Tuesday, March 16, 2010

Stretch Mark.

Pertama sekali, aku nak ucapkan ribuan terima kasih atas tiap ucapan dan doa kalian pada entry yang sebelum ini. Demi Tuhan, ianya mengambil masa yang lama untuk aku buat keputusan sama ada untuk berkongsi atau menyimpan sahaja berita gembira itu. :)

To be honest, aku dan Wahid masih terasa saki baki trauma atas apa yang berlaku 5 bulan lepas. Untuk kandungan kali ini, kami cuba bersikap tidak terlalu excited. Perasaan takut terlalu tebal dalam hati. Walaubagaimanapun, doa tetap dipanjat agar perkara yang sama tidak berulang. Cukuplah sekali itu. Insya-Allah.

Kalau ditanya soal pengalaman kali kedua ini, aku boleh katakan ianya terlalu jauh berbeza dengan yang pertama. Semasa Nashrah, aku kalah dengan morning sickness dan sering muntah yang maha teruk. Tapi untuk yang ini, tiada muntah dan tiada alahan. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya.

Ada satu benda yang ingin aku kongsikan. Aku tak tahu sama ada semua ibu mengandung melaluinya atau tidak. Tapi untuk aku, ini pengalaman pertama.

STRETCH MARK.

Sewaktu pregnancy yang pertama, aku tak pernah ada masalah stretch mark. Waktu tu, aku cuma gunakan baby oil yang biasa. Memang langsung tak ada rekahan atau regangan. Tak tahulah sebab baby oil tu memang bagus, atau sebab regangan kulit yang tidak teruk.
Tapi, kalau diingat balik, memang ramai yang kata aku lebih kurus sewaktu mengandung dulu. Kalah masa zaman anak dara. Maksudnya, memang tiada regangan pada kulit perut? Wallahualam.

Selepas bersalinkan Nashrah, berat badan aku naik mendadak. Gila punya mendadak. Masa ni, aku memang malas dah nak amik port pasal kulit muka ke, kulit badan ke, kulit kaki ke, dan semua jenis kulit kat badan ni pon. Emotional lah kononnya. ;p

Bila sahaja aku disahkan mengandung kali kedua, aku pon menyambunglah rutin menyapu baby oil pada perut. Tapi masa ni memang dah lewat habis dah. Perut aku dah teruk dengan stretch mark. Dah macam kulit tembikai pon ada. Siap ada garis-garis lagi. Huhuhuhu.

Aku cuba buat bodoh. Malas nak pikir-pikir. Tapi makin hari, bukan sahaja garis halus makin ketara, ianya siap pakej gatal dan mengeyam yang tak boleh handle. Huh, bab mengeyam tu yang tak boleh tahan woo. Rasa macam nak amik pisau, pastu garu-garu kat perut. Cuba korang bayangkan, macam mana dia punya gatal.

Sampai satu tahap, Wahid pon tak tahan dengar aku merengek menangis sambil garu-garu perut. Memang buruk. Macam beruk.

Kami pon menyinggah ke D'Apotic Pharmacy kat Bandar Baru Uda. Masuk-masuk dalam kedai, terus tanya ada lotion atau minyak untuk stretch mark ke tidak. Memang nampak sangat dah tahap desperate. Dah tak pikir apa dah.

Pilih punya pilih, baca punya baca, kami pon pilih yang ini;


Setelah memakai Pureen Stretch Mark Lotion ini selama kurang 1 bulan, hasilnya memang menakjubkan. Gatal-gatal dan mengeyam memang hilang secara tiba-tiba. Dan part yang paling best, bila stretch mark pon sudah hampir hilang. :)

I was sooooo happy kerana garis tembikai sudah tiada. ;p

Tips of the day : Jangan stop pakai stretch mark lotion atau baby oil selepas bersalin. Kerana stretch mark bukan sahaja berlaku apabila perut membesar / gemuk, tetapi juga apabila perut mengendur / mengecut.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

20 comments:

  1. tq aisha..
    mmg betul..
    sy guna bio oil sblm & slps..:D

    ReplyDelete
  2. eh aisha..mun pown pk krim pureen tue..memang ok tau...ingt nak smbung pk lepas bersalin jugak.....

    ReplyDelete
  3. @yue : Saya kan, masa mula-mula nak pakai bio oil. Tapi sebab dia berminyak dan perut saya gatal sangat, saya batalkan. Pilihlah yang lotion-lotion aje. Hehehehe.

    mun : Betul Mun, jangan stop pakai tau. Nanti stretch mark ada balik.

    ReplyDelete
  4. wah!! aishah..ni lah entri yang paling menggembirakan saya buat masa ni....harus beli segera lotion ni sebelum terlambat...huhu

    ReplyDelete
  5. Fashya : Hehehe. Geram eh tengok stretch mark bermaharajalela. Geram!!

    ReplyDelete
  6. hai.salam kenal.wah aisha n fashya wat entry stretch mark pd hari yg sama..lotion stretch mark pureen tu saya pakai masa 1st pregnant,anak 2nd pki bio-oil pulak sbb terpengaruh iklan.betul sokong jgn berenti pki lotion ni

    ReplyDelete
  7. saya tak sapu apa2 pun pada perut sebab mcm yakin je takde stretch mark. sehingga ke 8 bulan ni, Alhamdulillah belum ada lg. Tapi risau jugak bila Aishah kata lepas bersalin pun bleh ada stretch mark. er... tak terlambat ke kalo nak sapu skrg??

    ReplyDelete
  8. abes kak, reen x gune pape pon lg..
    x tlambat ke? hehe

    ReplyDelete
  9. Mrs Adam : Saya pon mula-mula nak beli Bio Oil. Tapi tak jadi. Hehe.

    Nad : Samalah macam saya dulu. Saya pakai baby oil, kejap sapu, kejap tidak. Sebab memang takde regangan pon. Tapi, lepas aje bersalin, dia macam mengecut kan. Itu yang timbul stretch mark. Tak apa, pakai lepas bersalin pon ok. :)

    Reen : Kalau takde masalah, tak usah risau. Hehe.

    ReplyDelete
  10. aisha alin pun guna lotion brand pureen 2 time pregnantkn danish..mahal skit tp brbaloi..insyaallah kami rkn blogger mendoakn yg trbaik.ameen..

    ReplyDelete
  11. alhamdulilah time nurul pregnant tak ada masalah ini. ada sesetgh ibu mengandung siap gatal2 kat perut kan? tp nurul tak gatal kat perut tp gatal kat tapak kaki. pelik kan?

    bila raina dah kuar perut nie di jadi suka berjalan-jalan. itu agaknya time pregnant gatal tapak kaki tu kot :)

    ReplyDelete
  12. Alynnz : Lotion tu memang berbaloi Alynnz. Rasa macam nak beli banyak buat stok. Tapi harga dia, BOLEH PENGSAN! ;p

    Nurul : Lucky you tak ada masalah stretch mark. Aishah punya gatal-gatal sampai depan orang pon tergaru-garu. Naik malu dibuatnya.

    ReplyDelete
  13. ooo yeke aisyah, saya pun, start2 pregnant, terus kecut perut bile bace2 bab ni. terus dptkan bio-oil,tp terlompat2 jgk nak sapu hehe.

    ReplyDelete
  14. maria pakai gak krim/minyak utk elak stretch mark ni..tp da jugakk..huhu..sedih2..skrg pn masih berbekas lg..tak mau hilang..sedih tul..

    ReplyDelete
  15. aisyah.. leh sign sekali jer petition tu.. tp klu nak sign kn utk hubby, mak, ayah, abg, kakak boleh gak kot.. hehe. yg penting tau ic and minta kebenaran..

    ReplyDelete
  16. Hanie : Saya kalau menyapu lotion atau minyak, mahu makan 10 minit. Belek macam-macam. Sampai suami pon geleng kepala aje.

    Maria : Itulah, kalau ikut apa yang Aishah baca kat blog Fashya, stretch mark memang tak akan hilang. Takut kan?

    Suraya : Idea yang baik! ;p

    ReplyDelete
  17. saya amalkan pakai baby oil dr anak pertama dan ke2 mmg mnjadi

    ReplyDelete
  18. Shikin : Senang awak. Pakai baby oil pon bagus juga kan?

    ReplyDelete
  19. Untuk hilangkan Stretch Mark dengan Berkesan, boleh gunakan produk L'Arome, hanya sapukan di tempat berkenaan, insyaAllah akan hilang dalam masa 1 bulan , lawati Facebook Agent L'Arome di bawah:

    http://www.facebook.com/LaromeKulitCantikBadanKurus

    ReplyDelete
  20. It is reasonable to imagine though that in severe cases, a good product can only effectively diminish the appearance of stretch marks. dermelastic serum

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015