikit.

Ini apa yang saya amalkan.

Bila saya mula tidak tenang, saya akan pejam mata sambil ibu jari menekan dahi (kedudukan antara dua kening). Pejam mata rapat dan tarik nafas melalui hidung sambil dalam hati membaca "Lailahaillahanta..." kemudian hembus menggunakan mulut sambil dalam hati membaca "Subhanakainikuntuminnalzolimin..."

Kalau ikutkan kaedah sebenar Hypnosis Method tu, dia ajar kita guna pernafasan dengan ratio 20:20. Sambil tarik nafas guna hidung dan fikirkan "RE..." (20 saat), kemudian hembus guna mulut sambil fikirkan "LAX..." (20 saat). Tapi saya tukar RE-LAX tu jadi Doa Nabi Yunus. So, dalam kita sakit dan cuba aplikasikan kaedah pernafasan tadi, kita boleh tambah bertenang. Insya-Allah.

Sekarang ini, memang setiap hari saya amalkan teknik pernafasan ni. Waktu dalam kereta, waktu tengah tengok TV dan kadang-kadang sambil memasak. Sampaikan Wahid ingat saya dah sakit siap pejam-pejam mata begitu. :D

Saya harap, saya masih mampu aplikasikan teknik ini di dalam labour room nanti. Saya betul-betul nak rileks. Saya tak nak gelabah dan tertonggeng-tonggeng macam masa Nashrah dan Nashriq dulu. Harapnya, impian saya ini berhasil. Amin.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, November 30, 2011

Wordless Wednesday : 10 Days.



P/S : Satu hari sampai 3 entry. Hebak! :D



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

PEMENANG : Kenapa Saya Suka Baca http://myaishah.blogspot.com/?


Bismillahirahmanirahim.

Pertama sekali, saya ingin jelaskan bahawa, SEMUA ORANG ADALAH PEMENANG. TIADA PENGALAH - bak kata Vincent Chong masa menang Akademi Fantasia 1 dulu. Saya ambil masa berhari-hari membaca kesemua 10 entry untuk buat penilaian berdasarkan kriteria yang saya dambakan. Semua entry sangat best. Saya sampaikan terawang-awang dan kembang kempis hidung bila dipuji lebih-lebih.

Ewah kau. Suka kena puji nampak? Penampar nak? :D

Tanpa membuang masa lagi, saya umumkan pemenang bagi Contest Mudah Saya : Kenapa Saya Suka Baca http://myaishah.blogspot.com/? 

Treng teng teng teng teng.

Klik gambar 'Question Mark' untuk baca entry pemenang. 

Kenapa saya pilih Nadia

Jawapan saya; Hanya Tuhan yang tahu. :)

Saya berasa dekat dengan Nadia. Seakan berkongsi perasaan. Seakan saya adalah dia dan dia adalah saya. Dari pertama kali saya terima email beliau dalam entry ini, saya selalu rasa yang jiwa kami sama. Saya tahu bunyinya agak over, sebab saya langsung tak pernah jumpa beliau. Haih. 

To Nadia, 
Congratulations sebab awak berjaya 'mencuri' hati saya. Ewah, macam pakwe makwe pulak nak curi mencuri hati kan? Terima kasih sebab sudi jadi kawan saya dan saya harap, persahabatan kita ini takkan mati walau awak dah jauh nun di Kulai. Semoga ada kesempatan untuk kita berjumpa di masa akan datang. Insya-Allah :)

Kepada rakan-rakan peserta yang lain, janganlah berkecil hati. Entry kalian pon bagus juga. Saya suka semua sekali sampai saya sendiri tak tahu nak pilih yang mana. Saya tahu, kesemua entry anda datang dari hati, sebab saya dapat rasakan aura kasih sayang dalam tiap entry anda. 

Ecececece ayat mengampu yang baik punya. :D

Hadiah untuk pemenang utama dan cenderahati untuk setiap peserta akan saya poskan dalam waktu terdekat. Saya dah mula kumpulkan alamat. Cuma Pijon belum respon di email dan Afni, saya tak sempat minta alamatnya lagi. Doakan saya masih mampu dan kuat untuk laksanakan janji saya ini sebelum bersalin.

Terima kasih sekali lagi. Dari lubuk hati saya yang paling dalam.

Lots of LOVE,
Aishah Rahim



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wordless Wednesday : Creative & VANDALISM?


video




Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, November 29, 2011

Induce.

Well, keputusan pemenang untuk Contest Kenapa Saya Suka Baca http://myaishah.blogspot.com/ belum di finalize. Semunya pon macam hendak di bagi menang. Semuanya pon best-best belaka. Aku confius. Echeh. :D

Mutu kesihatan sekarang ada turun naiknya. Waktu siang, aku boleh melakukan berbagai kerja dengan lagak Superman. Siap boleh cabut langsir dan sembat kakinya sebab mata sangat sakit tengok langsir itu berkibar labuh tunggu masa Nashriq pijak dan roboh "Gedebuk!" menghempap beliau. Sebelum kejadian tidak diingini seperti itu berlaku, lebih baik aku mengambil langkah drastik dan optimistik (???).

Waktu malam pula, aku akan berubah menjadi seekor Ikan Duyung yang ayu (???) di atas katil, kejang satu badan tak boleh berpusing kiri dan kanan. Pastu merengek lah kononnya tak boleh nak pusing-pusing badan. Suami pon confius dengan tahap kesihatan isteri yang berubah mengikut perubahan malam dan siang itu. Hormon kah? Atau sekadar lakonan malas hendak bangun buat susu anak di malam hari? Tumpang lalu, Encik Suami.

Tajuk letak "Induce", tapi membebel panjang-panjang. :D

Aku teringat memori sewaktu hendak mengeluarkan Nashrah dulu (boleh baca entry ini untuk mengimbau kenangan). 5 kali induce dengan Prostin dan 1 kali dengan ubat kayu D8 (2 unit) sudah cukup membuatkan aku lali dengan kesakitan di induce. When almost my friends cakap, "Aku tak nak kena induce, sakit woooo", aku hanya mampu tersenyum. Yes, it is. Sakit bersalin secara induce memang sakit. Tapi, ada ke mana-mana sakit bersalin yang sedap? Tell me?

When it come to Nashriq's turn, aku memang tak sabar betul membawa badan yang berat sampai ke usia kandungan 40 minggu itu. Nasib baiklah dia keluar ngam-ngam 40 minggu tu jugak. Kalau dia overdue? Mahu pengsan aku ke hulu ke hilir terhoyong hayang kan? Dalam sabar tak sabar tu jugak, hati aku selalu terdetik yang aku nak serah diri ke hospital minta induce. Konon macam dah lali lah kan masa Nashrah kena induce bertubi-tubi. So, I don't care sakit nak kena induce. Masa itulah.

Tiba giliran yang ketiga ini pula, simptom ketidaksabaran itu muncul kembali. Ianya disokong bersama dengan simptom badan sudah berat, berpeluh-peluh sakan dan sakit badan atas ke bawah. Serius aku punya peluh menjejeh-jejeh, I tell you. Dah buka kipas, ON pula aircond. But still, aku seperti berada di negara Afrika yang tidak dapat dipastikan suhu terkininya. Azab gila.

Seperti yang kedua itu dulu, sekarang ni, aku asyik sebut je nak serah diri ke hospital untuk di induce. Heh. Macam berani. Padahal memang tak berani pon. Masih terasa 'sedapnya' kena induce time Nashrah tu dulu. Teringat-ingat macam mana aku bergolek atas katil wad sementara menunggu bukaan jalan semua tu kan. Memang 'terbaik' dia punya 'sedap'.

Hendak tak hendak, sabar tak sabar, mampu atau tidak, aku kena hadapi jugak saat-saat terakhir trimester ni dengan tabah kan? Biarkan takdir dan masa yang menentukan segalanya. Cepat atau lambat. Aku cuba  berfikir positif je sekarang ni. Try untuk rileks dan buat macam biasa. Insya-Allah.

Tapi bila terima berita kawan-kawan lain dah selamat bersalin, aku rasa tak sabar semula. Camne? T___T



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, November 25, 2011

1 Tahun 3 Bulan.



Tadi geledah album 'Muhammad Anas Nashriq' kat Facebook. Aku suka tengok gambar-gambar lama Nashriq dari awal kelahiran hinggalah kini. Gambar kat atas tu, adalah seawal 6 jam kelahiran beliau. Muka masih bengkak. Bau newborn semerbak harum. Rindu sangat saat itu. :)

Tengok semua gambar yang ada. Hari demi hari. Bulan demi bulan. Hinggalah masuk usia setahun. Semuanya meninggalkan kesan yang paling dalam, dalam jiwa aku. Dia mungkin tak comel. Dia mungkin comot. Dia mungkin tak putih dan segak macam anak orang lain. But, he is my sunshine. Matahari yang sentiasa menyinari hidup aku. Siang dan malam. Tanpa gagal.

Mentelaah ABC katanya. :))

Hari ini adalah 25 November 2011. Genap 1 tahun 3 bulan matahari aku ini menyinar. Melihatkan senyuman di wajah kecil ini, aku rasa bahagia sekali. Nothing can't describe the feeling. Rasa sakit bersalin yang aku rasa 1 tahun 3 bulan yang lepas, sudah lama terlupa. Nashriq ubat sakit aku. Painkiller paling hebat, bagi aku.

Di usia 1 tahun 3 bulan ini juga, Nashriq bakal menjadi Abang. Bunyinya terlalu muda. Terlalu kecil untuk sama berkongsi kasih. Masih belum memahami erti 'Adik' pon. Apakah perasaannya nanti saat melihat aku mendukung adik kecil dan menyusukan? Mampukah aku untuk memberi seadil kasih dan sebanyak sayang tanpa kurang dari yang sekarang? 

Mahukah Nashriq mengerti saat itu?

Aku harap, aku mampu memberikan kasih sayang melimpah ruah buat Nashriq dan adiknya nanti tanpa kurang dan cetek. Aku tak mahu Nashriq rasa terganggu dan ketepi hanya kerana nanti dia sudah jadi Abang. Aku mahu adil. Aku mahu sabar. Aku mahu, anak-anak yang penuh cinta.

Lagi berapa hari je sayang, Nashriq akan jadi Abang. 

Selamat ulangbulan ke-15, sunshine Mama. :)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Rasa Rindu.

Minggu ini di rumah Emak. Wahid kerja shif petang hingga lewat malam. Aku tidak dibenarkan tinggal berdua di rumah sendiri dengan Nashriq, memandangkan keadaan aku yang makin sarat dan melarat. Maka, berkampunglah kami dua beranak kat Taman Cempaka. Memang syurga! Kekekeke. :))

Apa yang menyeronokkan bila dapat lepak kat rumah Emak, ialah dapat feeling macam zaman anak dara dulu-dulu. Borak sakan terkekek-kekek dua beranak (aku dan Emak) bercerita hal yang entah apa-apa. Kadang-kadang, cerita pergi pasar beli apa pon boleh jadi topik hangat. Tak faham betul dengan perangai kami sendiri. Pelik. Tapi benar.

Tapi semalam, ceritanya lain.

"Dah lama tak gi kubur Kak Nor eh, Mak? Haritu Wahid ada cakap, nanti bila free boleh balik Muar melawat kubur Akak. Bila last kita pergi eh? Entah macam mana kuburnya sekarang."

Aku mulakan bicara. Kisah Kak Nor di sini.

Emak angguk dan diam.

"Tak boleh ingat comel dia macam mana. Tiap kali budak-budak datang ngaji kat rumah Atok, dia akan duduk tengah-tengah dengan rambut toncet dua dia tu. Tergoyang-goyang. Lagi dua hari nak Raya dia pergi. Emak macam nak gila."

Aku pulak yang diam.

"Tiba Hari Raya tu, budak-budak datang rumah Atok asyik tanya, "Nor mana, Tok? Nor mana?". Emak jerit kat budak-budak tu cakap, "Nor dah takde lah!!". Atok marah Emak. Atok kata Emak tak redha ketentuan Tuhan. Masa tu Emak dalam pantang Abang Long. Macam nak gila Emak, Yang".

Aku diam lagi. 

"Dah lah! Pergi tidur sana. Malam-malam ajak berbual. Hehhh." Emak bangun sambil mengelap airmata dan berlalu masuk bilik. Aku masih terkaku duduk di atas kerusi tamu.

Rindu. Perasaan indah yang sakit.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, November 23, 2011

Pusara Nashrah.

I am now kat rumah Emak. Sedang berehat setelah ke-pitam-an sebaik pulang dari check up 37 minggu pagi tadi. Saje je nak update blog thru email gini. Berlatih untuk persiapan menghadapi tempoh berpantang. Echeh.

Aku lupa nak cerita satu benda penting yang berlaku masa Raya Haji haritu. Aku kan pernah cerita pasal aku buat kepok pusara Nashrah before Raya Aidilfitri dulu tu kan? Aku memang takde pergi-pergi lagi after raya tu. Sebab ramai yang tak galakkan due to aku dah makin sarat hari demi hari.

Then, masa Raya Haji haritu, Kak Ngah pergilah Mahmoodiah nak menziarah pusara Arwah Abah dan Nashrah. Surprisingly, nama kat pusara Nashrah is not 'Nur Anis Nashrah', tapi letak satu nama lain. Aku tak tahulah tukang buat kepok tu tersilap atau sambil lewa ke macam mana. Tapi aku agak kecewa jugaklah bila Kak Ngah called beritahu berita itu.

Aku terus call pakcik yang tukang buat kepok tu. Deal punya deal, dia pon berjanji akan betulkan nama pada pusara Nashrah tu. Iyelah, kalau ikutkan, tak letak nama pon takpe. Sebab dalam surat beranak pon takde nama. Tapi bagi aku, aku nak jugak letak nama sebab this is something memorable buat aku dan suami.

Kejar punya kejar, Khamis lepas barulah pakcik ni siapkan nama Nashrah dan pergi pasang kat pusaranya. Aku memang tak sabar nak pergi tengok memandangkan this is my last chance untuk ziarah kubur Abah dan Nashrah before deliver. Rasa cam touching pulak menaip begini. Last chance? Erm....

Semalam, aku dan suami pon ambil kesempatan sempena cuti Hari Keputeraan Sultan Johor. Menujulah kami ke Mahmoodiah untuk ziarah kubur dua orang kesayangan itu. Sunyi aje pagi tu. Hening dan tenang.

Sampai aje ke pusara Arwah Abah dan Nashrah tu, aku terus jenguk bahagian nama untuk si kecil itu. I can't describe the feeling. Tapi bila melihat nama yang selalu kita kenang dan sayang, ingat dan rindu - pada sebatang tiang leper berwarna putih, aku rasa _______

Speechless.

I miss her so much. Dalam tiap doa aku, sentiasa ada nama dia. Nashrah. Nashrah. Nashrah. Nur Anis Nashrah kesayangan Mama.

Aku belum cukup redha. Sebenarnya.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, November 21, 2011

Tarikh Tutup Contest, Peserta & 37 Minggu.

Bismillahirahmanirahim.

Alhamdulillah. Hari ini adalah hari Jumaat. Hari penuh barakah serta penghulu segala hari. Esok adalah hari Sabtu, bersamaan dengan 19 November 2011. Atau lebih tepat bagi aku, genap sudah aku hamil 37 minggu. Maka, ini bermaksud, esok jugalah tarikh tutup bagi Contest Mudah Saya; Kenapa Saya Suka Baca http://myaishah.blogspot.com/?

Terima kasih atas tiap penyertaan. Setakat jam ini, sudah ada 9 penyertaan dan aku cukup bersyukur kerana masih sempat membaca tiap komen dan pendapat kalian tentang blog aku ni. Jutaan terima kasih aku ucapkan. Terima kasih sangat-sangat kerana sudi memeriahkan contest yang tidak seberapa ini.

Di bawah ini, aku link kan kesemua 9 penyertaan yang bagi aku unik-unik belaka. Most of them kenal aku dari zaman 14 Mac 2009. Tak kurang juga yang kenal aku melalui kisah Nur Anis Nashrah. I am so thankful kepada dunia blog yang banyak memberikan kesan positif kepada diri aku sendiri. Baik dari segi persahabatan, pergaulan mahupun pengalaman hidup.

Here we go. The 9 contestants. :)

2) By Kid

I am really appreciate it. Seriously! 

Aku masih lagi membaca dan menimbang tara setiap entry yang dihasilkan. Insya-Allah, jika masih diberikan kesempatan, keputusan entry yang bertuah akan dikeluarkan minggu hadapan. Okeh? :)

Dikesempatan ini juga, aku ingin benar memohon maaf atas tiap salah silap keterlanjuran kata dan bahasa dalam mana-mana entry yang aku hasilkan. Andaikata ada mana-mana sahabat yang tersinggung atau terasa hati, dan masih menyimpan di dalam satu sudut lubuk hati yang paling dalam, tolong maafkan aku. Halalkan makan dan minum (jika ada) dan ampun jika ada kekasaran gurauan yang disengajakan mahupun tidak.

Aku mohon doa dari kalian, agar dapat sama-sama mendoakan perjalanan terakhir kandungan ini semoga semuanya selamat, sejahtera dan baik-baik belaka. Insya-Allah.

UPDATE 21 NOVEMBER 2011 : 

Afni tweet kat Twitter dan memberitahu yang beliau nak sangat join contest aku ini. Memandangkan ini adalah contest suka-suka, aku pon setuju aje untuk lepaskan entry beliau. Tak payahlah nak strict sangat ye dak? Aku bukan Beautifulnara ke apa. :D

10) By Afni.

Good luck to you guys. :)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, November 17, 2011

Cerita 36 Minggu & Bayong Nashriq.

Semalam pergi check up for 36 weeks. Super nervous sebab kali ni doktor nak confirm pasal breech dan uri yang ke bawah haritu. Alhamdulillah, semuanya sudah dalam keadaan baik. Kepala baby dah ke bawah. Uri pon dah naik atas. Cuma baby's head belum engaged. "Soon", kata Doktor.

Malas nak scan. Capture dan post sahaja.

Kalau ikut by last menses date, my due date should be on 12/12/2011. Dengan harapan, tahun depan baby akan menyambut harijadi pertama dengan tarikh 12/12/2012. Ewahhhh. Tetapi semalam masa scan, Doktor menganggarkan baby akan keluar pada 17/12/2012. Lewat 5 hari dari tarikh due date last menses tu. Haaa, camno tu? Pening dah kepala mak ni nak.

Tapi tak apalah. Tak kisahlah tarikh mana pon. Yang penting, semuanya sempurna, sihat dan selamat. Itu jelah yang aku doa siang malam sekarang. Amin. Insya-Allah.

Sejak seminggu yang lepas (Khamis minggu lepas), aku dah mula rasa mild contraction manja-manja. Aku pon tak tahu itu mild contraction ke atau braxton hicks sahaja. Tapi tepat belah petang aje, confirm aku akan keluh resah kat Twitter pasal rasa kurang selesa kat bahagian bawah perut tu. Peliknya, kenapa waktu petang aje kan? Dia berlatih main bola sepak ke ape kan? 

Eh, bagi hint jantina nampak? :D

Sekarang ni, I am all physically ready untuk jadi mother of two. Tetapi, dari segi mental, masih usaha untuk dikuatkan. Aku dah tahu, ianya bukan mudah. Aku dah nampak macam mana rupanya aku nanti. Confirm akan ada kisah sadis-sadis dan stress segala. Itu yang aku sedang usaha belajar bersabar sekarang. Mujur jugak Nashriq sudah mudah dijaga. I am so proud of him. :)

Balik rumah aje sekarang, terus masuk bilik mainan dia. Main sorang-sorang dengan motor, basikal, ducky, buku dan tunjuk-tunjuk carta ABC. Buat bunyi mengaum bila point to 'Tiger'. Bila sampai kat gambar 'Cat', buat bunyi miaw miaw. Nashriq dah besar dah sekarang. Terasa cepat sangat masa berlalu. In a few weeks, sudah boleh dipanggil 'Bayong'. :)

Bila tiba waktu makan, mulut dia akan paling bising. Bercakap itu dan ini. Tunjuk itu tunjuk ini. Tadah tangan sebelum makan. Pastu senyum-senyum bila Ayah baca doa. Bila kami dah Amin, dia tersenyum simpul ketawa-ketawa. Geram sangat tengoknya. Rasa nak cium 24 jam tak henti-henti. Haih. :))

Lepas makan, buatkan susu satu botol dan bagi bantal depan TV. Lepaklah dia minum susu sambil tengok dokumentari haiwan yang Mama dia sendiri pon geli nak tonton. Masa inilah, kami suami isteri boleh tunggang langgang buat perkara-perkara wajib. Mandi, Solat, makan dan bla bla bla. Lepas selesai semua perkara, baru boleh join tengok TV sama-sama. Rasa bahagia je bila dapat gelak ketawa dan gurau senda anak beranak. We really have good time together. Alhamdulillah.

Malam pon, Nashriq dah tak banyak ragam. Dah kenyang perut, puas main dan penat tawaf rumah, dia akan tidur after 5 minutes zikir dan tepuk. Then, bangun sekali aje untuk susu dan tukar pampers. Sambung tidur balik sampai ke pagi. Mama dan Ayah dah siap pakai baju kerja semua, baru dia bangun senyum-senyum. Sangat mudah dah nak jaga Bayong Nashriq sekarang. :))

Baiklah, sebelum entry ini berubah menjadi sebuah entry yang penuh dengan puji-pujian kepada anak sendiri, lebih baik aku tamatkan sekarang. Naik menyampah pulak aku baca. Eh?

P/S #1 : Sentiasa doakan kawan-kawan yang masih PJJ sekarang agar dapat peluang bersama dengan keluarga masing-masing. Insya-Allah, akan tiba masa untuk korang bersatu nanti. Amin. #youknowwhoyouare

P/S #2 : Panggilan 'Bayong' adalah singkatan manja mengada bagi Bang Yong. Ini semua gara-gara Fad yang taksub dengan Bini-biniku Gangster. "Tumpang lalu, Fad". :D



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, November 16, 2011

Wordless Wednesday : 36 Weeks 4 Days


........ is now ON!



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, November 14, 2011

Beza Pertama, Kedua Dan Ketiga.

Motif taruk gambar sendiri? Blergh!

Pagi ini sampai office, terus capai beg kecik dalam handbeg yang menyimpan beberapa alat solek yang entah zaman bila punya. Pakai compact powder Silky Girl, garis eye liner Silky Girl kat kelopak mata dan secalit lip balm Lisa Surihani. I'm done!

Tapi ini bukanlah perkara biasa yang aku lakukan. Normally, setiap pagi nak pergi kerja, aku hanya akan pakai bedak Baby's Johnson kongsi dengan Nashriq dan terus blah keluar rumah tanpa secalit gincu pon. Hasilnya? Muka akan nampak seperti dalam pantang 444 hari dan orang keliling pon geleng kepala.

Kenapa hari ini sangat rajin nak make-up make-up?

Entahlah. Tiba-tiba hari ni over rajin pulak. Siap ambil gambar yang tak menahan tu. Officemate duduk depan ajak sembang, aku sibuk camwhoring. Tersengih sambil lentuk leher. Ewahhh, macam comel pulak nak liuk lentok. But this is really not me lah. Aku dah lama meninggalkan zaman-zaman vain itu. Ewah.

Apa yang aku nak cerita kat sini ialah pasal perbezaan mengandung anak pertama, kedua dan ketiga. So many people out there yang bijak jadi tukang telek dan terus boleh teka "Kau ni mengandung anak lelaki lagi ni wehhhh" bila tengok aku selekeh 24 jam dari pagi sampai petang.

Persoalannya, masa Nashrah pon aku selekeh jugak. Tak suka make up. Pergi kerja pakai selipar aje. Paling hebat bila baju pon malas nak gosok. Jadi, tang mana yang menyatakan bahawa bila kita mengandung anak perempuan kita akan nampak presentable, berseri dan suka bermake-up?

Masa Nashriq pon sama. Baju dan tudung langsung tak match. Pakai baju mengandung, bawah senteng atas cetek. Sampai Emak pernah sound yang aku ni tak macam kerani sekolah langsung. Tapi what to do lah kan? Aku memang semulajadi selekeh, pemalas dan kurang rajin nak mencatikkan diri. Kenalah redha dan istiqamah. Eh? #tetiba

Untuk yang ketiga ni pulak, aku menerapkan perangai yang sama seperti kandungan dua terawal. Masih pemalas, kurang rajin, selekeh, pergi kerja pakai selipar, baju pon cari baju yang tak payah gosok dan muka nampak seperti orang yang hidup melarat susah hati. Kesian sungguh kalau ditengok kat cermin. T__T

Itu persamaan. Kalau dari segi perbezaan pulak?

This time punya pregnancy is more to Nashrah's. Look slim walau hakikatnya TIDAK. Aku masih boleh menyarung baju kurung sampai ke hari ini. Adalah seminggu haritu pakai uniform mengandung, pastu aku basuh dan lipat simpan dalam robok. Masih selesa berbaju kurung rasanya. Orang keliling pon kerap menyatakan yang aku nampak slim sikit than masa Nashriq. Kalau masa Nashriq dulu, perut tinggi sampai pakai baju mengandung pon kain senteng. Terasa macam pergi sawah pulak masa tu.

Orang keliling semua akan cakap, "Eh, muat lagi pakai baju kurung?" Aku senyum. Ye, masih muat walau sudah 36 minggu. 

What? What? What? 36 minggu?

LESS than 4 weeks??!! #pengsan



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Cream Puff, Cubaan Kali Kedua.

Cubaan pertama, di sini.

Bukanlah mudah nak memuaskan hati seorang wanita mengandung yang asyik memikirkan cream puff sampai setiap malam pergi youtube dan google cara-cara nak buat cream puff. Paling teruk, bila lepas youtube kemudian tertidur dan akhirnya terbawa-bawa ke dalam mimpi. Memang sadis bunyinya. Kedengaran macam desperate sangat. T__T

Jadi, demi untuk tidak menghampakan hati sendiri, aku pon bertekad untuk menjalankan percubaan kali kedua. Malam Sabtu kelmarin telah menjadi saat-saat bersejarah bila pertama kali aku berjaya menyuap cream puff buatan sendiri yang rupanya boleh tahan tetapi rasanya; "Errr, Ma.... Ini baling kat dinding pon, dinding boleh pecah Ma." kata suami. 

Let me show you my 'baling dinding' cream puff. :)

Dia punya cream custard. 
I can say yang part ini memang jadi sebab rasanya sedap. 
Cuma dia jadi likat dan keras sikit lepas masuk fridge.



Dan ini dia punya puff. Nampak macam menarik?
Cer try baling dinding. Mahu retak seribu dinding dapur tu.


Aku tak tahu masalahnya kat mana. Nama pon orang tak pernah baking kan? So, aku memang tak tahu apa yang terlebih dan apa yang terkurang. Aku ikut exactly sebijik-sebijik macam Nano tulis dalam resepi dia. Sukat tepung secara berhemah. Butter siap timbang. Atau, aku terlebih bakar? Huhuhuhu.

Tapi walau apa pon, aku puas hati lah jugak sebab aku berjaya melangkah setapak lagi ke dunia asing (??). Bila suami pon macam laju je makan, aku pon okey aje lah. Cuma aku jelah demand lebih makan sebiji dua sahaja. Mungkin agak kuciwa dengan hasil tangan sendiri kot. Nevermind. Still have time untuk cuba lagi. :))

Okeh. Aku ada soalan untuk otai-otai cream puff semua.

1) Korang selalunya buat puff dulu atau cream custard dulu ek? Sebab, dah dua kali aku buat ni, aku buat cream custard dulu then masuk fridge. By the time puff siap, aku keluarkan cream custard pastu mesti dah likat dan keras. Susah nak letak dalam puff. Tak macam yang aku makan kat pasar malam tu. Cair dan menggiurkan. Ke, aku salah buat? 

2) Masa piping adunan tu atas dulang, korang just tekan setempat dan biarkan adunan terbentuk sendiri atau korang buat pusingan sikit supaya nampak corak? Korang tengok aku punya puff kat atas tu ha. Dah macam siput sedut dah aku tengok. T__T

3) Serius ke kena bakar dua kali? I mean, the first time tu 200'C selama 15 minit and the second time 180'C selama 25 minit? Aku rasa itu kot penyebab puff aku keras semacam. Dah macam biskut raya dah rasanya.

Tolong jawab ye otai-otai. Susu segar still boleh pakai dalam fridge tu. Kalau rajin, memang nak buat lagi malam kang. Peh, gila rajin aku sekarang. Muahahahahaha!

P/S : Good luck to all SPM's candidate. Mine was in 2002. :))



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, November 11, 2011

Dilema 60 Atau 90.

Aku tengah dalam dilema wanita. Bukan di Persimpangan Dilema bak kata Nora. Bukan. Ianya lebih kepada dilema diri sendiri yang tak boleh buat keputusan dengan tepat. Dah berhari-hari aku fikirkan perkara ini. Sampaikan bos pon dah tanya; "Awak nak cuti bersalin 60 hari ke, 90 hari?".

Sesungguhnya aku belum buat keputusan apa pon. :(

Aku terfikir untuk ambil 90 hari. Which is duduk rumah rehat lama sikit bersama anak-anak. Niat sebenar ialah untuk spend the whole maternity leave bagi nak fokus exclusively breastfeeding baby, Insya-Allah. Dalam kepala memang asyik fikir angka 90 aje. I really want long maternity leave. Nak rehat dan nak rehat.

TETAPI, as you all know, kakitangan Kerajaan hanya di provide 300 hari sahaja cuti bersalin sepanjang perkhidmatan. Aku dah ambil 60 hari masa bersalin Nashrah. 60 hari lagi masa bersalin Nashriq. Dan sekarang masih berbaki 180 hari lagi untuk kandungan kali ini dan seterusnya.

Kalau aku ambil 90 hari untuk kandungan kali ini, baki cuti bersalin aku hanya tinggal 90 hari lagi. Cukup-cukup untuk seorang anak sahaja di masa akan datang. Maksudnya, aku kena limit untuk satu kali kandungan sahaja atau cuti bersalin aku yang seterus-terusnya kena ambil cuti tanpa gaji. Wah, bunyi macam nak anak ramai. Heh.

Kalau aku ambil 60 hari pulak untuk kandungan kali ini, aku masih berbaki cuti 120 hari which is boleh  mengandung untuk 2 orang anak lagi! Muahahahaha. Jumlah anak secara keseluruhannya ialah 4 orang tidak termasuk Nashrah. Sedang elok lah tu kan untuk saiz sebuah keluarga dalam menjamin kualiti perkembangan anak-anak di masa akan datang. Eh? Bercakap macam bagus.

Jadi kawan-kawan, tolonglah bantu aku dalam membuat keputusan yang tepat. Nak ambil 60 hari ke atau  90 hari? Kalau korang nak list up pro and cons panjang-panjang pon tak apa. Aku sudi membaca.

Thanks in advance! :)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, November 10, 2011

From Nashriq, With Love.



Hai kawan-kawan. It's me again, Anas Nashriq. :)

Harini Mama pesan suruh update-kan blog dia. Sebagai seorang anak yang mematuhi kata (ehem), saya pon haruslah menjalankan amanah yang diberikan oleh Mama. Don't worry, Mama is doing fine. Cuma saya tengok dia macam letih sikit lately ni. Maybe sebab perut Mama dah makin besar dan baby dalam perut Mama pon asyik keras, keras dan keras. "Hello baby inside there, boleh tolong duduk diam sikit tak? Jangan ganggu Mama please?". :)

Talking about baby inside perut Mama tu, I've been so excited tak sabar nak tunggu dia keluar. Mama dan Ayah dah siapkan sebuah bilik untuk kami. Ada dua buah katil bujang dengan cadar corak Spongebob dan Pooh. Saya chop yang Spongebob punya dulu sebab saya adalah Abang. Baby sebagai adik kenalah mengalah dan dengar kata saya. Kan? Jadi suka hati sayalah nak pilih yang mana dulu. Kuasa mutlak terletak di tangan saya. :D


Tapi Mama kata, sementara kami masih kecik ni, kami kena tidur dengan Mama dan Ayah dulu. Dalam bilik Mama dan Ayah dah ada satu katil kayu baby pemberian Nenek Ayah. Mama dah beli cadar, bumper dan comforter untuk pasang kat katil tu. I am so jealous sebab masa saya baby dulu, Mama tak pakai pon katil tu. Mama just baringkan saya atas katil aje. Why oh why? 

Mama kata, kalau dia letak baby kat atas katil macam saya dulu, nanti saya akan tarik baby terjun katil. No way. Saya tidaklah sekejam itu tahu? Saya akan manjakan baby dengan menggigit-gigit pipinya sahaja. Paling kuat pon, saya akan hentak kepala saya ke kepala baby sebagai tanda saya sayangkan dia sangat-sangat. Not more than that. Mama tu risau sangat. Haih.

Erm, lebih kurang 5 minggu lagi baby dah ready untuk keluar. Lepas tu, Mama kena berpantang dan stay kat rumah Nenek Cempaka. Saya pon suka pasal kat Cempaka saya adalah taiko. Macam-macam benda saya boleh buat during stay kat Cempaka nanti. I bet, Nenek pon confirm akan pening kepala mana nak layan Mama, nak layan baby dan nak jaga saya. Hahahaha. Tapi saya promise, saya tak akan nakal-nakal. Saya kan nak jadi anak yang baik. Muahahahahaha (gelak sinis).


Ohhh, malam semalam saya ada dengar Mama cakap dengan Ayah pasal perasaan dia. Mama kata, dia rasa tak sedap hati dan berdebar-debar. I wonder why. Mungkin Mama rasa takut nak hadapi this third delivery process. Saya selalu tengok Mama termenung aje sambil gigit kuku (so bad habit). Saya nak tanya Mama, tapi saya tak tahu macam mana nak tanya. Saya takut dia salah faham yang saya ni busy body. Tapi sebenarnya saya risaukan Mama. Saya takut dia tekanan sampai asyik fikir benda bukan-bukan. It's not good for her kan? 

Saya tahu delivery process tu sakit yang amat. Sebab saya dan Mama pernah alaminya last year. Saya doa untuk Mama, supaya delivery process-nya kali ini dipermudahkan. Moga-moga sakit Mama tak lama. Moga-moga juga segalanya selamat dan sihat. Mama kena kuat. Sebab saya tunggu dia kat rumah. :))

I love Mama so much. I love Ayah too. Tapi setiap malam, kalau tak ada Mama, saya memang tak boleh tidur. Saya kena tidur atas lengan Mama. Saya kena usap pipi Mama sambil hisap susu. Saya kena main gulung-gulung rambut Mama sambil Mama menyanyi zikir untuk saya. Sampailah saya tertidur, Mama akan cium pipi saya, cium dahi dan cium badan saya. Saya selalu dengar Mama cakap macam gini;

"Mama sayang Nashriq. Nashriq jadi anak yang soleh ye? Mama harap, Nashriq akan jadi anak yang hormat orang tua, baik budi bahasa dan lembut tutur kata. Nashriq kena belajar rajin-rajin jadi anak yang bijak dan pintar. Nashriq kena sayang semua orang, sebab semua orang sayang kat Nashriq. Mama sayang Nashriq. Mama sayang Kak Nashrah. Mama sayang baby. Mama sayang semua anak-anak Mama".

Itulah ucapan Mama setiap malam. Without failed. 

Saya tahu harapan Mama pada saya adalah tinggi. Mama selalu cuba berikan yang terbaik untuk saya. Haritu Mama ada cakap dengan saya, yang dia nak try bagi saya EBM balik after selamat deliver baby. Mula-mula Mama nak bagi EBM dalam botol dulu. Pastu, Mama akan pujuk saya direct feed perlahan-lahan. Heee, saya tak tahu saya boleh ke tidak. Sebab dah lama kan saya tak direct feed. Harap-harapnya nanti, bila tengok baby direct feed, saya pon akan ada rasa nak direct feed jugak. Ada chance lah Mama nak buat tandem nursing kan? Mesti Mama happy nanti.


Oklah kawan-kawan. Macam dah panjang pulak saya membebel harini. Mengalahkan Mama pulak kan? Tapi mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan? Semua orang pon cakap mulut saya macam mulut Mama. Ayah kata, saya ramah tak bertempat macam Mama. Kawan-kawan Mama pon kata, esok saya dah besar, boleh masuk perbahasan dan debat macam Mama masa zaman sekolah. Heh.

Oklah. Oklah. Saya stop dulu. Bye! :))



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, November 9, 2011

By Nadia : Kenapa Saya Suka Baca http://myaishah.blogspot.com/?

Saya kini dalam minggu ke-35 kehamilan. Lagi 2 minggu untuk masuk fasa dup dap dup dap. Maksudnya juga, lagi 2 minggu lah tarikh tutup untuk Contest Mudah Saya tamat. Semalam, saya terima penyertaan yang kelima dari Nadia. 

Nadia ini bukanlah orang asing lagi dalam blog saya. Saya pernah kongsikan kisah beliau dalam entry Kongsi Cerita #2 satu masa dulu. Kisah beliau dan anakanda Najla pernah buat saya menangis teresak-esak. Hinggakan saya rasa rapat dan dekat dengan beliau. Err, memang kami dekat pon. Tapi, selalu ada kekangan masa untuk berjumpa. Kan Nadia?  :)

Jom, saya kongsikan email Nadia semalam.

Kenapa saya suka myaishah.blogspot.com
Saya mula kenal dengan blog myaishah.blogspot.com ni lebih kurang seminggu selepas anak saya meninggal dunia. Tak silap saya, waktu tu, orang lain sibuk buat persiapan Aidilfitri, saya pula sibuk meng'google'ing tentang 'Bayi Meninggal Dunia'. Masa tu saya cuba cari kisah dan pengalaman orang lain yang pernah lalui saat kehilangan bayi mereka. Pencarian ini amat penting bagi saya kerana saya sedaya yang boleh cuba mencari sumber kekuatan dari pengalaman hidup orang lain sewaktu saya begitu trauma untuk hadapi pemergian arwah Najla.
Entry pertama saya jumpa dalam blog Aishah ialah Bayi Meninggal Dalam Kandungan.
Entry tu sekadar ceritakan bagaimana kejadian bayi meninggal dunia boleh berlaku sewaktu masih dalam kandungan. Saya mulanya berfikir Aishah sekadar berkongsi tentang keadaan ini di blog Aishah. Bila saya scroll ke bawah dan tengok pada side bar sebelah kanan, saya ternampak Daisypath Bidadari Cinta di Syurga, 9 Oktober 2009 - Nur Anis Nashrah.

Saya tak puas hati. Saya cuba baca dan habiskan kesemua entry yang berlaku sekitar tahun 2009. Dari saat Nashrah berhenti bergerak, Aishah berpantang tanpa Nashrah, pengalaman Aishah untuk hadapi saat-saat untuk keluarkan Nashrah. Saya baca berulang kali. Saya add blog Aishah dalam list bookmark saya. Berhari-hari saya cuba khatamkan blog Aishah. Terlompat sana sini entry yang saya baca. Saya betul-betul nak tahu apa yang berlaku pada Nashrah. Saya ceritakan semua cerita Aishah pada suami saya, Edy, dan beberapa kawan baik saya. Dalam pada tu, tanpa sedar, semangat Aishah seolah ditiup ke dalam diri saya. Walaupun saya tak pernah jumpa dan kenal Aishah, tapi bila baca cerita Aishah, saya rasa Aishah begitu dekat dengan saya. Tapi sebelum tu saya nak minta maaf dengan Aishah kerana sepatutnya saya panggil Aishah sebagai Kak Aishah, kerana Aishah lebih tua setahun dari saya. Tapi dah terbahasakan Aishah dari mula, macam janggal pula nak ubah balik. Minta maaf ye Kak Aishah :)
Alhamdulillah, takdir yang telah menemukan saya dengan blog Aishah telah memperlihatkan saya tentang jalan yang masih terbentang luas di hadapan saya. Dua bulan cuti, saya cuba gunakan sepenuhnya untuk pulihkan emosi saya. Walaupun saya boleh tergelak ketawa saat berjumpa dengan orang lain, tapi jauh di sudut hati saya, hanya Allah sahaja yang tahu. Saya jadikan blog Aishah sebagai rujukan. Dari situ juga, saya dapat kekuatan untuk berkongsi kisah hidup saya dengan Aishah. Percaya atau tak, lepas saya email Aishah tempoh hari, saya semacam beroleh sejuta kekuatan. Apatah lagi bila mendapat sokongan dari rakan-rakan Aishah. Alhamdulillah. Saya cuba merancang kehidupan yang lebih baik. Saya cuba menghiburkan hati seperti mana Aishah pernah berusaha untuk mengubat lara Aishah. Macam Jiwa dan Lara pulak.

Saya juga cuba menghargai nikmat yang masih ada di sekeliling saya. Suami, ahli keluarga, teman rapat, adalah nikmat yang masih ada untuk saya hargai. Terima kasih Aishah. Blog Aishah secara tidak langsung telah memotivasikan saya dengan pelbagai cerita lucu, suka, duka, dan idea-idea yang bernas.

Saya dah pun mula bertugas. Walaupun kita cuma depan mata je, tapi jujur saya akui, saya begitu 'malu-malu kucing' nak jumpa dengan Aishah. Bertentang mata dengan Aishah mungkin boleh menyebabkan saya gugup, tiada sepatah perkataan pun yang mungkin keluar. Erk, tak tahulah ye kenapa perasaan saya semacam ini sekali. Mungkin memang sifat diri saya bila berjumpa pertama kali dengan seseorang, akan menjadikan saya terdiam seribu bahasa dan membatu walhal itu bukanlah diri saya yang sebenar. Heee..
Pernah sekali saya taip mesej untuk dikirim pada Aishah. Kononnya saya nak tanya, kalau-kalau Aishah mengidam ingin makan apa-apa, saya nak tolong cari and hantar ke office Aishah. Tapi, saya cancel dan delete mesej saya itu. Sebab saya terasa macam beria-ia sangat je nak belikan Aishah makanan. Kot-kotlah yang Aishah idam-idamkan tak dapat saya nak tunaikan, lagilah saya malu nanti. Itulah niat murni saya yang kemudian saya batalkan Aishah. Maaf sekali lagi ye Kak Aishah ;))
Berbalik semula pada blog Aishah, saya suka dan setia membaca blog ini kerana himpunan kisah-kisah yang begitu telus dari hati. Dari situ, saya mula membaca blog kawan-kawan Aishah juga. Blog Hannah Johary merangkap kawan baik Aishah, blog mamaelly yang juga pernah kehilangan kembar sulungnya, dan banyak lagi blog rakan-rakan Aishah yang tak mampu saya nak senaraikan di sini. Saya sangat suka cerita-cerita tentang keibubapaan. Kerana saya sangat ingin menjadi seorang ibu kepada anak-anak kami. Doakan saya dapat pengganti seperti Aishah ye. Insya-Allah saya akan cuba untuk menjaga amanah yang diberikan Allah sebaiknya.
Bercerita tentang Nashrah, saya teringat pada surah Alam Nashrah, di mana Allah SWT telah berfirman:
"Kerana sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan." [Alam Nashrah : 5-6]
Ya, inilah janji Allah. Dua kali Allah mengulang ayat ini. Bila terbacakan ayat ini, saya teringat pada Nashrah. Dan saya juga yakin Allah akan menggantikan sesuatu yang baik untuk saya sebagai pengganti Najla nanti. Sebagaimana Allah telah memberi ganti kepada Aishah.

Ok Aishah. Itu sahaja sebab musabab kenapa saya suka blog Aishah. Dah lama nak email tapi belum berkesempatan. Alhamdulillah, terlaksana sudah hari ini.
 Jaga diri Aishah ;)

Thank you so much for joining this contest, Nadia. So sweet of you sampai panggil saya 'Kakak'. Hahahaha. Tak kisahlah berapa jarak umur kita pon, yang penting kita dah jadi kawan kan? Anyway, saya doakan yang terbaik untuk awak dan keluarga. :))

Anda nak join Contest Mudah Saya jugak?



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015