Monday, December 20, 2010

Transformasi Nashriq.

Wahid, 25 tahun yang lepas.



Nashriq, usia 1 hari.



Aku, 25 tahun yang lepas.



Nashriq, semalam. Usia 3 bulan 24 hari.

P/S : Nashriq telah selamat dibotakkan.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, December 15, 2010

Contest Si Manjaku Comel.

Oleh kerana blog list dah tercampak entah ke mana-mana, makanya dah lama lah tidak menjejakkan keyboard ke blog Faizah. Blog Juelee pon hilang dari pandangan mata. Dari sehari ke sehari nak gali balik blog list kawan-kawan, tapi tak terbuat. Nasiblah Faizah message kat chat box, dapatlah catch up balik perkembangan terkini beliau. :)

Oh ya, Faizah telah men-tag aku untuk join Contest Si Manjaku Comel anjuran Juelee. Terima kasih Faizah. Terharu kita sampai pening nak pilih gambar Nashriq yang manaaa. Hahahaha. Siap SMS adik ipar tau suruh send gambar Nashriq. Over aku ni. Overrrr. :p

Orait. Move on dengan syarat-syarat penyertaan.

1) Jadi follower blog Masyimalo Heart.
*CHECKED!*

2) Anda mempunyai blog sendiri.

*CHECKED!*

3) Buat satu entry berkenaan contest si manjaku comel dan sertakan gamba Si Comel anda yang paling comel.

*CHECKED!*

4) Tampalkan banner pada sidebar dan entry.
*CHECKED!*

Inilah Ar-Rayyan. Buah hati Juelee.
*Banner Contest Si Manjaku Comel.*


5) Last sekali tinggalkan link entry korang kat comment entry ni.
*CHECKED!*

6) Yang boleh join baby dari baru lahir hingga 6 tahun.
*CHECKED!*

7) Tag rakan anda 5 orang.

*CHECKED!*

Hannah + Myiesha
Haniem + Hadeef
Reen + Fahrin
Jehan + Nia
Yanti + Zahirah

8) Juri adalah hubby Juelee dan ibu Juelee.
*CHECKED!*

Orait. Akhir sekali, aku pertaruhkan gambar comel comot ini.

Maaflah mood saya terbabas sikit.
Tak sihatlah 2-3 hari ni. :((


Orait, gambar berkenaan adalah panas dari kamera (hot from oven??). Maksu Nashriq yang MMS-kan gambar Nashriq kat sekolah. Mood adalah kurang baik kerana kesihatan yang sedikit terjejas. Tapi tetap comel kan? Wowowowowowo. Kedengaran seperti naik lif kemudian tekan tingkat 18, bukan? :p

Happy contest, guys!!



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, December 14, 2010

Cabaran Penyusuan Ibu Bekerjaya.

Sampai office pagi tadi, terus membelek akhbar Sinar Harian hari Ahad punya. Punyalah dah 2-3 hari surat khabar ni ada atas meja, tapi tak ada hati nak belek. Pagi ni pulak datang sinar menarik-narik suruh baca. Not bad. Banyak informasi menarik.

Selak punya selak, terjumpa artikel pasal Cabaran Penyusuan Ibu Bekerjaya. Dah try carik balik dalam arkib kat laman web rasmi akhbar berkenaan. Tapi arkib mereka tak berfungsi pulak. Dengan semangatnya, aku pon lipat cantik-cantik dan scan untuk di-upload. Buat perkongsian ilmu bersama.

Muka depan.
Suddenly, I miss Nashriq so muchhhh!!
(klik image untuk paparan yang BESARRR PUNYAAA.)



Second page.
(klik image untuk paparan yang BESARRR PUNYAAA.)


Third page.
(klik image untuk paparan yang BESARRR PUNYAAA.)

Moga yang mendatang akan lebih baik dari hari ini. Amin. :))

Update pasal kucing : Semalam dah ready nak bawak balik. Standby kotak kucing duduk sebelah. Wahid sampai-sampai tengok pon gerammmm. Tapi kami tak jadi amik sebab fikir nanti emak kucing carik anak dia, kesiannn. Dah cakap dalam hati, kalau esok (hari ni) kucing ni masih ada lagi dalam kotak, memang aku angkut bawak balik rumah. Tapi pagi tadi, kucing tu dah takde dalam kotak. Mungkin emak dia bawak balik rumah kottt. Takpelah, jangan pisahkan kasih sayang ibu dan anak. Kesiannn. :))

Gambar terakhir yang sempat diambil.
Comel kan? :))




Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, December 13, 2010

Tragedi Kucing Di Petang Hari.

Aku ni bukanlah peminat kucing yang tegar. Aku tak pernah bela kucing pon. Tak pernah amik tahu macam mana nak jaga kucing. Nak bagi makan apa? Penjagaan macam mana? Masa kecik dulu, adalah teman Arwah Abah kasik kucing terbiar makan. Gaul2 nasi dengan ikan, pastu tunggu kucing tu makan sambil bual2. Arwah Abah kata, kucing ni binatang kesayangan Nabi. :)

Tadi, masa kami tengah makan2 dalam pantry, terdengar bunyi kucing miow miow. Sayu je suara diaaa. Cari punya cari, rupanya ada 2 ekor anak kucing telah terperangkap kat celah robok (almari). Agaknya, lepas beranakkan mereka, emak dia tinggal kat celah situ. Kesian sangat dengar suara kucing tu miow miow. Aku pon kerah abang sepejabat untuk alih robok dan capai anak kucing tu. Kesian woooo. Dia lapar agaknya sebab tu dia miow miow.

Bila dah ditarik keluar, aku dengan seorang lagi rakan sepejabat mandikan kucing2 berkenaan. Dah comot sangat aku tengok. Heeeee. Comel weh rasa nak geget! Lepas je mandi, aku bancuh susu F&N untuk kasik kucing ni minum.

Apa sebenarnya makanan dan minuman kucing eh?

Lepas tu, kami letak dalam kotak dan tunggu sampai emak kucing tu datang. Bila dah datang, dia gonggong sekor aje. Yang lagi sekor dibiarkan dalam kotak sampailah sekarang ini.

Apa patut aku buat sekarang eh? Bawak balik kucing ni dan bela? Atau biarkan kotak ni tunggu sampai emak kucing datang amik anak dia?

Aku ada tanya Wahid kot2 kami boleh bela anak kucing ni? Mula2 dia tak setuju sebab Nashriq baby lagi dan takut alahan semua. Tapi entah macam he changed his mind cakap boleh bawak balik. Now, aku tengah tunggu Wahid amik sambil kotak kucing di sebelah ini.

Haih. Still considering. Patut bawa balik atau tidak?


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, December 9, 2010

Jalan-Jalan Nashriq.

This is our first time bawak Nashriq jalan-jalan keliling shopping complex. Sebelum ni cuma jalan-jalan pergi klinik balik klinik. Pergi rumah nenek balik rumah nenek. Pergi sekolah balik sekolah. Pergi Maslee balik Maslee. Err, Maslee adalah sebuah pasaraya kecil yang tidak kurang hebatnya okeh. Macam-macam adaaaa. :p

Lagipon, stroller yang di-turun-temurun-kan belum pernah dicuba. Tersadai aje kat tepi sofa. Daripada jadi tempat pembiakan lipas secara berleluasa, lebih baiklah kita mengaktifkan penggunaan secara maksima.

Kami pilih Jaya Jusco Tebrau sebagai tempat testing stroller. (???)

Sebelum keluar rumah, mari testing duduk stroller.
Kalau mengamuk takmo duduk kang, naya Mama & A
yah.



Orait. Nampak macam happy aje.
Bagus. Mama dan Ayah boleh jalan-jalan tanpa dukung.
Pemalas betul Mama dan Ayah awak kan Nashriq. :p



Ayah sibuk pilih tirai. Nashriq pon sibuk cakap-cakap.
Bila Mama ambil gambar, terus posing.
Anak... Anak... :))




Fine. Muka dah boring.
"Boleh kita balik sekarang, Mama?"


Overall, sepanjang kami berada di Jaya Jusco Tebrau tu, Nashriq memang tak ada merengek. Duduk diam aje tengok atas-kiri-kanan. Terkesima agaknya tengok lampu bling-bling dengan pokok Krismas besar gedabak. Bila orang lalu lalang depan dia, sibuk menegur. Ketawa pastu cakap sengsorang.

Sepanjang 3 jam dalam Jaya Jusco tu, memang tak ada dukung. Tegakkan sikit stroller supaya Nashriq boleh tengok keliling. Rangsangan minda orang melayu kata. Bila nampak Nashriq dah boring, Ayah turunkan stroller, tarik stroller lid, sumbatkan puting dan selamat malam Nashriq.

Alhamdulillah. Mudah dan tidak meragam.

Nanti, kalau ada masa, kita jalan lagi eh Nashriq? :)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, December 6, 2010

LIKE MY BABY CONTEST

Orang lain masuk contest. Kau ponnn nak masuk jugakkkkk. :p

Hahahaha. Ini memang perangai semulajadi. Nampak macam best, mesti nak masuk. Tapi memang best pon okehhhh. Mama Nashriq memang suka bab dapat hadiah ni. Masa kecik tak puas dapat hadiah lah katakannnn. Ngehhh. :)

Minta jasa baik anda semua untuk LIKE gambar Nashriq kat sini;

LIKE NASHRIQ

Aku pertaruhkan gambar ini;

Baju yang dibeli dari Butik Farisya.
Berbaloi-baloiiii!! :))


Apa lagi aunty dan uncle? Vote lah Nashriq ehhh?



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, November 30, 2010

Could Not Detect A Feed For This URL.

Korang pernah tak terjumpa benda alah ni?



Dalam blog list aku, ada 2-3 blog yang sebegini rupa. Susah weh nak tengok update dari blog diorang. Aku ingat diorang tak update. Tapi sebenarnyaaa, diorang update yoooo.

Apa yang aku perasan, masalah di atas terjadi pada blog yang private (maafkan aku kalau salah fakta). Tapi, memang 2-3 blog yang aku tak dapat tengok update tu semua ber-private. Memang begitu ke? Kalau kita private, orang lain tak dapat tengok entri terbaru kita?

Puas aku google. Terjumpalah ini;


Kredit kepada Solahuddeen. Terima kasih.


Caranya mudah sahaja. Korang ubah / tambah URL blog yang menghadapi masalah tadi dengan beberapa perkataan ini;

http://blogyangmasalah.blogspot.com/atom.xml

atau,

http://blogyangmasalah.blogspot.com/feeds/posts/default

Aku dah cuba. Tapi berhasil kat satu blog sahajaaa. Tak taulah kenapa. Lagi 3 blog masih takleh nampak update terbaru mereka. Why?? Why??

Anda anda jalan penyelesaiannya? Kongsikan bersama saya.

Cheh wah!! :p



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, November 29, 2010

7 Tahun Dan 7 KG.

Hari ini ialah 29 November 2010.

7 tahun yang lepas, seorang gadis dan seorang pemuda sedang bergedik-gedik SMS nak berkenalan. Tanya macam-macam soalan sampaikan makanan kegemaran pon nak tahu.

"Awak suka makan apa?"

"Saya suka makan sardin."

"Eh, samalah. Kita pon suka makan sardin!"

Hahahaha. Malu aku kalau ingat balik. :p

Hari ini jugak, Nashriq punya check up 3 bulan. Berat terkini Nashriq ialah 7 kg. Pinggang Mama dah separuh patah kalau pangku Nashriq dari rumah kita ke rumah Nenek. Nampak gayanya, memang kena on jugaklah pembelian car seat. Nanti kita beli okeh sayang?

Ayah dan Nashriq.
Masa umur Nashriq 17 hari.


Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah, kerana Engkau kurniakan aku sahabat, kekasih dan suami terbaik (buat aku). Dan terima kasih juga kerana diberikan kesihatan terbaik untuk anakku untuk 3 bulan penuh cinta ini. Moga segalanya kekal atas Redha-Mu. Amin.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Sunday, November 28, 2010

Blackberry Atau Nokia E71?

Hujung minggu memang selalu lepak rumah Emak. Selalunya akan bawak laptop bagi melepaskan kegianan. Tapi semalam boleh lupa pulak. Haruslah aku tercanguk-canguk tak tahu nak buat apa.

Sekali, anak sedara datang bawak henpon Mama dia (kakak ipar aku), Nokia E71. Aku pon gatal godeh-godeh. Fuiyooo ada WLAN sehhh. Fine, aku memang buta IT. Terperanjat siot henpon boleh wifi. Nampak nah jakun. Kekekeke.

Aku pon apa lagi, terus on modem wifi dan ber'zapin'lah aku dengan Nokia E71 milik kakak ipar. Best. Best. Sekarang rasa macam nak grab satu memandangkan henpon yang sedia ada menghadapi masalah teknikal yang agak kritikal. Cececece. Alasan baik punya!

Sebelum ni, aku berhajat sangat-sangat nak pakai Blackberry, tapi bila dah jumpa Nokia E71, terus tertawan. Untuk pengetahuan korang, aku taip entry sekarang ni pakai henpon kakak ipar aku lah. Teruja sangat ni. Hehehe.

Teruskan dengan Blackberry atau berpaling kepada Nokia E71?

Pendapat korang?


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, November 25, 2010

3 Months Old, Anas Nashriq.

Hari ni 25hb. Banyak sangat benda berlaku harini. Sampai lupa Anas Nashriq dah 3 bulan. Kejap je kan? Pejam celik. Pejam celik. Dah 3 bulan jugaklah aku jadi Mama.

Nashriq dah pandai apa sekarang?

Sekarang ni, rumah adalah sangat riuh dengan suara jerit pekik Nashriq. Dia punya berbual style loudspeaker. Kata Wahid, Nashriq ikut aku tang itu. Sebab Mama dia jenis cakap tak reti perlahan. Mesti nak pasang gear lima punya volume. :p

Nashriq dah boleh mengiring sedikit. Tapi, oleh kerana beliau masih lagi dibedung, pergerakan adalah sedikit terbatas. Aku suka sangatlah tengok budak dalam bedung. Macam KFC Toaster Pocket. Yummeahh!

Sekarang ni jugak, Nashriq dah boleh recognize Mama dan Ayah dia. Kalau kami balik dari kerja, bukan main kuat lagi suara dia tegur kami. AAAAAAAAAAAAAAAA. Pitching paling atas punya. Naik bingit telinga dibuatnya. Tapi seronok! :)

Happy 3 months old, Sayang.
Mama sayang awak sangat-sangat!

P/S : Gambar diciluk dari FB Mak Ngah Nashriq.





Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Bagaimana Nak Update Blog Dari Henpon?

Orait. Entri ini bagi menjawab soalan Puan Dayu.

Dayu, henpon saya bukan jenis bijak pandai punya henpon. Henpon saya cikai-cikai sajo. Marilah kita berkongsi ilmu agar kita semua boleh update blog dengan lebih kerap selepas ini. Hehehehehe.




Inilah henpon idaman hati yang telah dipakai sejak kahwin. Sebenarnya henpon ni Wahid punya. Tapi oleh kerana bini dia gedik nak tukar-tukar henpon, jadilah hak milik kekal sampai sekarang. Dah kokak-kokak dah henpon ni aku pakai. Dalam hati sekarang berkobar-kobar nak capai Blackberry dalam mimpi.

Orait. Berbalik kepada cara meng-update blog dari henpon.

Mula-mula sekali, pergi kat Dashboard dan klik Setting.


Dah sampai Setting, klik Email & Mobile.


Kat bahagian Posting Options, masukkan 'kata laluan khas'.
Jangan lupa untuk tick 'Publish emails immediately'.



Kata laluan khas tu, jangan kasitau kat orang lain. Bahaya wooooo. Kang tak pasal-pasal blog korang publish entry dari orang lain. Hanya korang je yang boleh tau kata laluan berkenaan.

Langkah seterusnya ialah pegang henpon korang dan create MMS macam biasa. Pada bahagian 'To' tu, korang taiplah alamat beserta kata laluan khas tadi. Contoh;

shara85_jb.katalaluankhas@blogger.com


Masukkanlah Title apa yang korang nak letak. Bahagian 'Text' tu, taiplah entri korang bla bla bla. Kalau nak letak gambar, insert gambar macam biasa. Mudah kannnn?

Bila dah siap entri, tekan aje Send. DONE!

Tapi bagi mereka-mereka yang pakai Align Centre macam aku, memang akan carca marba sikit lah blog sebab update dari henpon pakai Align Left. Walau apa pon, small matter sajo pasal align ni kan? Tutup sebelah mata sudahhhh.

Selamat Mobile Blogging! :)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, November 24, 2010

Update Dari Henpon.

Gambar ini diambil sehari sebelum Raya Aidiladha. Muka mogok sebab kena paksa pakai kopiah. Hahahaha.

P/S : Percubaan update blog dari henpon. Mari kita tengok apakah hasilnya!



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, November 22, 2010

Nashriq Sayang Semuanya.

Satu-satu Nashriq sayang Mama.
Dua-dua Nashriq sayang Ayah.
Tiga-tiga Nashriq sayang Kakak Nashrah.
Satu dua tiga, Nashriq sayang semuanya!


P/S : Bersiaran dari rumah baru. Terima kasih Maxis Broadband!



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, November 19, 2010

PERHATIAN!

KORANG. KORANG. DAN KORANG.

BLOG LIST AKU SEMUA TELAH HILANG SEBAB KEGATALAN TANGAN AKU SENDIRI MENGGODEK TEMPLATE. KONON MACAM PANDAI. TAPI KURANG PANDAI RUPANYA.

MAKA, SUDI-SUDIKANLAH UNTUK KALIAN MENINGGALKAN JEJAK BAGI PROSES BLOG LIST SEMULA. TOLONG LAH WEH. TOLONG LAH. MERAYU SANGAT NI. HEEE. :P

CAPS LOCK MENANDAKAN BENGANG.

HARAP MAKLUM!


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Gatal.

Gatal. Itu aku.

Masa pakai 2 columns punya template, sibuk dok google template cantik 3 columns. Sekarang, bila dah berjaya buat 3 columns, terasa macam semak. On the way carik template 2 columns balik.

Memaaangggg gatal kau ni kannnnn?


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Rumah Baru.

Tak. Tak. Bukan nak cerita pasal rumah kediaman baru yang telah didiami lebih kurang 2 minggu ini. Tapi, saje nak show off dengan layout blog baru yang ceria dan segar (aik, puji blog sendiri nampak?).

Oren. Kenapa memilih oren?

Sebab saya suka Zahid AF2. Hahahahaha. Motif?

Taklah. Oren kan nampak sungguh ceria. Menandakan cerianya hati dan jiwa raga tuan punya blog. Sekarang. Akan datang? Tak tahu lagi.

Baiklah. Takde mood nak update sebenarnya.

Selamat jalan Romeo!



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, November 10, 2010

Hidup Baru.

Alhamdulillah, telah selamat menetap di rumah baru sejak Deepavali lalu. Rumah sewa je ponnnn. Tapi, dapat jugaklah merasa duduk di rumah sendiri berdua-duaan memadu kasih. Eh, bertiga campur Nashriq. Ish, kacau daun betul lah budak kecik nihhhhh. :p

Rindu Emak. Tak tahu nak describe macam mana. 25 tahun setengah dok terpungguk depan Emak, tiba-tiba sekarang balik kerja pandang dinding. Pandang dapur. Pandang mesin basuh. Pandang pinggan mangkuk. Rasa nak menangis pon ada. Nampak sangat mengada-ngada. Satu hari sampai 2 kali telefon Emak. Emak pon menangis sebab rinduuuuu. Anak dia apatah lagi. :(

Kehidupan di rumah baru?

Setakat ini, masih boleh tahan. Balik kerja terus amik Nashriq kat sekolah. Masuk rumah terus bersilat kat dapur. Wahid akan ambil alih Nashriq secara full time. By time Mama dia dah siap masak kat dapur, Nashriq dah tidur dengan lena tak mahu gangguan. Makan-makan, kemas-kemas, mandi-mandi, siapkan apa patut dan terus masuk tidooooo.

Dapat main dengan Nashriq pukul 4.30 pagi ajeeee. Itupon curi masa menyusu dan tukar pampers. Dapat agah-agah sikit. Dapat cakap-cakap sikit. Ketawa-ketawa sikit. Peluk-peluk sikit. Cium-cium sikit. Sambung tidooo balik.

Sedih kan menjadi ibu yang bekerjaya? :(

Sekarang, impian terkini ialah menjadi suri rumah sepenuh masa. Menguruskan rumah sendiri. Menjaga makan pakai suami dan anak dengan penuh kasih sayang. Memerhatikan tiap perkembangan Nashriq dengan mata kepala sendiri.

Senyuman diaaaa. Ciuman diaaaaa. Bebelan diaaaa.

Rindu Nashriq! Rindu Nashriq!

Nak balik! Nak balik!

*crying*



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, November 4, 2010

Currently Mood.

MARAH!

BENCI!

BOSAN!

DENDAM!

MENYAMPAH!

GELI!



Sebab??


ENGKAU BERLAGAK!

ENGKAU SUKA MENUNJUK!


Aku paling tak suka orang yang berlagak dan orang yang suka menunjuk okeh. Memang pantang aku. Aku tak suka. Aku tak suka. Aku benci kau, tak kiralah siapa pon diri kau!

^%$*&^%$#^*%$$#&*(())&^&%$#



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, October 25, 2010

My Breastfeeding Journey, So Far.

Memasang niat dan impian untuk exclusive breastfeed adalah mudah. Cakap pakai air liur. Menaip pakai tangan. Tapi, hendak menjalankan niat dan impian itu, adalah sangat payah. :)

Pertama kali direct breastfeed ialah sewaktu di dalam Labor Room. Dalam keadaan mengiring ke kanan. Masa ni memang Kekok bin Janggal. Penat push-push belum hilang, tapi semangat jugak nak breastfeed. Kalau ingat balik, memang bangga lah sebab semangat gila masa tu.

Nashriq ni jenis 'Lazy Feeder'. Hisapnya sekejap, tidurnya lebih. Masa awal-awal tu, memang tension tak hengat. Asyik menangis je sebab penat dan sakit pinggang. Nipple luka, terkoyak, rabak, semua pun ada. Bengkak susu jangan cakap lah. Sampai demam-demam aku dibuatnya.

Aku kuatkan jugaklah semangat masa ni. Tambahan pulak, Nashriq kena Jaundice. Jadi, memang kena supply susu ibu banyak-banyak. Setiap 2 jam, aku kuatkan diri untuk bangun dan breastfeed Nashriq. Budak kalau Jaundice kan asyik tidur aje, tapi aku kejut jugak si kecik tu suruh bangun dan sumbat nipple kasi dia minum.

Masa hari kedua, aku sibuk berurut kat dalam bilik. Aku dengar Nashriq dah meraung menangis kat ruang tamu. Aku pulak lupa nak pump untuk bekalan Nashriq minum sepanjang aku berurut. Aku dah gelabah dah. Nak berurut pon tak senang.

Kejap lagi, Nashriq yang meraung menangis tadi senyap sunyi diam tak berbunyi. Dalam kepala aku dah fikir macam-macam dah. Mesti Emak sumbat air masak nak kasi Nashriq kenyang. Dan tekaan aku betul. Aku tak boleh nak kata apa dah. Takkan nak marah kat Emak sendiri kan?

Kat situ dah tak exclusive dahhhhh. :(

Hari keempat, Nashriq dimasukkan ke wad sebab bacaan Jaundice makin tinggi. Aku pulak warded kat wad belah bawah supaya senang nak breastfeed. Ulang alik lah aku turun naik wad setiap 2 jam sebab nak kasi anak kenyang dan turunkan bacaan Jaundice dia. Aku siap setting alarm siap-siap. Dapat tidur kejap, alarm dah bunyi. Terkedek-kedek lah aku menapak naik nak susukan Nashriq.

Nak dijadikan cerita, petang tu, aku terserempak nurse-nurse pelatih yang bertugas kasi baby-baby kat situ minum susu formula. Termasuklah Nashriq. Mungkin silap aku jugak, terlewat naik. Waktu minum susu dah sampai. So, diorang susukan lah semua baby sekali. Memang luluh betul perasaan aku masa ni.

Hari kelima, kami masih warded. Tapi badan aku dah collapse sangat. Tak mampu nak turun naik wad. Apa yang aku buat, aku pump 2 oz - 2 oz dalam setiap bekas dadih dan simpan dalam peti ais wad baby. Aku dah pesan dengan nurse bertugas, aku ada EBM. So, tak payah kasi susu formula lagi untuk anak aku.

Malam kedua tu, aku naik wad baby pada jam 4.00 pagi. Mata tak boleh tidur, lebih baik aku naik dan susukan Nashriq. Unfortunately, aku tengok Nashriq dah tidur lena siap-siap dah salin pampers semua. Aku tanya nurse yang bertugas, anak aku dah minum susu ke? Dia jawab, dah. Aku tanya pakai EBM aku ke? Dia kata, tak. Dia kasi susu formula.

Bengang betul aku masa tu. Muka aku merah. Mata aku merah. Aku jalan pergi peti ais yang simpan EBM aku tu. Tak luak pon EBM yang aku standby. Nurse tu pon macam serba salah, dia janji nak bagi untuk next feeding. Tapi aku buat dengar tak dengar je. Marah betul aku masa tu.

Dan teruslah aku breastfeed hingga sampai ke satu hari....

Aku kesian tengok Nashriq minum susu tak kenyang-kenyang. Tidur tak lena asyik menangis aje. Aku cakap kat Wahid, mungkin sebab susu aku tak mengenyangkan. Dengan berat hati, aku ajak Wahid pergi beli susu formula. Buat standby kalau terdesak. Dan akhirnya, kami memilih Dumex Dulac.

Malam tu, Nashriq nangis macam biasa. Meraung-raung tak kenyang. Nipple aku luka teruk masa tu. Nak pegang pakai tangan sendiri pon menangis. Kesian tengok Nashriq yang lapar, aku bancuh lah Dumex Dulac tu nak kasi dia minum. Aku tak sampai hati nak kasi, passing kat Wahid.

Masuk aje susu tu dalam mulut dia, Nashriq makin meraung sambil muntahkan semua susu yang masuk dalam mulut dia tadi. Kelam kabut jugak aku dan Wahid masa tu. Cepat-cepat aku panaskan EBM yang memang aku standby dalam fridge. Laju dan rakus betul Nashriq minum. Lapar sangatlah agaknya.

Sejak tu, aku berazam (sekejap aje) nak sambung balik penyusuan susu ibu. Aku kuatkan daya tahan sakit aku dengan main sumbat je nipple yang luka dalam mulut Nashriq. Memang pedih, sakit, ngilu hanya Tuhan aje yang tahu. Tiap kali nak direct breastfeed, mesti selawat banyak-banyak. Sampai menangis pon pernah sebab sakit sangat.

Aku ni lembik dan tak kuat semangat. Entah macam mana, satu hari tu aku penat sangat. Aku terus je kebalkan hati pergi bancuh susu Dumex Dulac tu sekali lagi. Dan amazingly, Nashriq minum sampai habis! Legalah aku kononnya dah tak penat sangat lepas ni.

Next feeding seterusnya, aku bancuh lagi Dumex Dulac. Tapi kali ni Nashriq refuse. Menangis-nangis tak mahu. Aku dah gabra dah. Kena jugak aku direct breastfeed. Takkan nak biarkan budak kecik tu menangis meraung-raung kan?

Esoknya, aku pergi supermarket cari susu formula lain. Aku beli Dutch Lady (kot?). Balik rumah terus bancuh nak kasi Nashriq minum. Dan jawapannya tetap sama, Nashriq menangis dan muntahkan susu tu balik.

Tak puas hati jugak sebab tak mahu penat bangun susukan anak sorang-sorang, aku ajak Wahid cari susu lain. Kali ni, kami beli Anmum Enfacare. Dalam kepala fikir, mungkin Nashriq tak minum susu murah, dia nak susu mahal ke kan. Tapi tetappp jugak sama. Minumnya sikit, muntahnya lebih. Menangis jangan cakap lah. Huhuhuhu.

Tak cukup dengan tu, aku beli pulak Isomil. Yang ini pon sama je penerimaan Nashriq. Minum sambil merungut-rungut. Buat 3 oz, 1 oz je yang masuk perut. Lagi 2 oz dah basah kat baju.

Tak habis dengan kisah susu formula yang aku buat eksperimen, timbul pulak kisah Nashriq yang nipple confusion. Haaaa, yang ini aku betul-betul punya nangis. Nashriq tak mahu direct feeding, dia nak botol. Kasi susu formula dia tak mahu. Terpaksalah aku bertungkus lumus menge-pump sebab nak pastikan dia kenyang.

1 kali feeding around 3 oz - 4 oz. Engkau bayangkan macam mana gigihnya aku menge-pump demi memastikan Nashriq kenyang. Nasib baiklah sekali pump dapat 9-10 oz (sebab tak direct), boleh lah support sehari punya feeding kalau rajin pump.

Bila dah terdesak, terpaksalah aku bancuh Dumex Dulac kasi Nashriq minum. Nasib baik dia terima jugak kalau sekali sekala. Tapi siaplah mulut dia merungut-rungut. Hehehehehe.

Oh yes, aku rasa bangun malam untuk bancuh susu atau panaskan EBM adalah sangat seksa okeh. Dengan mata tertutup-tutup nak pergi sukat suhu nak letak susu semua. Dengan tersengguk-sengguk nak pergi basuh botol dan buka fridge masukkan EBM dalam warmer. Memang penat wooooo.

Jadi, aku ajar semula Nashriq untuk direct feeding. Dan aku dah sedar kat mana silapnya. Rupanya, Nashriq akan marah bila lubang nipple buka terlalu banyak dan susu laju masuk mulut dia. Sampaikan dia tersedak-sedak. Jadi, apa yang aku buat, aku pump terlebih dahulu sebelum direct feeding supaya breast tak penuh sangat.

Selamat waktu tidur aku. :p

Hinggalah ke hari ini, aku masih lagi breastfeeding walau tidak secara exclusive. Masih bergantung kepada Dumex Dulac waktu terdesak. Bila diingat balik, memang sedih sebab aku tak kuat semangat. Tapi aku bersyukur jugak sebab masih mampu bekalkan susu ibu.

Sekarang ni, aku tinggalkan 6 botol x 4.0 oz untuk bekalan Nashriq kat rumah. Emak kata, 4.0 oz selalunya akan habis sekali feeding. Dan Nashriq tak ada menangis tak cukup susu. So, aku anggap 4.0 oz memang dah cukup untuk sekali feeding. Aku standbykan Dumex Dulac kalau-kalau 6 botol tadi tak cukup. Tapi Emak kata, setakat sekarang ni, belum pernah bancuh Dumex Dulac lagi.

Huih, panjang betul cerita pasal breastfeeding. :)

Itulah serba sedikit kisah perjalanan breastfeeding aku. Banyak yang aku belajar sebenarnya. Aku bersyukur, walau aku tak berjaya exclusive breastfeeding, aku masih mampu memberikan susu terbaik untuk Nashriq.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

25 Ogos 2010 Dalam Kenangan.

24 Ogos 2010 (Selasa)

Sehari sebelum tarikh jangkaan bersalin.

Aku MC hari ni. Masih belum ada tanda atau rasa sakit yang hadir. Aku dah over stress sangat-sangat dah. Letih dan penat fikiran. Kepala asyik dok memikir, bila baby dalam perut ni nak keluar. Kawan-kawan lain semua dah selamat bersalin. Aku ni je ha masih terhoyong-hayang macam orang tak cukup zat.

Dapat pulak SMS dari kawan zaman persekolahan, Hasni. Beliau dah selamat melahirkan seorang putera selepas 3 hari lewat dari due date.

"Orait. Lewat-lewat pon, baby keluar jugak..."

Ayat nak sedapkan hati sendiri. :)

Dalam pukul 8 malam, aku dah over stress yang melampau-lampau. Aku togak Air Yaasin yang dikirim oleh rakan sepejabat. Satu botol aku habiskan dalam sekelip mata. Minyak Bio-Selusuh yang dibeli tapi payah nak telan, aku tawakal jugak telan malam ni. Ambil sikit minyak Bio-Selusuh tu, sapu-sapu pada perut, punggung dan peha.

Ikhtiar terakhir, aku berjalan keliling rumah sambil selawat dan istighfar. Heeeee. Emak kata, aku bukan berjalan, tapi lebih kepada menari. Mana tidaknya, jalan dua tiga step pastu undur. Jalan dua tiga step pastu undur. Macam joget zapin pon ada. :p

Dah penat berjalan, aku pun masuk tidur.

25 Ogos 2010 (Rabu)

Rasa sakit pertama pada jam 1.59 pagi. Sempat tengok jam okeh. Tengah syok tidur, tiba-tiba rasa sakit kat pinggang, ari-ari dan mengeras di seluruh perut. Sakitnya sampai aku mengerekot badan menahan sakit. Tak boleh bercakap. Tahap kesakitan ialah 2/10. Mula-mula macam cool aje. Kasitau Wahid yang aku dah ada rasa sakit. Tapi baru sekali. Wahid kata, takpe, tunggu jap lagi, tengok sakit lagi atau tak. Aku pon takut jugak kalau-kalau Braxton Hicks macam haritu.

Dalam 5-6 minit selepas tu, sakit yang sama datang balik. Aku pon macam confuse. Sebab mengikut pembacaan aku, sakit contraction akan datang berperingkat. Dua jam sekali. Satu jam sekali. Setengah jam sekali. Pastu, barulah 5 minit sekali. Tapi kes aku malam tu, terus terjah 5 minit sekali. Mata tengah syok nak tidur. Hati rasa tak sedap. Perut pulak tak selesa. Memang tak tahu nak buat apa masa tu. Last-last, buat keputusan untuk tidur dulu. :p

Setiap kali rasa sakit tu datang, aku cubit tangan Wahid sekuat hati. Aku ni lembik orangnya. Kalau time-time sakit macam gini, jangan ajak aku bercakap. Memang rasa nak marah aje. Wahid pon dah faham, jadi dia tak tanya banyak. Tiap kali aku cubit tangan dia tu, dia suruh aku tahan dan sabar. Usap-usap badan aku. So, rasa tenanglah sikit.

Dalam pukul 4.30 pagi, Wahid dah gelisah dah. Aku asyik keluar masuk tandas sebab nak shi shi. Hati aku rasa macam tak sedap. Terus kejut Emak cakap dah sakit. Emak pon kelam kabut bangun sebab kebetulan nak siapkan sahur untuk anak-anak sedara aku. Dalam kepala aku takde lain dah waktu ni, aku kena mandi. Sebab aku pernah terbaca kat mana ntah, kalau nak senang bersalin, sebelum gi hospital kena mandi banyak-banyak. Jirus air kat kepala lebih-lebih. Aku terus capai tuala dan mandi. Siap-siap pakai baju dengan semangat nak pergi hospital.

Aku tak makan apa pon. Emak sempat buatkan aku air milo secawan dan aku minum nak tak nak je. Kepala aku macam menerawang sangat dah masa ni. Terbayang macam-macam. Memikir pelbagai benda. Tapi buat muka cool lagi. Konon macam tak takut.

Dalam pukul 5 pagi, kami bergerak ke hospital. Masa ni, aku dah sakit dalam tahap 3/10. Suasana Subuh kan sejuk, tapi aku rasa panas. Mulut aku tak henti istighfar dan selawat. Memang terasa macam-macam sangat time ni. Semakin dekat perjalanan kami ke hospital, semakin takut rasanya. Kaki aku menggigil. Serius.

Sampai aje kat hospital, terus menuju ke Bilik Saringan. Jam masa ni pukul 5.30 pagi. Lengang aje suasana kat ruang menunggu Bilik Saringan tu. Nurse yang duduk kat kaunter hilang entah ke mana. Pergi bersahur lah agaknya. Dalam 10 minit menunggu, barulah datang seorang nurse berbangsa India. Ambil keterangan sikit-sikit, pastu suruh aku masuk dalam Bilik Saringan.

Prosedur biasa tentulah kena buat CTG. Nak check jantung baby. Lama jugak aku terbaring sebelah mesin dung dang dung dang tu. Nurse pon 2-3 kali datang goncang-goncang perut aku sebab baby tidur aje kat dalam. Contraction pon cuma mild aje masa ni. Aku dah seram dah takut kena balik rumah dulu ke hape.

Turun dari katil, aku minta izin nak pergi toilet sebab nak shi shi. Dah tak tahan sangat dah. Bukak seluar kecik, tengok ada setitik darah. Setitik okeh. Muka dah cuak dah. Keluar bilik air, terus beritahu kat Nurse dan Doktor yang ada kat situ.

Entah macam mana, tiba-tiba Bilik Saringan tu penuh dengan patient-patient yang memang dah nak sangat-sangat bersalin. Tahap menjerit-jerit terbongkok-bongkok sumpah tak tahan punya sakit. Jadi, oleh kerana aku masih lagi berwajah cool nampak macam belum nak bersalin, Doktor tolak aku ke tepi dulu. Memang hectic lah suasana dalam tu. Yang ini menjerit. Yang itu mengerang. Aku yang masih boleh tahan pon jadi tak tahan.

Dalam pukul 7.30 pagi, barulah aku dilayan. Engkau bayangkan macam mana punya bosan aku kat dalam tu? Orang lain yang datang kemudian dah bersalin agaknya. Aku ni masih tersengguk-sengguk menahan sakit yang tahap 4/10. Masa ni, sakitnya macam nak patah pinggang. Macam tak boleh duduk. Macam nak baring aje. Punggung rasa kebas. Perut makin mengeras dan semakin kerap. Bila Doktor tu tengok aku dah pegang-pegang perut sambil mulut aku terkumat-kamit, barulah dia suruh aku baring semula untuk buat VE (check jalan / seluk).

4 cm. Yes. 4 cm. Aku macam nak pengsan bila Doktor perempuan kecil molek tu kata jalan aku dah buka 4 cm. Ini bermakna, aku dah boleh masuk Labor Room sekarang. Doktor tu minta kebenaran nak pecahkan air ketuban. Masa ni memang seram ah. Aku tak tengok pon benda alah apa yang Doktor tu guna. Yang aku ingat, bunyi dia macam gunting 'kecis', lepas tu terus rasa basah dan panas bawah punggung. Masa ni, pukul 8.30 pagi.

Aku ditolak naik wheel chair dan dibenarkan jumpa Wahid dulu. Masa ni memang tak terkata apa dah. Memang tak mampu nak express. Mata aku merah. Mata Wahid merah. Aku senyum kat Wahid, aku cakap aku dah nak masuk Labor Room. Wahid kata 'okeh dan baik-baik' aje. Dah takde nak romantik-romantik time ni. Dalam fikiran cuma fikir, 'ada kesempatan tak aku jumpa lelaki ni lagi?'. Heeeeeee. Memang seram!

Untuk pengetahuan korang, kat Hospital Sultanah Aminah ni, suami tak boleh masuk teman isteri dalam Labor Room. Dan ini menjadikan percent ketakutan dan kesedihan meningkat secara membuak-buak. Nasib baik lah Abang Long dan Kak Ngah staf hospital, dapat jugak lah diorang masuk jenguk-jenguk aku yang berpeluh-peluh menahan sakit.

Okeh. Sambung cerita dalam Labor Room.

Pukul 8.50 pagi, aku dah ada dalam Labor Room menanti prosedur seterusnya. Pasang mesin CTG gedung gedang gedung gedang tu, dan masukkan air kat tangan. Tahap kesakitan ialah 5/10. Masih boleh bercakap. Masih boleh termenung. Tapi muka dan badan memang berpeluh-peluh tak hengat lah. Aku tak tahu kenapa aku berpeluh sakan sangat. Aku je ke yang berpeluh gini, atau semua orang nak bersalin pon sama?

Tahap kesakitan meningkat dan meningkat. Dah tak boleh fokus dah. Mulut tak henti-henti baca doa Nabi Yunus. Tiap kali contraction datang, aku genggam tangan. Sampaikan kat tapak tangan aku ni, berbekas bentuk kuku. Padahal, kuku aku bukan panjang pon. Bulu roma ni jangan cakap ah, naik semacam sampai ke tengkuk. Memang lain rasa sakit bersalin ni.

Untuk menambahkan kuasa kesakitan dan kegigilan, Pitosin dimasukkan pada jam 9.15 pagi. Masa ni aku memang dah set dalam kepala, 'habislah aku lepas ni bergegar katil aku buat'. Memang weh, memang. Pitosin ni macam satu kuasa kesakitan yang amat. Gigil kepala lutut menahan sakit. Dah tak boleh fikir apa dah masa ni.

Dia punya sakit, sampai aku merayu-rayu mintak painkiller. Kau bayangkan? Merayu tahu. Merayu. Macam nak nangis aku mintak suruh kasi aku sedut gas ke, inject Pentidhine ke. Tak kisahlah apa pun, asalkan sakit aku ni kurang. Tapi Nurse kata, kena tunggu result bacaan CTG baby dulu. Sebab bacaan CTG baby tak berapa cantik. Baby banyak tidur dan tak aktif.

Dalam pukul 10 lebih gitu, Doktor datang round. Doktor check jalan and it was only 5-6 cm masa ni. Aku dah berpeluh menggigil sakan baru 5-6 cm?? Aku cakap dengan Doktor, aku nak painkiller, aku tak kira. Doktor pon cakap benda yang sama, CTG baby tak cantik, so dia tak boleh kasi painkiller.

Entah kenapa, Doktor ni decide untuk masukkan alat CTG dari 'bawah'. Kau boleh bayang tak? Tengah sakit contraction ni, dia nak masukkan alat pulak. Alangkan seluk-menyeluk masa contraction datang pon boleh buat kaki laju je nak menendang, inikan pulak masukkan alat. Aku ni akur aje lah. Sebab ianya berkaitan dengan CTG baby kan.

Serius, adegan seluk menyeluk untuk memasukkan alat CTG kat 'bawah' tu, memang aku takkan lupa sampai bila-bila. Berapa kali Doktor kena pause sebab aku nak kasi contraction hilang dulu. Nasib baik Doktor tu memahami. Kalau dia seluk jugak time contraction, memang dapat sup kaki lah nampaknya. Heeeee. Macam berani je kan?

Dan masa dia nak masukkan alat ni lah, Doktor ni dapat detect yang air ketuban belum pecah sepenuhnya. Rupanya, Doktor perempuan kecik molek kat Bilik Saringan tadi tak habis pecahkan air ketuban. Patutlah bukaan lambat, kata Doktor. Dan dia pon memecahkan lebihan air ketuban tadi. Fuh, kerja menyeluk je doktor-doktor ni. Nasib baik doktor perempuan.

Oleh kerana aku tak dapat apa-apa painkiller, tahap ketonggengan aku atas katil memang huru hara. Sekejap pusing kanan. Sekejap pusing kiri. Baju dah habis basah lencun dek peluh. Kak Ngah yang masuk tengok pon penat dok ulang alik amik tisu nak lapkan muka adik dia ni ha. Aku sampai cakap dengan Kak Ngah, aku tak tahan gila. Suara aku dah tak boleh keluar. Kalau boleh lari, aku lari keluar. Cecececece.

Bila Wahid masuk nak jenguk aku, aku tahu dia tak sanggup tengok pon kesakitan aku masa tu. Dia pandang muka aku. Tak keluar sepatah kata pon. Wahid ni sentimental macam aku. Aku cakap kat Wahid, aku tak tahan sangat. Tapi sebaris ayat yang keluar ni, membuatkan aku kuat;

"Tahanlah sayang, untuk orang dan anak kita."

Peh, terus rasa macam dapat super power.Hahahaha.

Pukul 11.15 pagi, aku memang dah tak tahan sangat dah. Aku mintak Nurse yang jaga bilik aku tu, check kan bukaan jalan. Aku dah tak kira dah. Nasib baik Nurse tu baik hati. Dia layan lah jugak permintaan aku tu. Nurse tu seluk, bukaan jalan dalam 6-7 cm. Padahal, aku dah rasa nak push sangat dah. Nurse tu pesan jangan push dulu. Tapi aku degil.

Aku mengiring ke kiri, aku push tiap kali contraction datang. Memang betul, ianya mempercepatkan bukaan jalan. Bukan aku cakap tau, ada satu Nurse veteran ni yang suruh aku buat macam gitu. Kata Nurse veteran tu lagi, sambil teran, sambil kita tarik sebelah punggung kita. Eh, korang dapat bayangkan tak macam mana gaya dia? Hehehehe.

Sekali lagi, aku mintak Nurse yang jaga bilik aku tu check bukaan. Loghat betul dapat pesakit macam gini kan? Memang baik betullah Nurse tu, dia ikut je cakap aku. Kali ni, dia seluk, contraction tengah datang, aku pon teran sebab tak dapat control. Nurse tu cakap, bukaan dah 9 cm. Terus dia kelam kabut prepair barang-barang.

Tak semena-mena, bilik aku tu penuh dengan nurse-nurse pelatih. Ada lah dalam 4-5 orang kat hujung kaki aku. Dah tak ada malu-malu dah masa ni. Hehehehehe.

Diorang buat kerja cepat betul. Naikkan stand kaki untuk aku tolak masa push. Naikkan besi untuk tangan aku tarik bila nak teran. Letak kertas hijau atas dada aku (masa ni aku pelik untuk apa kertas hijau tu), dan paling akhir, gunting kat 'situ'.

Orait, gunting kat 'situ' tu tak sakit lah. :)

Tiba masa untuk push, contraction tak datang pulak! Dah kena pause banyak kali sebab nak tunggu contraction datang baru aku push. Kelakar betul kalau diingat balik. Banyak kali aku chop-chop sebab tak rasa contraction nak push. Yang nurse-nurse kat hujung kaki dah sakan bersorak dah.

"Okeh, bagus. Push lagi. Push lagi."

"Lagi sikit. Lagi sikit. Bagusssss."


"Cantik puannnn. Lagi sikit. Push kuat lagi."

Kaki aku tolak stand besi. Tangan aku tarik besi sekuat hati. Aku push laaamaaa-laaamaaa. Amik nafas sikit-pendek, push laaamaaa-laaamaaa lagi. Adalah dalam 2-3 kali push dan curi nafas, tiba-tiba dengar suara baby - Muhammad Anas Nashriq, dan dia dah ada kat atas kertas hijau kat dada aku tadi. Tepat jam 1.38 petang.

Orait, air mata bergenang. :)

"40 minggu yang lepas, Nashriq kat dalam perut Mama. Mama bawa ke hulu ke hilir. Sekarang Nashriq dah ada kat atas dada Mama."

Speechless. :)

Lepas potong tali pusat dan Nurse tunjukkan jantina Nashriq kat aku, Nashriq pon di bawa ke bilik lain untuk dibersihkan. Masa ni, Wahid, Abang Long dan Kak Ngah dah standby kat luar Labor Room. Siap escort Nashriq pergi bilik pembersihan tu. So, diorang dapatlah tengok macam mana lendir-lendir dibersihkan dari badan Nashriq.

Aku pulak? Sesi menjahit lah apa lagi.

Ini lagi satu fasa kesakitan yang amat. Ada orang kata, lepas sakit bersalin, kita takkan rasa sakit pon masa dijahit kat 'bawah' nu haaa. Tapi, tidak bagi aku. Aku rasa, kesakitan dijahit hidup-hidup tanpa bius dan painkiller memang azab. Aku masih terasa lagi macam mana jarum dicucuk, lepas tu ditarik. Fuh, terbayang-bayang.

Oleh kerana aku push sebelum masanya, tahap koyak kat bawah tu memang banyak. Jahit pon banyak dan lama. Sampaikan aku asyik tanya je kat Nurse tu bila nak habis. Nurse tu bosan nak jawab soalan aku.

Paling sakit ialah bila Nurse tu jahit bahagian kulit. Memang rasa nak meraung. Aku cuba positifkan mind set aku dengan pandang Nashriq yang dah ada kat baby cot sebelah, tapi tak boleh. Nurse tu hampir-hampir nak marah aku sebab aku asyik terangkat punggung. Apa boleh buat, bukan aku sengaja kan?

Selesai sesi menjahit, Wahid pon masuk.

Senyuman. Yes, senyuman itu. Senyuman seorang Ayah. Macam sentimental pulak bila dah bertiga dalam bilik tu. Mata kami asyik pandang Nashriq. Pastu, senyum kat satu sama lain.

Dalam 10 minit situasi tenang tu, Wahid pon beredar untuk ambil Wudhu'. Dan akhirnya, buat pertama kali Wahid mendukung anaknya untuk di-Azan dan di-Qamat-kan. Ini lagi satu sentimental. Tapi buat muka cool. Heeeee.

Selesai je Wahid Qamat, aku mintak Nurse untuk bawakan Nashriq pada aku. Aku nak breastfeed. Tapi aku tak larat nak bangun pon. Dapat BF secara mengiring. Memang janggal betul masa ni. Dengan rasa penat push tadi, semuanya serba tak selesa.

Jam 4.00 petang, aku ditolak naik ke wad. Keluar je dari Dewan Bedah tu, wajah pertama yang aku cari ialah Emak. Emak ni lagilah sentimental. Dia pandang je aku yang terbaring kat atas katil tu, mata dia dah merah dah. Aku ni tak sabar nak peluk Emak. Macam-macam benda aku nak cakap dan cerita.

Sampai aje dalam wad, Emak datang peluk aku. Aku ni dahlah kememeh. Bila Emak peluk aku cam gitu, hilang semua benda nak cakap. Apa yang aku mampu bisik kat Emak, ialah;

"Terima kasih sebab lahirkan Ayang dulu."

Sebab aku dah rasa. Aku dah rasa macam mana sakitnya nak mengeluarkan Anak. Dulu, Emak selalu cakap. Tapi aku gula-gula kan aje apa yang Emak cakap. Tapi sekarang aku dah tahu dah. Bukan senang nak jadi Emak. :)

Dan penuhlah keliling katil aku dengan ahli keluarga. Semua pon sibuk menganalisis rupa wajah Nashriq ikut siapa. Aku? Sibuk hantar SMS kat semua contacts bagi mengkhabarkan berita gembira tu. Tak senonoh betul perangai. :p

Sebelum semua ahli keluarga balik, diorang nasihat suruh aku letak Nashriq kat Nursery, supaya aku boleh rehat selepas penat push-push. Tapi, aku berkeras jugak nak rooming-in dengan Nashriq. Nak BF dia senang. Dah nama pon budak degil, nasib baik tak terbongkang dalam bilik air.

Malam tu, Nurse yang round tanya kat aku, sama ada aku dah pergi bilik air ke belum? Aku cakap lah belum. Sebab, sebelum tu, aku ada try bangun dan berjalan keliling katil, tapi kepala aku tiba-tiba pitam dan rasa nak tumbang. Aku hanya mampu bangun - duduk - capai Nashriq - BF Nashriq - letak Nashriq semula. Itu aje. Kalau aku berdiri, rasa nak tumbang.

Nurse tu pon membebel. Dia cakap, dia takkan benarkan aku balik kalau aku tak nak berjalan. Peh, dia kata aku taknak berjalan? Sabariah aje lah.

Lastly, dia akur jugak lah dengan kedegilan aku. Dia amik wheel chair dan tolak aku masuk bilik air. Masa ni, kepala aku memang senoneng tak hengat dah. Sampai kat bilik air, dia suruh aku bangun dan masuk dalam toilet. Aku pon bangun dan tiba-tiba kepala aku 'weng' dan melayang. Kelam kabut Nurse tu capai badan aku dan tarik aku duduk kat wheel chair semula. See? Aku tak tipu tahu?

Nurse tu baringkan aku semula atas katil. Dan segala proses salin baju dan bla bla berjalan kat atas katil dan dilakukan oleh Nurse berkenaan. Bukan aku sengaja okeh. Aku memang super duper lembik time ni. Sampaikan aku telefon Emak nangis-nangis mintak Emak datang teman aku. Kau bayangkan? Lembik macam lengkong tak aku?

26 Ogos 2010 (Khamis)

Malam tu memang mencabar gila lah wa cakap lu. Dengan aku lembik nak tumbang, Nashriq pulak merengek-rengek kat baby cot hujung nun, memang rasa nak nangis betul lah. Aku bangun pelan-pelan dan berjalan ke baby cot. Angkat Nashriq dan bawa gi katil. Dengan Nashriq baru nak belajar latching, kencing dan berak sampai 4 kali, menangis sakan aku malam tu.

Dalam bilik tu ada 4 katil. 3 dah bersalin termasuk aku, lagi seorang tunggu masa nak operate. Baby yang lagi 2 orang tu diam aje kasi chance emak-emak dia tidur. Nashriq pulak asyik menangis merengek. Mana taknya aku jeles?

Aku memang chengeh sikit dengan budak-budak. Lagi pulak aku tak boleh penat. Bila Nashriq asyik menangis, aku pulak penat BF dia tak kenyang-kenyang, aku jadi stress. Sampaikan aku lupa yang baby menangis bukan sebab lapar aje. Mungkin sebab pampers dia basah ke kan?

Sangkaan aku betul. Pampers Nashriq dah penuh dengan 'khazanah'. Peh, memang tension. Untuk pengetahuan korang, walaupun aku dah ada 8 orang anak sedara, boleh dikira dengan jarilah berapa kali aku rela hati nak pergi tukar pampers diorang. Sekarang dah ada anak sendiri, engkau rasalah. Memang menangis nak buat renyah dengan jahit-jahitan sikit punya banyak kat 'bawah' tu.

Aku asyik SMS Wahid dengan rungutan-rungutan penat - sakit - pening semua. Wahid pon dah tak tahu nak pujuk isteri dia macam mana lagi. Emak pulak tiap 2 jam mesti telefon tanya aku macam mana. Dia tahu sangat dah anak dia punya perangai, confirm tak tahan. Heeee.

Yes, kena sediakan fizikal dan mental sehabis baik.

Dan sejak 25 Ogos 2010 itu, kami suami isteri dah tak ada tidur lena dibuai mimpi indah ke hape. Semua pon kena tunggu anak tidur. Anak bangun, kami pon bangun. Anak menangis, Mama dia pon menangis. Ayah dia tak nangis. Ayah dia rileks saje. Heeee.

Itu sajelah pengalaman mengeluarkan Nashriq. Walau sakit, penat dan tak cukup tidur, hati tetap gembira dan bersyukur sebab dikurniakan rezeki termahal ini.

P/S : Entry ini mula di-draft pada 2 September 2010 dan HANYA MAMPU DI PUBLISH pada 25 Oktober 2010. Hebatkan penangan Nashriq?

P/S Lagi : Selamat Ulang Bulan Ke-2, Nashriq! :))



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Sunday, October 10, 2010

Anak Ayah.







Sekarang Mama dia menangis. T____T



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, October 8, 2010

44 Hari Dan 9 Oktober.

Alhamdulillah, walau tidak berpantang secara gigih dan telus, akhirnya 44 hari penuh kesan degil telah tamat dengan jayanya. Yeah, hari ni genap 44 hari.

Disaat akhir inilah Nashriq buat perangai tak mahu tidur. Malam semalam, aku dan Wahid jadi jaga dari pukul 1 pagi sampai ke Subuh. Gila punya rabak lah mata kami. Mata Nashriq tak rabak sebab mata dia kecik lagi. Ngeh~ :p

Emak kata, budak dah nak habis hari memang macam gini. Dia tunjuk laku. Masa ni lah dia tak mahu tidur. Masa ni lah dia nak nangis. Masa ni lah dia nak ajak berbual. Nasib baik Mama dia belum naik kerja. Kalau dah naik kerja macam gini, memang berderet-deretlah cuti dan MC.

Gaya tidur peberet masa kini.
Lepas 'burp', mesti terus letak macam gini.

Esok adalah 9 Oktober. Bermakna, sudah setahun genap perginya Nashrah. Sekejap je masa berlalu. Tak sangka, kami kini sudah ada Nashriq sebagai pengganti.

Rindu dan terlalu sayang... Nashrah...

Nashriq adalah penyambung bahagia Nashrah.

Bulu mata Nashriq lentik macam perempuan. Nashriq terlalu manja macam anak perempuan. Bila Nashriq pakai blanket with hooded, betul-betul macam perempuan.

Nashrah dalam Nashriq. Nashriq dalam Nashrah.

Al-Fatihah Nur Anis Nashrah.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, October 6, 2010

Contest Bersama si Kecil

Tak pernah umur aku ni masuk contest. Sekarang ni pulak terhegeh-hegeh nak men-join. Nasib lah Hannah dah tag. Kalau tak, malu nak join orang tak ajak. Heeeee.

Syarat-Syarat Penyertaan :
1) Wajib letakkan tajuk 'Contest Bersama si Kecil'. - DONE!
2) Letakkan banner di sidebar anda dan linkkan kepada halaman contest ini. - DONE!
3) Sertakan link entry korang pada entry ini. - DONE!
4) Wajib gambar anda sendiri & bersama anak. - DONE!
5) Tag kepada 3 orang rakan blogger anda. - DONE!


Gambar ini diambil pada Aidilfitri 2010. Masa ni, Nashriq baru je berusia 16 hari. Heeee. Tahun pertama beraya bersama si kecil ni, memang tak macam raya ah. Mana taknya, dengan keadaan masih berpantang

Cecececece, macamlah kau pantang sangat. :p

Orait. Masa untuk tag 3 blogger bertuah.


Selamat ber-contest! :)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, September 29, 2010

Setakat Ini.

Humak aih. Lama gila aku tak update blog. :)

Sekarang dah tak tahu nak tulis apa. Semua perkara beku dan tepu dalam kepala. Macam dah tak reti pape dah. Yang tahu sekarang cuma bagi Nashriq susu. Lepas bagi susu, burp kan dia. Lepas burp, check pampers. Lepas check pampers, bedung dia kuat-kuat. Pastu, menyanyi dan buat suara pelik-pelik supaya Nashriq boleh tidur dengan lena. Kalau Nashriq tidur lena, Mama dia pon boleh tumpang sekatil. Hehehehehe.

Dunia Ibu setakat ini memang mencabar. Gila punya mencabar. Bagi seorang anak bongsu manja mengada macam aku, memang rasa tercabar gila. Anak muntah lepas menyusu pon boleh menjerit satu rumah hingar bingar. Anak menangis tak henti-henti pon boleh buat aku meraung-raung join sekaki sampai Emak pon pening nak melayan anak dan cucu sekaligus.

Apa yang boleh aku katakan, bukan senang nak menjadi seorang Emak, Ibu, Mama, Umi atau apa sahaja nama panggilan yang sewaktu dengannya. Kalau dulu, waktu tidur strict gila pukul 10 dah 'good night-good night', sekarang ni kau jangan harap. Selagi anak tak tidur, selagi itulah kami pon berjaga bersama. Memang rabak ah mata masa mula-mula dulu.

Nashriq pulak jenis kuat menyusu. Jadual dia memang tepat dan mantap 2 jam sekali confirm jadi alarm kejutkan Mama dia. Mama dia pon tersengguk-sengguk duduk bersila menyusukan anak. Paling tidak, 1 jam confirm habis untuk sesi menyusu dan tukar pampers segala. Itupon kalau nasib baik, Nashriq akan tidur semula. Kalau nasib sedikit tak baik, melayan lah aku dengan Wahid mata buntang si kecik tu. Memang menguji kesabaran betul.

Walau apa pon, memiliki hadiah istimewa dari Tuhan ini memang cukup membuatkan hati lapang selapangnya. Walau aku tengah marah, tension, penat atau tak cukup tidur sekalipon, bila tengok aje muka Nashriq terus rasa macam nak nangis. Heeee. Orang senti'mentel' memang macam gini. Semua benda pon nak menangis.

Oh ya, sesi berpantang berjalan dengan 'selesa' sekali. Sesi berurut hanya berjalan selama 3 hari. Tiada param, pilis dan jamu-jamuan selepas itu. Stokin pon hanya lekat di kaki selama 2 minggu. Selepas 2 minggu dah macam orang sihat siap pakai seluar. Makan pon, main tibai segala benda. Gila punya berani mati aku ni. Emak dah penat nak tegur lagi dah. Anak dia memang spesis degil tak dengar cakap. Maka, bila si Anak mengadu sakit itu sakit ini, Emak buat muka tak tahu. Padan lah dengan muka aku. :p

Apa lagi nak cerita eh?

Kecintaan terkini ialah breastfeeding. Siang malam pagi petang pon akan melakukan breastfeeding. Heeeee. Aku akui, pernah sampai satu tahap, aku hampir tersungkur di kaki susu formula (apa punya ayat ni?). Siap dah beli setin Dumex Dulac RM9.90 buat standby kat rumah. Masa tu memang tension gila babeng punya. Nashriq punya kuat menyusu macam tak kenyang-kenyang. Kejap-kejap nak ngempeng, kejap-kejap nak ngempeng. Stress gila.

Nak dijadikan cerita, satu malam tu memang Nashriq mengamuk tak hengat. Tak mahu tidur asyik nak ngempeng aje. Aku ni dah penat nak mati. Pinggang dah sakit macam hape. Terus cakap dengan Wahid, aku nak bancuh susu formula tu. Sian tengok Nashriq macam lapar sangat.

Dah siap bancuh, Wahid pon try feed Nashriq. Sampai aje kat tekak Nashriq, makin kuat dia punya mengamuk. Habis dia muntah dan kelam kabut lah kami berdua tak tahu nak buat apa. Nasib baik ada standby EBM dalam fridge. Pergi panaskan cepat-cepat, terus feed kat Nashriq. Peh, sikit punya laju dia telan.

Dan sejak itu, ada 2 time yang Nashriq akan minum EBM. Satu kali masa tengahari. Lagi satu kali masa malam dalam pukul 9. Itu pon dengan sebab nak kasi dia tidur lama yang panjang. Waktu-waktu lain, Nashriq akan direct feeding dengan aku.

Pendapat tentang breastfeeding? Memang memenatkan. Macam aku cakap, kalau tak cukup iman dan azam, memang akan jadi macam aku punya. Tak sabar punya pasal, sampai dah beli susu formula. Nasib baik Nashriq refuse. So, kesedaran dah timbul kat situ. Kalaulah Nashriq telan dengan sedapnya susu Dumex tu masa tu, aku rasa, aku dah jual dah Spectra 3 aku tu.

Orang kuat dalam perjuangan breastfeeding aku ialah Wahid dan Emak. Masa mula-mula dulu, memang takut juga tak ada orang support niat aku ni. Tapi bila Nashriq dah lahir, diorang tengok Nashriq syok aje minum susu ibu, terus diorang support sebaik yang mungkin. Siap ingatkan lagi pumping session semua.

Haaaa. Semalam pergi check up sebulan untuk Nashriq. The best part ialah masa timbang. Aku memang tak sabar betul nak tahu berat terkini Nashriq. Semua orang dalam rumah dah sibuk cakap bila dukung Nashriq badan dia dah berasa. Pipi dah naik. Peha dah berisi.

Berat Nashriq terkini ialah 4.2 kg. Naik 1.3 kg dari berat lahir. Misi tu tanya aku kasi susu apa? Aku cakaplah susu badan. Dia tanya lagi, ada campur susu formula tak? Aku cakap, tak. Misi tu senyum dan suruh aku teruskan susu badan secara eksklusif.

Masa tu, ada 2-3 orang patient dalam bilik tu. Semua pandang pelik kat aku. Sat lagi Nashriq boleh nangis sikit punya kuat tak hengat. Wahid terus passing Nashriq kat aku. Aku pon buka butang baju dan feed Nashriq kat situ juga. Terus Nashriq diam sementara misi buat kerja dia.

Memalukan? Tidak. Malah aku rasa bangga sebab mampu memberikan susu terbaik dalam dunia walau di mana sahaja.

Cerita pasal breastfeeding, sampai esok pon tak habis.

Nak kongsi apa lagi yek?

Oh ya. Kalau tiada aral melintang, aku, Wahid dan Nashriq akan memulakan hidup sendiri di rumah sewa. Ecececece. Anak manja nak duduk sendiri eh sekarang? Gila lah aku tak dapat bayangkan hidup aku macam mana tanpa Emak di depan mata. Cheh wah.

Oklah. Tak payah cerita. Nanti nangis.

Errr. Aku masih berhutang dengan korang kisah bertarung nyawa aku kan? Nantilah okeh. Entry nya masih dalam draft. Pening kepala nak ingat time by time. Dahlah kelam kabut gila time tu ditambah dengan kesakitan yang amat. Terus tak ingat semua benda. Tapi tak apa. Akan aku usahakan juga untuk publish entry itu secepat mungkin.

Sebelum mengundur diri, terimalah gambar 'sleeping pau' ini.

Mandi + Susu 3.5 oz = Tidur



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, September 16, 2010

Aidilfitri 2010.

Hari Raya Pertama - Bertiga.

Alhamdulillah, atas izin-Nya, Aidilfitri kali memang benar-benar membawa seribu makna. Hadirnya Nashriq dalam hidup kami memberikan seribu sinar yang maha dalam. Nashriq cinta hati kami. Nashriq permata siang malam. Nashriq juga lah kesayangan semua orang.

Tidak dilupa, Nashriq juga teman gaduh Mama. :p

Itu kisah lain. Kita cerita lain entri. Okeh?

Seperti yang ada dalam kepala kalian-kalian, tentulah aku tak beraya sakan pon. Tak ada baju raya. Tak ada berjalan raya. Tak ada minuman sedap yang sejuk mejuk. Taaaaapi, makanan sedap tetap ada. Dengan slumber boleh makan ketupat, rendang, lodeh dan serunding. Tawakal aje lah. Mana boleh handle tengok orang lain makan sedap.

Baiklah. Mintak izin untuk tamatkan entri sekarang. Nashriq tengah nyanyi lagu asli. Sebelum dia bertukar genre rock, lebih baik pergi layan dia.

Tumpang lalu....... :p



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, September 8, 2010

Apa Yang Anda Rasa Bila Dengar Lagu Raya?

Aku rasa Nur Anis Nashrah.

Entah kenapa, perasaan rindu sungguh mendalam bila dengar lagu raya. Masih terasa rianya persiapan raya tahun lepas yang akhirnya termati di raya ke-4. Sungguh. Hanya nama itu yang ada dalam fikiran bila telinga menangkap gema lagu raya.

"Mama, Ayah and Nashriq loves you so much Nashrah"

Untuk anda semua;

Selamat Hari Raya.

Maaf Zahir dan Batin.


P/S : Masih belum sempat draft entry khas tentang kelahiran Nashriq. Nanti-nanti okeh. Aku tengah copping dengan life baru aku ni. Serius punya collapse!

P/S Lagi : Aku baru keluar wad. Due to Anemia dengan bacaan HB 7.7. Merasalah aku duduk wad 2 hari rindu-rinduan anak yang jauh di mata. Cheh. Nasib baik tak kena masuk darah okeh.

P/S Lagi dan Lagi : Berat terkini Nashriq ialah 3.5 kg. Good boy, Nachik! :)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, August 31, 2010

Selamat Hari Merdeka, Nashriq!

Pada 29 Ogos 2010 (Ahad) kelmarin, Nashriq telah dimasukkan ke wad A3 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru atas sebab Jaundice yang tidaklah berapa serius. Cheh. Ayat nak sedapkan hati sendiri. Padahal airmata dah sebakul keluar. :)

Hari ke-3 kelahiran.
Sesi menjemur sebelum masuk wad.
Baring mengiring tak tahan panas.



Bacaan Jaundice ketika admit ialah 17.2. Agak tinggi kata doktor. So, Nashriq haruslah ditahan bagi pemantauan selanjutnya. Letak bawah single warmer. Kesian tengok budak kecik belengging pakai pampers aje kena taram dengan lampu. Nangis berbakul-bakul Mama dia. :(

Selepas satu hari setengah kena jemur di bawah lampu sinaran cinta dan berkat susu ibu yang di supply 2 jam sekali, Nashriq pun dialihkan kepada keadaan yang biasa. Bacaan turun agak cepat. Dengan bacaan 12.4, Nashriq dibenarkan pulang pada 31 Ogos 2010 untuk menyambut Hari Merdeka.


Hari ke-6 kelahiran.
Perhatikan pipi budak kecik ini.
Dah macam Burger nak kena geget.



"Tumpang lalu Mama Nashriq...."
Badan agak dehydrated.
Bibir pecah-pecah dengan agak teruk.
Takpe. Demimu Nashriq. :)

P/S : Entry macam orang tak cukup time kan?



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, August 27, 2010

Assalammualaikum, Dunia!


Nama : Muhammad Anas Nashriq bin Abdul Wahid

Tarikh Lahir : 25 Ogos 2010 ; 15 Ramadan 1431

Waktu Kelahiran : 1.38 Petang

Berat : 2.90 kg

Ukuran : 49 cm

Cara Kelahiran : Normal

Tempat Kelahiran : Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru

P/S : Bukan senang nak jadi EMAK. (",)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, August 24, 2010

Tanda-Tanda Bersalin.

Esok dah masuk 40 minggu. Genap 40 minggu. Dan aku masih belum ada apa-apa tanda untuk bersalin buat masa ini. Tiada sakit. Tiada show. Baby nak duduk dalam lama sikit agaknya. Berenang-renang sambil menikmati pelbagai makanan enak. Ewah. Ayat nak sedapkan hati sendiri nampak? :p

Erm. Jom, tambah ilmu pengetahuan?

*********************************************

Tanda-Tanda Bersalin dari Alam Hamil.

Kontraksi Rahim
Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. Sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. Sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian. Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

Sakit Belakang
Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

Pecah Ketuban
Dalam cerita drama atau filem, wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar. Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah di saat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin. Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

Bloody Show
Di saat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam serviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. Sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

Serviks Terbuka
Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semasa pemeriksaan faraj.

*********************************************

Tanda-Tanda Bersalin dari Ratu Hati.

Bayi Turun Ke Bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

  • Sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • Kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • Sakit perut & memulas
  • Kerap buang air besar
  • Kerap terkentut

Keluar Lendir Pekat Atau Keluar Darah Bercampur Lendir
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

Sakit Belakang

  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah Air Ketuban

Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Pintu Pangkal Rahim Terbuka Dan Menipis
Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi Yang Tetap Dan Berterusan
Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda.

*********************************************

Tanda-Tanda Bersalin dari mengandung.com.

Biasanya ada 3 tanda utama yang menunjukkan seseorang itu telah hampir masa untuk melahirkan anak, iaitu:
  • Lumrahnya, apabila berlaku pengeluaran lendir yang bercampur dengan darah di faraj. Pengeluaran ini menunjukkan bahawa ruang serviks anda telah mula membuka dan menyebabkan cecair lendir bercampur darah tadi keluar.
  • Apabila air ketuban mula pecah dalam proses pengecutan rahim yang menyebabkan pemecahan karung bayi. Air ketuban ini berbau hanyir dan tidak bewarna. Tidak seperti air kencing yang bewarna kuning dan berbau hancing. Pastikan pada masa ini anda telah sampai di pusat bersalin yang telah dipilih, jika tidak segera dapatkan bantuan untuk ke hospital.
  • Apabila anda mula berasa sakit di bahagian perut dan belakang seumpama sakit tatkala senggugut, tapi yang ini lebih sakit dari senggugut. Sakit ini datang sekali sekala yang biasanya selang sejam, kemudian makin kerap sehingga selang 15 minit dan seterusnya setiap 5 minit dan rasa sakit makin kuat. Setiap kali rasa sakit itu datang, ia akan berlarutan sehingga 15 ke 30 saat.
*********************************************

Terima kasih kerana sudi menghadirkan diri ke Kelas Persediaan Bersalin kita hari ini. Semoga berjumpa lagi dalam kelas yang akan datang. Chow Chin Chow!

(",)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, August 23, 2010

Kisah Susu Ibu.

Setuju dengan Dayu.

Kenapa tak ada iklan secara besar-besaran tentang kebaikan Susu Ibu? Kenapa kat TV asyik iklan pasal susu formula yang kononnya sangat bagus menjadikan anak bijak pandai masuk Universiti? Kenapa kat akhbar jarang sekali menceritakan tentang betapa Susu Ibu itu bagus dan sangat baik? Kenapa kat negara kita ni, tidak diwujudkan rancangan khas tentang faedah serta perjalanan ibu-ibu yang breastfeeding anak-anak mereka? Kenapa ek?

Aku mula belajar dan cedok mencedok ilmu breastfeeding dari internet. Beli buku panduan breastfeeding pon dari internet. Beli breastpump dan segala macam gadget breastfeeding pon dari internet. Komunikasi soal jawab pasal breastfeeding pon melalui internet. Kenal 2-3 orang Peer Counselor Breastfeeding pon, dari internet.

Nasib baik ada internet. Terima kasih susuibu.com.

Aku rasa macam susah nak terangkan kat sesetengah orang pasal niat aku nak fully breastfeed. Susah. Sebab minda masyarakat kita dah dijajah oleh susu formula. Aku rasa geram bila aku tak mampu nak betah atau debat balik. Sebab sifat aku bukan itu. Aku tak suka nak terangkan panjang lebar. Aku bukan lokek ilmu, tau. Bukan.

Cuba korang bayangkan. Bila 10 orang depan korang, sogok korang suruh kasi anak korang minum susu formula terbaik abad ini. Kau pulak terkontang kanting tergagap gagap nak bukak kisah kebaikan susu ibu, kau rasa macam mana?

Aku rasa macam loser, tahu?

Sekurang-kurangnya, doakanlah niat aku UNTUK MEMBERIKAN HAK ANAK AKU, berjalan lancar dan berjaya. Aku tau benda ni bukanlah mudah. Benda ni payah. Tapi tolonglah doakan yang terbaik.

P/S : Teringin nak buat entry tentang kebaikan Susu Ibu. Tapi, nantilah. Kena cedok ilmu dalam-dalam dan banyak-banyak dulu. Insya-Allah.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Penantian.

Well, tekanan semakin dirasai.

Evyn sudah boleh menarik nafas lega sambil memeluk cium Ammar Rizqi-nya. Khabar gembira kelahiran bayi comel Xeea di Facebook seawal usia kandungan 36 minggu menambahkan degup jantung ini. Dan semalam, satu lagi khabar kelahiran puteri sulung adik ipar abang aku, yang mana due date-nya beza 2 hari dari aku.

Humak aih. Sabo. Sabo.

Tekanan sangat sebenarnya. Tapi aku rasa macam tak baik pulak. Lebih baik aku berdoa agar semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan.

Pagi tadi, check up untuk minggu ke-39. To be exact, aku kini 39 minggu dan 5 hari. Masih steady berjalan-jalan. Dah penat nak jawab soalan-soalan orang. Kenapa baby tak keluar lagi? Salah kira ke hape? Budak nak duduk dalam lama sikit kot? Dan bla bla bla.

Senyum ajelah. Itu je yang mampu aku sedekah.

Tadi doktor cakap, last check up will be on 30th August. Itu untuk 40 weeks punya check up. Then, kalau masih tiada tanda-tanda bersalin, boleh lah serah diri ke Bilik Saringan Hospital Sultanah Aminah pada 31st August 2010. Sebab untuk kes aku, doktor kasi postdate 6 hari dari tarikh due date sebenar.

Anak Merdeka kah anda, wahai anak?



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, August 19, 2010

Kiraan Tempoh Kehamilan Yang Sebenar.

Setelah dua hari meng-MC kan diri, hari ni kembali bertugas seperti biasa. Gigih sangat bangun pagi-pagi dengan semangat waja yang jitu nak menghadap kerja-kerja di pejabat. Menghabiskan stok-stok kerja yang nampak macam tak habis-habis. Poning kopala den. Haih.

Nak jalan pon dah tak larat. Sampai ada rakan seperjuangan suggest suruh sewa truck khas untuk bawak aku berjalan. Gegegegege. Kasar bunyi weh? Takpe. Takpe. Tunggu lepas bersalin nanti, gua pakai kebaya pergi kerja. Wakakakaka. Tak pernah umur aku pakai kebaya. Buang tebiat? :p

Kesihatan memang tak best sangat sekarang ni. Semuanya pon serba tak kena. Lower abdomen berdenyut-denyut. Terasa macam ditarik-tarik. Baby kerap mengeras dan membuat pergerakan luar biasa. Macam seram bunyinya kan?

Ramai yang suggest suruh pergi amik cuti bersalin awal. Duduk kat rumah diam-diam menunggu saat indah berjumpa baby. Tapi terasa sayanglah pulak amik cuti bersalin awal. Nanti lepas bersalin cutinya jadi pendek. Tak boleh berpoya-poya lama dengan baby.

Oh ye kawan-kawan. Aku ni nak tumpang tanya.

Semalam, berbual-bual dengan Emak. Emak kata, zaman dia dulu, tak ada pulak kiraan mengandung by weeks ni. Kiraan semua ikut bulan. Cukup 9 bulan 10 hari, confirm baby lahir punya. Itu Emak aku katalah. Bukan aku yang kata. :p

Jadi, Emak pon bertanya bila hari pertama aku punya last menses. Aku pon menjawab 18 November 2009. Kira punya kira, Emak kata, semalam (18 Ogos 2010) usia kandungan aku baru jejak 9 bulan. Lagi 9-10 hari lah kot aku akan bersalin. Lagi sekali, itu Emak yang kata. Bukan aku. :p

Contoh pengiraan;
18/11/2009 - 18/12/2009 = 1 Bulan
18/12/2009 - 18/01/2010 = 2 Bulan
18/01/2009 - 18/02/2010 = 3 Bulan
18/02/2009 - 18/03/2010 = 4 Bulan
18/03/2009 - 18/04/2010 = 5 Bulan
18/04/2009 - 18/05/2010 = 6 Bulan
18/05/2009 - 18/06/2010 = 7 Bulan
18/06/2009 - 18/07/2010 = 8 Bulan
18/07/2009 - 18/08/2010 = 9 Bulan

Aku berdebat lah jugak dengan Emak. Aku kata, macam mana pulak kawan-kawan aku yang bersalin usia kandungan 36, 37 dan 38 minggu tu? Kira tak cukup bulan ke?

Emak pon terdiam. Kekekekekeke.

Apa pendapat korang? Korang pernah dengar tak kiraan yang macam Emak aku terangkan kat atas tu? Saje je nak berkongsi. Kot orang dulu kiraan dia memang macam gitu?

P/S : Emak kata lagi 9-10 hari lagi. Dah over due 3 hari tu.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015