Tuesday, July 13, 2010

Sebelum Minggu Ke-36.

Oleh kerana agak malas nak buat entry panjang lebar, maka kita mulakan hari yang indah tengahari ini dengan gambar-gambar barangan yang harus dibeli sebelum menjejakkan badan ke minggu ke-36.

Masuk aje minggu ke-36, tolong duduk diam-diam dalam rumah. Jangan berangan nak berjalan atau shopping mopping lagi. Tarik nafas dan hembus. Fuh.


Nursing Cover.
Boleh beli online kat MyPermataHati.


Nursing Bra.
Pon boleh beli online kat MyPermataHati.


Breast Pads.
Yang ini beli kat supermarket pon boleh.
Credit gambar : Google



Nipple Cream.
Yang ini cari kat Watson berlambak-lambak.
Credit gambar : Google




Thermometer.
Yang ini kena cari kat Pharmacy kot.
Credit gambar : Google




Set Selepas Bersalin Air Mancur.
Murah dan tidak ralat kalau tak makan. :p
Credit gambar : Google



Tungku Moden.
Including Mandian Aura + Beg Simpanan Khas + Tungku Bayi = RM120
Boleh beli by set kat MySetBersalin.




Bengkung Zig Zag.
Yang ini tak payah beli pon takpe.
Tapi hati macam gatal nak beli. :p
RM55 kat MySetBersalin.



Orait. Tinggal ini aje. Selepas dah sedia semua ni, kita boleh;

SLEEP dengan LENA. :p



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

7 comments:

  1. ishh..blh kate cam tinggal tggu hari jelah nie yek..seronotnyer =)

    take care ye Aishah. moga Allah permudah masa bersalin nnti. amin.

    ReplyDelete
  2. Dear Aishah,
    Sleep well ok. kena rest banyak2 sebelum smpai ke hari pertarungan itu. :)

    Nway, semoga semuanya selamat, Insya-Allah.

    ReplyDelete
  3. aishah alin berkenan lar ngan thermometer tuu..very praktikal..senang digunakan utk anak alin yg semakin lasak..

    tp ada ke stok kt mesia nie..tp dimana yer..?

    ReplyDelete
  4. wah..slamat semu aye aishah

    ReplyDelete
  5. askum.

    saje nak share pasal thermometer tu.

    thermometer tu kene letak kat kepala je ker?

    kalo iyer..saye rase macam tak berape bagus la. sebab? macam baby saye..kepala dia memang panas. tapi dia bukan demam. so kalo amik temparature dia kat kepala soheh soheh angkanya menandakan dia demam. so kene check kat ketiak dia. baru valid nak tau dia demam ke tak. doktor pun banyak guna thermometer yang check kt telinga or ketiak.perasan tak?.at least mmg klinik yang pakar kanak kanak la.

    so saye nak suggest beli thermometer yang leh check kat ketiak, mulut ke, telinga ke berbanding yang check kat kepala je.kalau kalau kepala bakal anak aishah tu pun nnt same type macam kepala baby saya...dah rugi beli thermometer yang just leh check kat kepala je. kan? :)

    tq

    ReplyDelete
  6. Set bersalin air mancur tu boleh dapat kat mana? Selalu dok tengok kat area Alor Setar & Jitra ni, set bersalin yang mahal dalam RM200 ke atas. Set bersalin yg Aishah sebut tu tak pernah lagi jumpanya. Kat kedai jual ubat cina tu agak2 ada tak? Dah 37 minggu tapi boleh rileks lagi. Poyo kan?

    ReplyDelete
  7. Shareena : Thanks Shareena. Doakan saya ye? :)

    Abu Alia Kaiyisah : Yelah. Saya memang nak rehat banyak-banyak. Letih sangat dah badan saya sekarang ni. Hehehehehe.

    Alynnz : Hahaha. Aishah google je tu Alynnz. Main amik je gambar budak dengan termometer tu. :p

    @yue : Thanks ayue. :)

    Murnie : Atas nasihat awak kan, saya dah beli termometer yang boleh check kat ketiak. Thanks Murnie! :)

    E-in : Set Bersalin Air Mancur ni harga dia Aishah beli cuma RM69 aje tau. Kalau kat Mydin harga dia cuma RM40. Aishah tak pasti pulak kat kedai ubat cina ada ke tak. Tapi kebanyakkannya kat kedai jamu.

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015