Monday, August 23, 2010

Kisah Susu Ibu.

Setuju dengan Dayu.

Kenapa tak ada iklan secara besar-besaran tentang kebaikan Susu Ibu? Kenapa kat TV asyik iklan pasal susu formula yang kononnya sangat bagus menjadikan anak bijak pandai masuk Universiti? Kenapa kat akhbar jarang sekali menceritakan tentang betapa Susu Ibu itu bagus dan sangat baik? Kenapa kat negara kita ni, tidak diwujudkan rancangan khas tentang faedah serta perjalanan ibu-ibu yang breastfeeding anak-anak mereka? Kenapa ek?

Aku mula belajar dan cedok mencedok ilmu breastfeeding dari internet. Beli buku panduan breastfeeding pon dari internet. Beli breastpump dan segala macam gadget breastfeeding pon dari internet. Komunikasi soal jawab pasal breastfeeding pon melalui internet. Kenal 2-3 orang Peer Counselor Breastfeeding pon, dari internet.

Nasib baik ada internet. Terima kasih susuibu.com.

Aku rasa macam susah nak terangkan kat sesetengah orang pasal niat aku nak fully breastfeed. Susah. Sebab minda masyarakat kita dah dijajah oleh susu formula. Aku rasa geram bila aku tak mampu nak betah atau debat balik. Sebab sifat aku bukan itu. Aku tak suka nak terangkan panjang lebar. Aku bukan lokek ilmu, tau. Bukan.

Cuba korang bayangkan. Bila 10 orang depan korang, sogok korang suruh kasi anak korang minum susu formula terbaik abad ini. Kau pulak terkontang kanting tergagap gagap nak bukak kisah kebaikan susu ibu, kau rasa macam mana?

Aku rasa macam loser, tahu?

Sekurang-kurangnya, doakanlah niat aku UNTUK MEMBERIKAN HAK ANAK AKU, berjalan lancar dan berjaya. Aku tau benda ni bukanlah mudah. Benda ni payah. Tapi tolonglah doakan yang terbaik.

P/S : Teringin nak buat entry tentang kebaikan Susu Ibu. Tapi, nantilah. Kena cedok ilmu dalam-dalam dan banyak-banyak dulu. Insya-Allah.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

12 comments:

  1. jadi macam one of my friend Aishah.. bila husband dia tanya dia apa kebaikan susu ibu, compared to susu formula yang orang dah buat kajian macam2, dia jawab apa tau..

    "susu ibu ALLAH yang cipta. so, fikir sndiri lah"

    best kan. terus hubby dia terdiam.
    hehehe.

    ReplyDelete
  2. kan..kan
    kekurangan maklumat ekpada org keliling buat derang susah nak paham niat murni kita
    masyarakat kita tak di'expose ttg benda semulajdi yg terbukti keberkesanan ni
    susah derang ank tukar mentaliti nak terima susu badan.
    tapi alhamdullilah, bf sudah semakin diterima dan dipraktikkan
    semakinmeluas..tu pun dh syukur kan

    ReplyDelete
  3. ckp je camni, saya org miskin, tak mampu nak beli susu yang mahal2 tu..(fashya ckp camni je kalo org nak argue2)..senang, lagipun saya ade susu yang paling baik dalam dunia, soh diorg dgr iklan susu hi goat yang maria tunku sabri tu, dia ckp ape????


    "susu kambing adalah yang ke2 terbaik selepas susu ibu"...haaa..
    tu kan dah ade bukti tu...

    ReplyDelete
  4. Semoga niat Aishah dipermudahkan Insya-Allah.

    ReplyDelete
  5. haha...kelakar komen fashya...btol2...maksudnya susu ibu adalah yg PERTAMA.... sama la mcm sy gak aishah... org sekeliling asik nk sogokkan sy dgn fm...since pas bersalin lg...mcm nk meroyan je rasa...huhu..sabar ye aishah...truskan perjuangan...slagi b4 bersalin neh cari2 la info pasai bf byk2 tau... all the best!

    ReplyDelete
  6. hehe..susu kambing?..hehe tak kisahla susu kambing ke susu lembu ke..susu unta ker.. yang pasti susu ibu number ONE>..... chaiyok2

    ReplyDelete
  7. Selain tak tau kebaikan susu ibu, masih ramai juga yg tak tau kebaikan exclusive breastfeeding. Meaning baby tak perlu diberi air atau makanan lain sehingga umur 6 bulan. Sbg ibu baru rasa x sedap pula nak argue dgn 'experienced moms' esp org tua yg berbeza pendapat

    ReplyDelete
  8. betul tu..tiap kali tgk iklan kat tv psl susu tiruan mst fikir nape tak dek iklan utk susu ibu..even ibu yg bg anak die susu ibu pn time berlakon iklan susu tiruan..sedih..huhu..

    p/s:teringat pak mertua maria ckp.."aqil suka susu ciptaan ALLAH.."..gud luck aishah..maria doakan..

    ReplyDelete
  9. Aneen : Jawapan yang best! Kena praktikkan lepas ni. :)

    Dayu : Tapi, meluas sekadar di alam maya. Sedih tengokkan. Haih.

    Fashya : Ha'ah, kalau tengok iklan tu, macam bersemangat sangat. Dah terang-terang dia cakap susu ibu adalah yang terbaik kan?

    Ann : Terima kasih. Hee. :)

    Faizah : Itulah masalah sekarang ni. Baby belum keluar, orag keliling dah sibuk nak cerita pasal susu formula terbaik. Geram je dengar.

    Kak Cery : Betul tu! :)

    Nadym : Ha'ah. Susah kita nak argue kan? Kalau cakap banyak kang, macam bergaduh pulak. Sabar ajelah nampaknya. :(

    Maria : Ha'ah lah kan. Aqil suka susu ciptaan Allah. Yang original. Tak payah bancuh-bancuh. bagus Aqil, bagus.

    ReplyDelete
  10. VIPQIUQIU99.COM AGEN JUDI DOMINO ONLINE TERPERCAYA DI INDONESIA

    Kami VIPQIUQIU99 AGEN JUDI DOMINO ONLINE TERPERCAYA DI INDONESIA mengadakan SEO Kontes atau Kontes SEO yang akan di mulai pada tanggal 20 Januari 2017 - 20 Mei 2017, dengan Total Hadiah Rp. 35.000.000,- Ikuti dan Daftarkan diri Anda untuk memenangkan dan ikut menguji kemampuan SEO Anda. Siapkan website terbaik Anda untuk mengikuti kontes ini. Buktikan bahwa Anda adalah Ahli SEO disini. Saat yang tepat untuk mengetest kemampuan SEOAnda dengan tidak sia-sia, hadiah kontes ini adalah Rp 35.000.000,-

    Tunggu apa lagi?
    Kontes SEO ini akan menggunaka kata kunci (Keyword) VIPQIUQIU99.COM AGEN JUDI DOMINO ONLINE TERPERCAYA DI INDONESIA Jika Anda cukup percaya akan kemampuan SEO Anda, silahkan daftarkan web terbaik Anda SEKARANG JUGA! Dan menangkan hadiah pertama Rp. 10.000.000. Keputusan untuk Pemenang Akan di tentukan dengan aturan kontes SEO yang dapat dilihat di halaman ini.

    Tunggu apa lagi? Ikuti kontes ini sekarang juga!

    CONTACT US
    - Phone : 85570931456
    - PIN BB : 2B48B175
    - SKYPE : VIPQIUQIU99
    - FACEBOOK: VIPQIUQIU99

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015