Wednesday, June 23, 2010

Jangan Suka Menyumpah Anak.

Entry ni aku buat untuk mengingatkan diri aku sendiri. Mungkin juga boleh diguna pakai dan ditokok tambah oleh korang-korang semua. Bukannya apa, kita ni kadang-kadang terlancang mulut. Tapi, hati tak sampai.

*******************************************
Situasi 1

Seorang kawan lama datang ke rumah. Sementara menunggu aku bersiap, kawan aku ni dok berborak lah dengan Emak. Telinga aku dapatlah tangkap butir bicara mereka.

Emak Aku :
Lasak anak awak ni *polan. Bagus. Budak cerdik ni.

Kawan Aku :
Hehehehe. Memaaaang Mak Zah. Anak kita ni gangster. Semua budak takut nak main dengan dia. Geram kita dibuatnya. Hehehehe.

Emak Aku :
Jangan cakap gangster. Tak baik. Doa ibu tu.

Kawan Aku :
Betul Mak Zah. Dia ni macam gangster. Hehehe.

*******************************************

Situasi 2

Rumah kami ni, rumah flat. Jadi, kalau jiran sebelah kena pukul bantai atau gaduh laki bini ke hape, confirm orang sebelah boleh dengar punya. Ini bukan nak busy body tau.

Jiran Sebelah :
Kau pergi main kat padang eh?? Tak reti balik eh?? Maghrib baru nak cari rumah!! Haaa?? Apasal kau ni jahat sangat ha?? Degil nak mampus!!! Celaka betul!! Mati lah kau hari ni aku buat eh?? Mampus kau aku kerjakan!!!
*Sambil membantai anaknya yang berusia 7 tahun*

*******************************************

Emak selalu pesan kat aku;

Jangan suka menyumpah anak. Jangan suka maki anak. Jangan cakap benda yang tidak elok depan anak. Tiap percakapan dan panggilan ibu tu satu doa. Buruk yang kita gelar, buruk lah jadinya.

Sebab tu aku jadi culture shock sikit bila pergi mana-mana. Lagi-lagi time sekolah dulu. Memang meremang lah bulu roma aku bila kawan-kawan dengan selamba menggunakan perkataan-perkataan 'suci' seperti;

"Aku punya pen lah, bodoh".

"Mana pemadam aku, sial?".

"Peh, muka dia tak nak macam puk*m*k pulak kan...?".

"Babi lah kau ni".

Aku memang pantang okeh. Memang pantang.

Eh, berbalik kepada kisah menyumpah anak tadi.

Bukan kita tak boleh langsung mengajar anak. Boleh. Ajarlah. Tu kan anak kau. Tanggungjawab kau. Tapi gunalah perkataan yang semenggah sikit. Tak payah maki-maki dan menyumpah seranah. Tiap butir bicara yang keluar dari mulut ibu bapa ni, anak akan ingat. Dia rekod dalam kepala.

"Bapak aku boleh cakap babi. Kenapa aku tak boleh?".

Lagi satu, kau nak pukul anak kau, pukul lah. Tapi jangan keluarkan perkataan mati, mampus dan seangkatan dengannya. Esok-esok, kalau anak kau tu betul-betul mati, menangis air mata darah pon dah tak guna. Kan?

Lagi satu. Lagi satu. Perkataan celaka.

Mulut aku pernah kena tepuk dengan Emak masa anak sedara aku terpecahkan gelas. Masa tu, perkataan celaka automatik keluar dari mulut aku. Emak aku punya hangin tak usah cakap lah. Merah-merah mata Emak menerangkan pada aku;

"Awak cakap celaka. Awak tau apa maksud dia? Awak nak ke hidup anak sedara awak jadi celaka? Haa? Bercakap guna otak. Jangan pakai hati aje. Asyik sebut celaka. Nanti betul-betul kehidupan jadi celaka. Faham?"

Kalau boleh, perkataan bodoh pon cuba elakkan. Kalau kita asyik panggil dan sebut anak kita bodoh aje, bila masa anak kita tu nak pandai?

Tak gitu Cik Senah? :p

19 comments:

  1. setuju!

    yg jiran awak yg pukul anak tu, eih aishah, call teledera la. sian budak tu kena bantai. huhuhu.

    mmg ramai kan sekarang suka maki anak2 mereka. contoh jiran saya, dia bahasakan diri aku kau dengan anak2, which saya rasa sangat lah pelik. huhu. panggil anak perempuan, betina. haih. dunia2....~

    ReplyDelete
  2. 200% btol ape ckp kak chik tu...
    parents2 skang nih ckp ngan ank2 pon da pki aq ngkaw dah...padahal ank tu bru la 7 thn..nti ank2 tu dok bckp ngan adik2 ngan kwn2 pon pki bhse aq ngkaw...
    kdg2 makbapak ni yg dok ngajo ank2 dorg mncarot snang kate...
    tu psl bdk2 skng ni ter'lebih' baik btol...

    ReplyDelete
  3. humm..mintak jauhkan dr tu semua amin..

    ReplyDelete
  4. Agreed 110%!!

    Kite dh tegur hubby yg suke ckp ' budak butak nie' kt Kudik. Asek ckp butak..butak. Patotlah rambot x tumbuh2 byk. Kite soh hubby tukar ckp ' budak bijak nie....' Barulah makin hari makin bijak hohoh ^_^

    ReplyDelete
  5. sangat betul!

    saya dan suami sgt berhati2 gunakan perkataan bila tgh marah,bercakap atau bergurau.tp adakalanya ia menuntut lebih budi bicara kita bila org luar/saudara mara terdekat pula yg guna perkataan tak elok dlm perbualan mereka.apa2 pon,kita yg membentuk anak,insyaAllah baik kita buat baiklah jadinya.

    ReplyDelete
  6. betul tu!

    saya yakin,kebanyakkan ibubapa muda skrg dh mula sedar ttg perkara ini.insyaAllah,baik yg kita pinta dan doa,baiklah jadinya.yg penting sikap kita x jemu utk berusahan membimbing anak2

    ReplyDelete
  7. eh td, igtkan komen pertama x valid.sekali buat komen kedua baru nampak yg pertama td..hahahaha,nk tergelak kt diri sendiri nih..*malewwww* :D

    ReplyDelete
  8. butui!! setiap yg kluar dari mulut parents tu doa.. mulut alya nie amat celupar, sejak2 ada anak nie, mmg abih control.. risau terkeluar apa2 x bagus.. sedey taaaauuuu..

    ReplyDelete
  9. sesama mengingatkan
    kita ni kadang2 susah nak kalau perasaan, mulut ni laju je nak kuar benda2 tak elok
    mmg tak senang nak jadik mak pak
    kena banyak belajar, kena bersabar

    ReplyDelete
  10. betol..

    Islam kan ada caranya...
    bila marah, bila terkejut, bila tersaspen...

    apa guna..
    Astagfirullah..
    Allahuakbar...
    Lailahaillah..
    dll lg...

    klu tak kita sendri amalkan ...kannnnnn..

    ReplyDelete
  11. saya pun selalu sentap dengar budak2 kecik keluarkan perkataan2 'suci' tu.

    tak seswaiii, oke.

    ReplyDelete
  12. Aneen : Dia sayang anak dia Aneen. Cuma bila sampai time anak dia buat perangai, dia kasi bantai kow-kow punya. Hahahaha. Tapi tak patutlah kan?

    Ame : Betul! Budak sekarang dah kurang adap sopan. Kak Chik yang kerja kat sekolah ni puas dah berdepan dengan budak 'terlebih ajar'. Bahasa masing-masing elok bebeno.

    Nano : Betul Na. Moga dijauhkan dari kita semua.

    Sharena : Hahahaha. Saya dulu selalu panggil anak sedara saya BUDAK GEMUK. Sampai sekarang badan dia tak turun-turun. Bila kawan-kawan dia ejek-ejek dia, saya pulak yang kesian.

    Kimmy : Saya setuju komen awak yang pertama tu. Masalah sekarang ialah saudara mara atau orang terdekat yang lain. Macam mana eh kita nak tegur? Tegur kang kecik hati pulak.

    Alya : Selagi kita boleh control, kita cubalah control kan?

    Dayu : Betul Dayu. Macam saya cakap, mulut ni kadang-kadang lancang aje keluar ayat. Tapi hati kita tak sampai pon kan? Masih kena belajar lagi ni Dayu.

    @yue : Betul. Saya setuju dengan awak. Yang penting, balik semula ke landasan Islam.

    Xeea : Hahaha. Budak-budak kecik skang, 6-7 tahun pon dah gunakan ayat-ayat 'suci' macam gitu. Seram kan?

    ReplyDelete
  13. uish dasatnyer blh plk main2 sebut ank gangster..takut jugak dgr..tp btul la..org skrng ni perkataan2 mcm tu sedap jer main di bibir..kdng2 heran jugak..mcm mane la blh terbit kt fikiran nk cakap bhsa mcm tu..pernah bc, utk didik anak, sebut perkataan nakal pun xblh..spttnya kalo xnk sakit hati ngn perangai anak, jgn la dimaki..kalo dimaki tu yg perangai jadi lagu tu..cuba sebut perkataan baik2,puji2an ker ank pun akan terharu dan jadik baik..parenting skills kene ada kan..kita kene bnyk belajar..

    ReplyDelete
  14. Yana : Saya setuju dengan awak. Parenting skills memang penting. Kadang-kadang kita marah, tak boleh nak sabar. Kena banyak belajar lagi lah nampaknya kan?

    ReplyDelete
  15. hurm..peringatan utk alin juga..sedang anak alin yg semakin mmbesar menuntut kesabaran yg sgt2..risau klau terlepas cakap jew..mohon dijauh kan..

    ReplyDelete
  16. Alynnz : Mohon dijauhkan dari kita semua. Amin. :)

    ReplyDelete
  17. baru je kena sumpah dgn mak "muka mcm setan... babi.. iblis".....

    agak2 lepas ni.... mesti doa tu makbul kan....? :-(

    ReplyDelete
  18. SLAMAT BERKENALAN...SAYE NK SHARE YER CITER NIH,,,BEST SGT...TQ

    ReplyDelete
  19. baru lps kena sumpah..mak cakap "bodoh" nk lgi best lgi mak ckp "jgn pnggil aq mak dah pasni" pasalnya saya x nk bgi kawan opis mak pinjam buku.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Designed by UMIESUEstudio 2014 : AISHAH RAHIM