Tuesday, November 1, 2016

Cinta Hati, Naurah.

Setelah sekian lama tidak mencoret di sini, harini aku terajin nak log in dan mencoret sesuatu. Aku pon belum kenalkan lagi cinta hati yang telah bertambah. Dah 10 bulan kot tak log in blog. Dah selamat mengandung, bersalin, berpantang dah. Baby baru pon dah umur 5 bulan. Kalau masa Arwah Nashrah, Nashriq dan Najah, setiap hari ada cerita. Ini baby baru hmmmm :p

So, siapa nama baby baru?

Nur Anis Naurah.

Cahaya
Yang Mesra, Teman Setia, Ramah Tamah
Bunga

Naurah bunga dalam taman hati kami. Hati Ayah, Mama, Abang Nashriq, Kak Najah dan tak dilupakan Arwah Kakak Nashrah.

Nah sekeping gambar terkini.

Selamat usia 5 bulan, sayang.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Saturday, December 12, 2015

PROGRAM JEJAK JUTAWAN DI JOHOR BAHRU

Assalammualaikum dan Selamat Pagi semua. :)

Sempat update satu entry sebelum bersiap nak pergi event Jejak Jutawan petang ini di Hotel Grand Paragon. Tak sabar rasanya nak pergi. Nak dengar sharing dari Master Haji Roslan yang sudah lebih 20 tahun bersama bisnes Shaklee. Lama kan? Lebih separuh dari umur saya sendiri. Hihihi.

Bagaimana beliau mampu bertahan? Semangat beliau yang saya nak sedut. Kalau ikut Facebook Haji Roslan ni, seronok tengok gambar macam-macam Haji post. Menikmati fleksibiliti masa bersama keluarga dan bebas masalah kewangan di usia ini, adalah sangat-sangat best! Tak ada apa nak fikir dah. Fikir nak bantu lebih ramai orang dan amal ibadah je. Kan?

Master seorang lagi yang akan share ialah Master Zahirah. Saya pernah jumpa beliau sewaktu event Leader Development Workshop. Memang seronok berbual dengan Master Ira ni. Saya tak sabar juga nak dengar sharing dari beliau, bagaimana dari seorang engineer, terjun ke dunia bisnes dan akhirnya meletakkan jawatan dan "terpaksa" menerima segala peluang yang Shaklee tawarkan. 

Nanti dah balik dari event, saya cerita kat blog ya?




Untuk yang berkesempatan hadir petang ini, jemputlah datang ke Hotel Grand Paragon jam 2 petang hingga 6 petang. Peluang untuk anda kenali Bisnes Shaklee. Hadir dan dengar. Keputusan seterusnya di tangan anda. Mungkin anda sedang mencari bisnes sampingan untuk pendapatan bulanan, nak bantu ekonomi keluarga dan sebagainya. Kami buka peluang ini untuk anda rasai environment bisnes yang istimewa ini. 


Jika berminat, boleh hubungi saya. :)


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, December 9, 2015

IBU-IBU NI MEMANG SUPERMOMMY LAH!

Hari ini dapat order dari teman pejabat lama, semasa saya masih bekerja di shipping line. Beliau komen di instagram saya dan bertanyakan tentang Set Penyusuan Shaklee. Tentu sahaja saya suka, kerana set ini merupakan set yang mula-mula buat saya jatuh cinta dengan Shaklee.

Bersembang punya sembang, beliau ni sekarang bekerja di Singapura. Umum tahu, kalau kerja Singapura tu, pasti kena keluar masuk kastam setiap hari. Pastu kena keluar seawal yang mungkin dan balik pula lewat petang atau malam. Yang buat saya bertambah kagum dengan beliau, rakan saya ni masih breastfeed anaknya tau! Cuma sekarang ni menghadapi sedikit masalah kemerunduman susu. Takpe, kita ikhtiar dengan Vitamin Penyusuan Shaklee. Moga-moga berhasil dan dapat berikan kesan yang baik buat perjalanan penyusuan beliau dan anak.

SET PENYUSUAN OPTIMUM DARI SHAKLEE
Set yang saya gunakan sekian lama sepanjang perjalanan saya 2 tahun lebih menyusukan Nur Anis Najah. Inilah vitamin yang saya consume setiap hari. Lagi pula waktu tu saya bekerja dan perlu mengepam setiap hari bagi memastikan stok mencukupi untuk dibekalkan kepada babysitter. Alhamdulillah, rezeki Najah dapat fully breastfeed bersama saya :)

Kesan sepanjang pengambilan set ini, saya boleh kongsikan kepada anda beberapa perkara yang saya sendiri rasakan. Pertama sekali, badan saya rasa bertenaga, kurang stress, tidak mudah penat, susu terhasil banyak (Allah jua pemberi rezeki), dan susu lebih pekat dan Najah minum pon cepat kenyang. Paling saya suka, sepanjang Najah menyusu badan dan saya consume vitamin ini, Najah sangat jarang demam dan kalau demam pon akan segera sembuh sebab saya akan double up pengambilan dos Vitamin C. Syukur, saya cuma ikhtiar. Selebihnya Allah yang izinkan.


Dah baca pengalaman saya sendiri? Jom saya share-kan beberapa testimoni dari mommy-mommy hebat di luar sana. Semoga ianya bermanfaat dan jadi pendorong buat kita semua, Insya-Allah :)









Untuk ibu-ibu yang ada sebarang pertanyaan, boleh whatsapp saya untuk konsultasi. Saya suka je berbual pasal breastfeeding ni, sebab memang kecintaan saya hihi. So kalau ada apa-apa pertanyaan nak tanya, nak saya kongsikan ilmu apa-apa, whatsapp je. Insya-Allah saya akan bantu semampu yang boleh :)

PEMBELIAN SECARA ONLINE KLIK SINI

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.


Pertanyaan lanjut? Hubungi saya.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, December 4, 2015

IKHTIAR HAMIL DENGAN VITAMIN SHAKLEE

Selepas kelahiran Nur Anis Najah, saya merancang kehamilan dengan mengambil pil perancang. Tempoh 7 bulan macam tu, kemudian berhenti dan merancang secara natural. Selepas Najah berumur 2 tahun, kami bersedia untuk bayi seterusnya tapi masih belum dikurniakan rezeki.

Sehinggalah Najah berusia 3 tahun lebih, saya mula risau memikirkan kenapa kali ini sukar pula nak lekat hamil? Adakah apa-apa masalah atau kesan dari pengambilan pil perancang? Wallahualam.

Setelah buat beberapa bacaan, saya mula konsisten vitamin Shaklee (saya listkan di bawah) bagi ikhtiar dikurniakan bayi keempat. Berikut adalah beberapa vitamin yang saya betul-betul konsisten dan tak miss langsung sepanjang trying to conceive.


VITA-LEA IRON FORMULA

Kebaikkan Vita-Lea Iron Formula

Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap dan diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasi secara komprehensif dan sangat seimbang.

Vitamin yang terkandung dalam Vita-Lea Iron Formula
  • Biotin – Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak 
  • Vitamin D – Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat 
  • Beta Karotena – Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi 
  • Vitamin E – Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi 
  • Kalsium – Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot 
  • Boron – Membantu dalam metabolisma 
  • Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang 
  • Magnasium – Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung

Baca info mengenai Vita-Lea Iron Formula KLIK SINI.


B-COMPLEX

B Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% Biotin dan asid folik. Kesemua 8 ini mesti ada dalam B Complex untuk mengawal keseimbangan dan kesan yang optimum. Vitamin B adalah larut air dan lebihannya akan dibuang melalui sistem perkumuhan. Jadi, memang pentinglah untuk anda ambil B Complex setiap hari.

B Complex Folik Asid

B Complex adalah salah satu produk dalam Set Hamil Shaklee. Folik asid yang dimiliki oleh B Complex ialah untuk membantu membina DNA dan sel-sel serta mengurangkan risiko kecacatan otak dan tulang belakang. Ini penting supaya bayi membesar dengan sihat dan normal.

B Complex Shaklee Untuk Hamil

B Complex Shaklee membantu tumbesaran bayi ketika hamil. Fungsi asid folik yang saya sebutkan diatas adalah asasnya.

Baca info mengenai B Complex DI SINI


VITAMIN C PLUS 

Kelebihan utama vitamin C Shaklee adalah ianya sudah diformulasi dalam bentuk ‘sustained release’. Ini bermaksud kandungan vitamin C di dalam tablet ini ini akan dilepaskan ke dalam badan secara berperingkat-peringkat. Ini kerana vitamin C merupakan vitamin larut air. Jika terdapat lebihan vitamin C dalam satu-satu masa, badan kita akan bertindak untuk mengeluarkan lebihan ini melalui air kencing. Jadi, dengan formulasi ‘sustained release’ ini, kandungan vitamin C dalam badan dapat dikekalkan secara berterusan.

Antara manfaat Vitamin C Plus 
  • Membentuk kolagen dalam kulit – vitamin C Shaklee ini akan merangsang pembentukan kolagen dan menyebabkan kulit menjadi tegang.
  • Mencerahkan kulit.
  • Melambatkan proses penuaan.
  • Menghalang pembetukan pigmen yang menyebabkan masalah jeragat.
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Membantu mengurangkan masalah alergi dan resdung.
  • Mengatasi masalah gusi berdarah.

Lebih info menegnai Vitamin C Plus KLIK SINI


ESP SOY PROTEIN ISOLATE POWDER

Khasiat ESP Shaklee Untuk Kesuburan

Sekiranya anda kurang menjaga kesihatan, kurang bersenam, tak jaga makan dan selalu stress, maka kita sebenarnya secara tak sedar menyebabkan diri kurang subur.

Khasiat ESP 
  • Akan meningkatkan penyerapan protein, mengatasi masalah angin dan ketidakselesaan perut.
  • ESP mengurangkan paras kolesterol dalam darah sebanyak 23%.
  • 2 kajian menunjukkan pengamalan ESP dan Vitamin E serentak merendahkan sehingga 40% LDL (kolesterol buruk) yang membawa risiko darah tinggi dan sakit jantung.
  • 4 kajian menunjukkan ESP menghalang LDL (kolesterol buruk) dari teroksida bagi mengelakkan risiko strok dan arteri tersumbat yang membawa kepada sakit jantung.
  • ESP menghalang pembentukan batu karang yang biasa dialami oleh lelaki.
  • ESP mengelakkan kerosakan buah pinggang. Protein haiwan boleh rosakkan buah pinggang tapi protein dari soya akan melindungi buah pinggang.
  • ESP mengandungi kandungan protein lengkap dan isoflavene mencukupi di mana isoflavene adalah bahan semulajadi yang diperlukan badan untuk melawan kanser.
  • Protein dan isoflavene dalam ESP bertindak serentak untuk menghalang sel tidak normal untuk terus membiak menjadi sel kanser.
  • Protein soya meningkatkan aktiviti sel darah putih yang merupakan sistem pertahanan badan kita dalam melawan serangan, penyakit dan jangkitan bakteria/virus.
  • Lysine dalam ESP jika diamalkan dengan Vitamin C mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 90%.
  • ESP jika diamalkan dengan flavanoids mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 10x ganda.
  • Khasiat ESP Shaklee untuk kesuburan menggalakkan proses pemulihan sel rosak kepada sel sihat untuk fungsi badan yang sempurna.
  • ESP terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam lamanya.
  • ESP membina sel otot, kulit dan hormone yang seimbang, menyokong sistem imunisasi badan, dan menyokong kesihatan jantung dan prostat (lelaki).
  • ESP mengawal ‘mood swing’ pada wanita ketika PMS dan wanita menopause.

Kenali lagi ESP Soy Protein Isolate Powder DI SINI


GLA COMPLEX

GLA mengandungi Omega-6 yang amat diperlukan oleh ovari dan sistem reproduksi wanita. Sebab tu juga orang masalah haid, sukar hamil dan menopouse memang digalakkan ambil EPO atau lebih tepat lagi Omega-6.

Fungsi GLA Complex
  • Seimbangkan hormon untuk melancarkan kitaran haid.
  • Membantu meningkatkan kesuburan dengan cara membentuk persekitaran rahim yang sihat dan optimum untuk persenyawaan dan membantu wanita dalam menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan.
  • Melegakan simptom PMS.
  • Membantu mengatasi masalah menopouse.
  • Menguatkan kuku dan rambut.
  • Menjadikan kulit cantik, sihat dan berseri (jika diamalkan berterusan kulit akan kelihatan glowing).
  • Membantu menangani ekzema.
  • Membantu melegakan simptom artritis reumatoid.
  • Menguatkan sistem imun badan.
  • Bersifat anti-oksidan untuk memperlahankan proses penuaan.
  • Mengurangkan blood clot yang mengakibatkan arteri tersumbat dan serangan jantung.
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi.
  • Mengawal kolesterol dan membakar lemak.
  • Membantu fungsi saraf
  • Melambatkan proses osteoporosis.
  • Mencegah pembentukan sel-sel kanser.
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
  • Membantu membaiki simptom berkaitan masalah kencing manis seperti peningkatan sensitiviti terhadap kesakitan dan menghilangkan kebas pada bahagian bawah badan.
  • Kajian membuktikan pengambilan 480mg setiap hari Shaklee GLA Complex boleh mencegah kemerosotan dan mengurangkan masalah kencing manis dengan membaiki kadar insulin dan kolesterol.
Baca info lain berkaitan GLA Complex DI SINI


VITAMIN E COMPLEX

Vitamin E ni dikenali sebagai vitamin seks. Ianya merupakan vitamin wajib untuk suami dan isteri. Bagi isteri, selenium membantu mengeluarkan lendir semasa bersama untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya. Ia juga boleh bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan yang boleh menghapuskan radikal bebas dalam tubuh manusia yang menjadi punca kerosakan sperma dan ovum. Bagi lelaki pula, vitamin E membantu menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. 

Manfaat lain Vitamin E Complex KLIK SINI

--------------

Alhamdulillah, setelah hampir sebulan konsisten dengan pengambilan vitamin-vitamin di atas serta mengamalkan beberapa tips, saya dikurniakan Allah peluang untuk mengandung buat kali keempat. Tapi saya nak tekankan juga, pengambilan vitamin dan tips adalah sebagai satu langkah usaha dan ikhtiar, selebihnya kita haruslah berdoa mohon diberikan rezeki. 

Kepada rakan-rakan yang ingin mencuba Set Kesuburan ini dan ingin mendapatkan tips-tips lain bolehlah hubungi saya. Insya-Allah saya akan bantu semampu yang boleh :)

PEMBELIAN SECARA ONLINE KLIK SINI

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.



Pertanyaan lanjut? Hubungi saya.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, September 1, 2015

32 KELEBIHAN & KHASIAT ESP SHAKLEE UNTUK SEMUA

APA ITU ESP SHAKLEE?

Esp adalah makanan nutrisi. Ia adalah protein soya yang berkuliti tinggi yang diproses dengan suhu rendah bagi menjaga kualiti protin dalam kacang soya. 1 tin ESP (850g) dihasilkan daripada 30kg kacang soya. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran seperti susu, milo atau buah yang dikisar bersama. ESP baik dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu tinggi. Selain dibancuh esp juga boleh dijadikan masker dengan membancuh 1 sudu ESP ditambah 2 sudu yogurt. Kacau dan tepek pada muka. 



SIAPA YANG PERLU AMBIL ESP SHAKLEE? 
  1. Ibu mengandung – makanan nutrisi yang terbaik, membantu kehamilan dan perkembangan fetus dengan lebih baik 
  2. Ibu yang menyusu – mengalakkan dan mengekalkan penghasilan susu. Pengambilan ESP yang konsisten sepanjang tempoh penyusuan dapat membantu perkembangan fizikal bayi yang lebih sihat
  3. Kanak-kanak 1 tahun ke atas – sangat sesuai untuk tumbesaran yang sempurna 
  4. Pelajar / pekerja / individu dewasa / warga emas - penambah tenaga / energy booster 
  5. Penghidap kencing manis 
  6. Lelaki dan wanita – untuk mencegah dari penyakit 
  7. Orang yang alergik atau alahan
  8. Wanita ingin menguruskan badan 

32 KEBAIKAN DAN KELEBIHAN ESP SHAKLEE. 
  1. Dilengkapi dengan unsur kalsium untuk elakkan kerapuhan tulang kerana serbuk soya yang tidak bersifat keasidan. 
  2. Membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam 
  3. Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan 
  4. Membantu menjadikan kulit lebih berseri dan menganjalkan kulit / awet muda kerana protein penting untuk kulit. 
  5. Meransang regenerasi kulit dan otot, mengurangkan kedutan
  6. Memberi ton warna kulit yang sekata 
  7. Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus dan gebu 
  8. Protein yang lengkap (mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan) 
  9. Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral 
  10. Rendah lemak, tanpa kolestrol 
  11. Diproses pada kadar suhu rendah dan menjaga kualiti protin yang tinggi 
  12. 1 tin 850g dihasilkan dari 30kg kacang soya 
  13. Diproses menggunakan air bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone 
  14. Protein soya (tumbuhan) lebih mudah dihadam berbanding protein haiwan 
  15. Membantu mengurangkan risiko kanser.
  16. Bertindak sebagai antioksidan 
  17. Menguatkan sistem imun tubuh 
  18. Mempertingkatkan tahap kolestol baik 
  19. Memelihara kesihatan jantung 
  20. Membaiki pigmentasi – membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, pigmentasi, kedutan dan kesan tua 
  21. Membaiki memori – meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan 
  22. Pembekal tenaga – membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan 
  23. Baik untuk hormon – kacang soya kaya dgn isoflavones. 
  24. Membantu merendahkan paras kolestrol 
  25. Mencegah osteoporosis 
  26. Membantu pembentukan sel-sel baru 
  27. Membantu menyembuhkan gastrik
  28. Memberi kekenyangan, sesuai untuk diet menguruskan badan
  29. Mempercepatkan pemulihan luka selepas pembedahan
  30. Memudarkan parut 
  31. Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak 
  32. Kecantikan kulit dan rambut 


PERBEZAAN ESP DENGAN SOYA LAIN 
  1. Dihasilkan daripada soya non-GMO (selamat dari risiko toksin) 
  2. Mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan 
  3. Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral 
  4. 1 tin 850g dihasilkan dari 30kg kacang soya 
  5. Diproses menggunakan air bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone 
  6. Rendah lemak, tanpa kolestrol 
  7. Diproses pada kadar suhu rendah dan menjaga kualiti protin yang tinggi 



Harga bagi setong ESP Shaklee ialah RM150 bagi kegunaan 1-2 bulan. 

Untuk harga yang jauh lebih murah, jadi ahli Shaklee dengan bayaran RM69 seumur hidup dan anda layak untuk nikmati harga ahli bagi kesemua produk Shaklee.


PEMBELIAN SECARA ONLINE KLIK SINI

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

Pertanyaan lanjut? Hubungi saya.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015